Hasil Nukisan

Kau Bintang Hatiku

Pandangan sawah yang hijau kekuningan yang bersertakan angin yang bertiup bersepoi-sepoi bahasa telah mengundangkan secebis ketenangan bagi sesiapa sahaja yang merasainya. Terdapat sebuah pondok ditepi sawah tersebut yang kelihatan usang tetapi tetap kukuh berdiri. Di situ terlihat ada pasang sahabat sedang duduk bersama. Mereka kelihatan sedang berbual-bual dengan gembiranya. Dari jauh gelak tawa mereka sudah dapat didengari oleh penduduk kampung disitu. Tapi mereka tidak perdulikannya, memang sejak dari kecil lagi mereka selalu pergi ke pondok itu yang telah menjadi tempat permainan mereka. Sarah dan Syahmin kelihatan sungguh serasi bersama mana taknya mereka pernah mendapat panggilan belangkas oleh penduduk kampung indah kerana selalu berkepit pada setiap masa. Tapi mereka tidak mengendahkannya yang penting mereka bersama seperti prinsip mereka " suka,duka,senang,susah kita tanggung bersama ". Perbualan mereka yang tadi rancak kini kembali sepi. Wajah Sarah yang tadi ceria kini berubah menjadi sedih. Ada setitik air mata dihujung matanya. Ya ! Syahmin perasan perubahan reaksi Sarah. Lalu dia memandang Sarah secara automatiknya tangannya mengesat air mata Sarah yang mengalir jatuh. Sarah terkasima lalu dia menepis tangan Syahmin. Pantas Syahmin meminta maaf dan menarik tangannya. Dia sedar atas keterlajurnya keatas Sarah.

" Aku minta maaf Sarah aku bukan nak ambil kesempatan keatas kau. Aku cuma tak nak kau sedih. Kalau kau sedih aku pun sedih juga. Tapi kenapa kau sedih ? ceritalah kat aku mana tahu aku boleh tolong kau " ujar Syahmin.

Sarah memandang Syahmin sambil tersenyum kelat. Dia sangat bersyukur kerana allah telah mengurniakan dia seorang sahabat yang sangat memahami dirinya serta sentiasa selalu ada dengannya sama ada suka ataupun duka. Memang sukar untuk mendapat sahabat seperti Syahmin yang hanya ada 1 dalam sejuta di dalam dunia ini. Memang dia sangat menghargai Syahmin dan dia tidak sanggup untuk kehilangan Syahmin. Dia memang tidak sanggup.

" Aku tak apa-apa cuma aku teringatkan keputusan trial Spm aku hari tu. Teruk sangat ! aku cuma dapat 6A 2B aja. Aku sedih la. Aku ingatkan aku boleh dapat 9A tapi tak. Bukan aku tak bersyukur cuma... aku hampakan cikgu-cikgu dan mak aku. Mak aku siap lagi marah aku. Dia kata aku ini tak fokus dalam kelas. Tapi hakikatnya memang aku dah 1001 % aku fokus dalam kelas " adu Sarah kepada Syahmin.

Syahmin yang asyik sekali mendengar aduan Sarah juga berasa sedih. Dia tahu yang Sarah memang fokus 1001 % dalam kelas sedangkan dia main-main di dalam kelas tidak fokus langsung lagi-lagi subjek sejarah memang dia kan tertidur. Mana taknya dia duduk belakang sekali dalam kelas 5 Excellent jadi cikgu tidak perasaan jika dia tidak fokus. Tapi dia juga berasa pelik dia mendapat best skor straight A dalam trial Spm. Padanya segala keajaiban semuanya datang daripada Allah. Dia sangat-sangat bersyukur kepada Allah.

" Relax lah Sarah. Insyaallah Spm betul-betul nanti mesti kau Straight punya ! Aku gerenti pun. Aku sanggup potong jari lah kalau kau dapat straight. Dah-dah jangan sedih-sedih sangat simpan air mata tu masa result SPM keluar. Masa tu kau nak nangis puas-puas sebab dapat straight A lagi bagus. Dah senyum sikit aku tengok muka kau dah macam harimau takada gigi aje. Macam ini aku rasa Ismail mesti taknak kat kau lagy " pujuk Syahmin untuk menceriakan Sarah sambil tersenyum manis di depan Sarah.

Sarah mengesat air mata yang masih bersisa dipipinya yang gebu dan mulus itu. Dia memandang muka Syahmin dengan pandangan yang tidak puas hati kerana kaitkan dia dengan Ismail ronggak tu yang sememangnya tergila-gilakan dia sejak dari tingkatan 1 lagi oleh kerana dia mempunyai kejelitaan yang tersendiri. Kulit yang kuning langsat, mempunyai hidung mancung macam aishwarya rai, bibir sentiasa merah-kemerahan dimana tidak lengkang senyuman. Memang lah tak secantik wawa zainal tapi wajahnya sedap mata memandang. Sarah menumbuk bahu Syahmin.

