12 Oktober 2013

Kehidupan di UPM~





Assalammualaikum ! Hai semua ! agak lama aku menyepikan diri. Sorry sorry sorry... Aku terlalu busy dengan pelajaran aku yang takpernah habis. Kadangkala sifat malas aku untuk update cerita baru pun menguasai diri. Hidup dekat UPM sebagai seorang pelajar asasi sangat la MENCABAR ! Selagi kau takboleh nak berdikari seperti aku kau belum layak lagi nak masuk sini.. hahaha XD

Pelajaran dekat sini sebenarnya tak sukar kalau belajar sunggunh dan rajin tapi agak sukar bila kita ada problem dengan bahasa inggeris macam aku. Semua matapelajaran dalam bahasa inggeris wei ! Aku terkena kejutan budaya dekat sini sebab aku daripada bahasa melayu terus transfer kepada bi. Hohoho ! kenapa jadi begini nasib aku ! Kadangkala aku terlalu mudah untuk berputus asa ! mana pergi MARYAM yang tabah dengan ujianNYA ? Dia sudah pergi buat selamanya entah bila dia mahu pulang aku tidak pasti.

Maryam sekarang sering terleka. Mungkin kerana terlalu apla dengan kehidupan duniawi dan alam maya. Ya Allah aku ingin kau bersama aku hambamu yang lemah ini. Aku bermohon dan merayu kepadamu. Hendak aku nangis tetapi aku takmampu. Air mata ini bagaikan taknak keluar dari liang air mata. Egonya aku !