29 Oktober 2012

Warkah seorang insan ;)

Bismillahhirahmannirahim...

Ya Allah..
jika dia bukan milik aku,
kau tutupkanlah rasa cintaku padanya supaya aku mampu melupakannya..
Jika dia bukan milik aku,
Kau temukan dia dengan gadis yang lebih baik drpd aku,
kerana aku ingin melihat dia bahagia..
Jika dia bukan milik aku,
Kau tetapkan hatinya utk terima aku sebagai sahabatnya,
kerana dia sebahagian drpd kisah hidup aku..
Jika dia bukan milik aku,
Kau berikan aku kekuatan utk menempuhi hari2 yg mengdatang tanpanya,
kerana aku akan menitiskan air mata apabila m'ingat dirinya..

Ya Allah..
Aku tahu aku tidak layak utk bercinta ataupun mencintai hambamu..
Kerana aku akan selalu melukai dirinya dengan sifat buruk yang aku miliki..
Jadi kau hapuskan segala rasa cinta itu dalam diri aku untuk kaum adam..
Tetapi kau tambahkanlah rasa cinta aku padamu supaya aku sentiasa berada dijalanmu..
Kau butakanlah mata aku untuk melihat ciptaanmu iaitu kaum adam,
Supaya rasa cinta dalam hati ini tidak akan berputik kembali..
Tetapi janganlah kau butakan mata aku daripada pentunjukmu dan kebesaranmu.. 

Ya Allah..
Sememangnya aku hamba yang hina dan kerdil..
Setiap saat aku sentiasa melakukan dosa..
Masihkah ada lagy pintu taubat untuk aku ?
Kadang kala aku malu untuk bermohon sesuatu perkara kepadamu,
oleh kerana dosa yang aku lakukan..
Kau berikan aku pentunjukmu supaya aku dapat berubah untuk menjadi hambamu yang sentiasa bersujud kepadamu.. 
aku benar-benar bermohon..

Ya Allah..
Selagi aku bernyawa,
Aku mmg perlukan dirimu utk kurniakan aku kekuatan utk menempuhi dugaan hidup ini..
Kerana aku tahu aku kalah dalam keseronokan dunia..
dan aku tahu aku seorg yang selalu berputus asa..
dengan kekuatan yang kau kurniakan kepada aku,
aku pasti aku dapat tempuhi kehidupan ini dengan penuh kesabaran..

Ya Allah..
Engkau berkati lah segala perjalanan hidup aku ini,
supaya kehidupan aku sentiasa mendapat keberkatan daripada dirimu,
dan dapat berjalan dengan lancar..
permudahkan segala urusan dan pekerjaan yang aku lakukan..
Hanya padamu aku berserah segala-galanya..
Ajal ku, rezeki ku, jodoh ku,perjalanan hidup ku aku serahkan padamu..
Kau maha penentu segala-galanya..


Ya Allah..
Terima kasih akan kehidupan yang kau berikan,
aku bersyukur biarpun aku jalani hidup ini dengan perkara yang sia2..
semoga kau sentiasa berikan pentunjuk kepada aku..
Amin.. :)

Warkah dari hambamu yang kerdil..  

20 Oktober 2012

Istikharah Cinta

Assalammualaikum dan salam kesunyian..
Malam yang sepi ini, aku nak share video yang mungkin menghayati bg aku..
Aku suka sangat video ini..
Sweet sangat pasangan katun ini..
Bersama sampai tua..
Berkongsi suka duka bersama-sama sejak dr kecil smpai tua..
Teringin sgt2 nak jady mcm pasangan katun ini..
Aku teringin nak jdy katun perempuan tu mempunyai cita2 yg tinggi dan sentiasa ceria serta gembira dengan apa yang dilakunya..
Best kan ? haha..
Korg takcaya kata2 aku..
Cuba tgk videonya..




Apa mcm ?
Sweetkan ? haha..
Bagus la kalau sweet..
Kita cuma mampu merancang tapi hanya Allah yang akan menentukannya..
Jadi kita takperlu berputus asa dan sentiasa mengorak langkah supaya diri kita lebih baik daripada smlm.. (motivasi utk diri sndiri)

Konklusinya, Chaiyok Maryam ! Yakin Boleh ! haha :D (mengarut)

14 Oktober 2012

Just Around the Corner

Assalammualaikum smue..

Cuma tinggal lagy 20 hari sahaja lagy utk aku bertemu dengannya..
Siapa dia ?
Tentu la SPM..
Aku rasa macam nak putus asa..
Banyak masa aku buang dengan melakukan perkara yang sia2..
Aku sedih..
Masih banyak lagy yang belum aku hafal dan faham akan ilmu yg telah aku pelajari..
Aku kian takut dan memerlukan seseorg yang boley menenangkan perasaan aku yang bergelora ini..

Ya Allah, aku mohon pada mu beri aku kekuatan utk aku harungi dan tamatkan segala yang telah aku mulakan dengan menamatkannya sbgai sorg yg tidak putus asa.. Kau berikan la aku pentunjukmu supaya aku mampu harunginya dengan tabah.. Permudahkan la segala urusan aku utk menjawab smue papar SPM dengan mudah.. Kau bantu la aku jika aku dalam kesulitan... kabulkan segala permohonan hamba mu yang naif ini.... Amin..