" Kurang asam kau, aku takada apa-apa lah dengan Ismail ! Budak takada gigi tu bukan test aku. Kau jangan nak kaitkan aku dengan dia lagi kalau tak selipar ini melayang kat muka kau " ugut sarah sambil memegang seliparnya dan diangkat tinggi sedikit seolah-olah ingin melayangkan seliparnya ke Syahmin.

Muka Syahmin kelihatan pucat lesi. Kecut perutnya mendengar ugutan Sarah. Bukan dia tak kenal si Sarah ini. Kalau dah marah semua benda yang dicakap akan dibuatnya. Teringat lagi masa buat gotong-royong kat sekolah, Sarah memukul dia dengan penyapu kerana mengatakan dia melakukan kerja seperti Siput Baby (lebih sopan sikit) memang tak boleh lupa peristiwa itu. Malu dia dengan kawan-kawan yang melihat kejadian itu mana taknya habis lebam badan dia disebabkan oleh kesan pukulan Sarah tu. Tapi Sarah cepat-cepat minta maaf atas kelanjuran yang dia lakukan. Dia lah yang tolong sapukan ubat kat lebam tu. Garang mana pun si Sarah tu tapi dia cepat mengaku kesalahan dan minta maaf.

" Sorry lah Sarah. Wa tak sengaja lah tetiba aja mulut ini tersebut nama Ismail. Aku ingatkan nak bergurau dengan kau tak sangka kau marah. Relax la, nanti rasa sayang aku berkurang kat kau. Cool okey. breath in, breath out, breath in.. " rayu Syahmin kepada Sarah.

" Okey ! wa maafkan lu ! lain kali kalau lu kaitkan wa dengan Ismail takada gigi tu lagi siap lu ! kepala lu tu wa potong masak sup kepala kasi jantan lembu wa makan " ugut Sarah sambil ibu jarinya mengerakkan gaya seperti ingin memotong kepala sambil mata di terbeliak.

Syahmin yang melihat gaya Sarah yang agak melucukan itu tergelak terguling-guling diatas pondok yang usang itu. Sarah hanya menjadi pemerhati melihat Syahmin yang sedang terguling-guling atas pondok itu menambahkan api kemarahannya. Sarah terus berdiri dan berlalu meninggalkan Syahmin yang masih terbaring diatas pondok itu. Syahmin yang melihat Sarah yang berlalu pergi meninggalkannya seorang diri dipondok itu terus berhenti ketawa dan berlari mendapatkan Sarah yang sudah jauh kedepan. Akhirnya Syahmin dapat berjalan seiring dengan Sarah.

" Sorry la, Wa terover tadi. Jangan lah merajuk. Apa kata wa belanja lu makan ABC nak tak ?" pujuk Syahmin untuk mengambil kembali hati sahabatnya itu.

Sarah hanya memandang Syahmin yang berada disebelahnya.

" Wa taknak ABC, wa nak aiskrim malaysia perisa milo 10 batang. Boleh tak ? " jawab Sarah sambil memandang tepat ke arah Syahmin untuk meminta kepastian.

Syahmin mengerutkan dahinya. "10 batang? dia ini makan ke melantak ? badan punya la kecil tapi selera mengalahkan ular sawa" mengatanya dalam hati . Sarah yang melihat perubahan pada muka Syahmin dapat meneka apa yang sedang difikirkan oleh Syahmin.

" Ala wa nak 10 batang sebab wa nak kasi adik-adik wa la. Seorang wa kasi 2 batang. Bukannya wa yang makan seorang. Lain kali takpayah fikir bukan-bukan pasal wa okey " kutuk Sarah.

Syahmin hanya ketawa mendengar kutukan Sarah itu. " Terro juga minah ini baca fikiran aku. Aku tahu kau tak pentingkan diri sendiri. Kau memang kakak yang bertanggungjawab. Sarah..Sarah makin lama aku kenal kau kasih sayang aku semakin bertambah. Adakah kau sayang juga dengan aku ? " monolog dalam hati.

" Okey takada masalah ! tapi sapa lambat sampai kat kedai makcik Salmah kena belanja ABC ! " kata Syahmin sambil berlari meninggalkan Sarah yang terpinga-pinga  terkejut dengan kata-kata Syahmin. Tanpa membuang masa dia pun lagi mendapatkan Syahmin.

