tajuk : Aku suka bernafas
Kita belajar pasal mekanisme, Aku lihat dia disana
Pernafasan di dalam manusia, Aku ingin mendekatinya
Proses menarik dan menghembus, Aku cuba menghampirinyaNafas secara berulang. Lalu aku menyapa dia
Menarik nafas menyebabkan, Dia pun membuka bicara
Otot interkosta luar mengecut, Dan aku mulai mengenalnya
Sangkar rusuk akan bergerak, Kita mulai bermain mata
Keatas dan juda terkeluar. Mula timbul rasa bahagia
Otot diafgrama akan mengecut, Bila dia, mendekati diriku
Turun kebawah dan mendatar, Hatiku rasa sesuatu
Isipadu rongga toraks akan bertambah, Bila dia, senyum pada diriku
Tekanan udara di dalamnya akan berkurang. Hatiku rasa tak menentu
voo..ooo..ooo voo..ooo..ooo
Menghembus nafas menyebabkan, Kekadang hati ku bertanya
Otot interkosta luar mengendur, Adakah dia dah berpunya
Sangkar rusuk bergerak kebawah, Kerana diriku berasa
Dan akan termasuk kedalam. Aku jatuh hati padanya
Otot diafragma akan mengendur, Aku ingin memilikinya
Kembali ke bentuk asalnya, Aku ingin menjaga dia
Isipadu rongga toraks berkurang, Aku ingin mencinta dia
Tekanan udaranya bertambah. Aku ingin hidup dengannya
* cuba kauorang try nyanyi hanya menggunakan muziknya sahaja. Insyaallah boley. Kalau cover ini agak kurang, kauorang pandai pandai la ubah supaya cover ini jadi sedap. Ini bab respirasi F4 pasal mekanisme penafasan manusia. Harap dapat membantu kauorang untuk mengingat. :D