29 Oktober 2012

Warkah seorang insan ;)

Bismillahhirahmannirahim...

Ya Allah..
jika dia bukan milik aku,
kau tutupkanlah rasa cintaku padanya supaya aku mampu melupakannya..
Jika dia bukan milik aku,
Kau temukan dia dengan gadis yang lebih baik drpd aku,
kerana aku ingin melihat dia bahagia..
Jika dia bukan milik aku,
Kau tetapkan hatinya utk terima aku sebagai sahabatnya,
kerana dia sebahagian drpd kisah hidup aku..
Jika dia bukan milik aku,
Kau berikan aku kekuatan utk menempuhi hari2 yg mengdatang tanpanya,
kerana aku akan menitiskan air mata apabila m'ingat dirinya..

Ya Allah..
Aku tahu aku tidak layak utk bercinta ataupun mencintai hambamu..
Kerana aku akan selalu melukai dirinya dengan sifat buruk yang aku miliki..
Jadi kau hapuskan segala rasa cinta itu dalam diri aku untuk kaum adam..
Tetapi kau tambahkanlah rasa cinta aku padamu supaya aku sentiasa berada dijalanmu..
Kau butakanlah mata aku untuk melihat ciptaanmu iaitu kaum adam,
Supaya rasa cinta dalam hati ini tidak akan berputik kembali..
Tetapi janganlah kau butakan mata aku daripada pentunjukmu dan kebesaranmu.. 

Ya Allah..
Sememangnya aku hamba yang hina dan kerdil..
Setiap saat aku sentiasa melakukan dosa..
Masihkah ada lagy pintu taubat untuk aku ?
Kadang kala aku malu untuk bermohon sesuatu perkara kepadamu,
oleh kerana dosa yang aku lakukan..
Kau berikan aku pentunjukmu supaya aku dapat berubah untuk menjadi hambamu yang sentiasa bersujud kepadamu.. 
aku benar-benar bermohon..

Ya Allah..
Selagi aku bernyawa,
Aku mmg perlukan dirimu utk kurniakan aku kekuatan utk menempuhi dugaan hidup ini..
Kerana aku tahu aku kalah dalam keseronokan dunia..
dan aku tahu aku seorg yang selalu berputus asa..
dengan kekuatan yang kau kurniakan kepada aku,
aku pasti aku dapat tempuhi kehidupan ini dengan penuh kesabaran..

Ya Allah..
Engkau berkati lah segala perjalanan hidup aku ini,
supaya kehidupan aku sentiasa mendapat keberkatan daripada dirimu,
dan dapat berjalan dengan lancar..
permudahkan segala urusan dan pekerjaan yang aku lakukan..
Hanya padamu aku berserah segala-galanya..
Ajal ku, rezeki ku, jodoh ku,perjalanan hidup ku aku serahkan padamu..
Kau maha penentu segala-galanya..


Ya Allah..
Terima kasih akan kehidupan yang kau berikan,
aku bersyukur biarpun aku jalani hidup ini dengan perkara yang sia2..
semoga kau sentiasa berikan pentunjuk kepada aku..
Amin.. :)

Warkah dari hambamu yang kerdil..