Angin terus bertiup membawa seribu kenangan yang dicipta oleh dua sahabat itu. Semoga kenangan itu tidak luput didalam ingatan mereka berdua.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Malam sunyi sepi hanya kedengaran bunyi cengkerik yang menjadi alunan lagu pabila malam menyapa. Angin malam berebut masuk ke dalam bilik Sarah melalui tingkap biliknya yang terbuka luas. Sarah menghampiri tingkapnya untuk seketika dia memandang ke langit yang dipenuhi dengan taburan bintang-bintang yang terbentang luas. Terselit bulan purnama yang begitu terpersonakan.Sarah berasa begitu terpegun dengan ciptaan tuhan yang maha bijaksana. Terkadang dia selalu cuba menghitung bintang-bintang yang bertaburan dilangit untuk mencari ketenangan selepas penat belajar seharian dirumah semasa cuti sekolah tapi tak terkira. Baru sahaja dia bila sampai sepuluh terpaksa mengiranya kembali kerana dia telah lupa kawasan mana yang sudah dihitungnya. Akhirnya dia mengalah dan terus masuk tidur. Lamunan Sarah terganggu dengan lagu TERCIPTA UNTUKKU yang  dijeritkan oleh telefon bimbitnya menandakan ada panggilan masuk. Sarah segera mencapai telefon kesayangannya pemberian daripada arwah bapanya setelah dia berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang untuk UPSR. Terpapar nama Syahmin diskrin telefonnya dengan pantasnya Sarah menekan punat hijau.

" Hello, Assalammualaikum. Apa hal kau call aku malam-malam buta ini ? macam dah tak boleh nak tunggu ayam aku tu berkokok ke ? " bebel Sarah. Tak suka dia bila orang menelefonnya tengah-tengah buta.

Syahmin yang berada didalam talian itu hanya mendengar bebelan Sarah dengan hati terbuka. " Haih, aku ingatkan nak dengar suara kau yang sweet tu bukannya dengar kau membebel macam makcik joyah jual jamu tu " kutuk Syahmin dalam diam.

" Walaikummusalam, Sarah ! aku bukan teringin sangat nak call kau daripada aku call kau baik aku call Buah hati pengarang jantung aku si Amirah tu. Ini aku nak tanya esok nak ikut aku pergi pekan ? " jelas Syahmin yang takmahu panjangkan cerita dengan Sarah. Makin lama berbahas dengan Sarah nanti dia yang akan makan hati. Dia bukan tak kenal Sarah mulut laser tu. Kalau cakap main lepas sahaja tak fikirkan perasaan orang lain. Tapi mulut laser tu la juga membuatkan hatinya tertawan terhadap Sarah. Betul lah kata orang cinta itu buta. Cinta buta ? bila masa cinta ini ada mata tetiba aja boleh buta ? taksangka malang sungguh nasib cinta ini.

" Pergi pekan ? nak buat apa kalau setakat kau ajak aku date, aku taknak ! aku bukannya si amirah yang boleh kau bawa ke hulu ke hilir " bebel Sarah lagi.


" Aku bukan nak ajak kau pergi date lah sengal ! daripada aku keluar date dengan kau, baik aku keluar date dengan tok wan aku walaupun dah tua dan takada gigi tapi tetap bergetar kau tahu tak ? aku nak ajak kau beli barang asrama lah. Nampak macam kau taknak aja takapa la lain kali aku taknak ajak kau lagi " merajuk Syahmin.


Sarah tergelak apabila Syahmin menyebut nama tok wan. Tok wan memang nenek kesayangan Syahmin dan dirinya. Sejak kecil lagi dia memang mesra dengan tok wan oleh kerana tok wan dan opahnya merupakan sahabat karib sejak dari kecil sama lah seperti dia dan Syahmin. Tapi opahnya terlebih dahulu pergi bertemu dengan ilahi semasa dia berumur 13 tahun. Selepas opahnya meninggal dunia, dia menumpang kasih dengan tok wan. Baginya tok wan lah segala-galanya. Sarah telah menganggap tok wan seperti neneknya selepas neneknya meninggal dunia. Pada tokwan dia mendapatkan kasih seorang nenek. Jikalau tokwan tiada, maknanya dia hilang tempat bermanja bersama nenek. Dia sememang tidak sanggup untuk menghadapinya untu kedua kalinya.

" Hello ! aku cakap dengan tunggul ke sekarang ini ? kau dengar tak aku cakap apa tadi ? kau nak ikut tak ? " sergah Syahmin apabila pertanyaannya tadi tidak dijawab oleh Sarah. Dia tahu yang Sarah tengah mengelamun.

Sarah yang tersedar daripada lamunannya cuma tersengih sahaja. Dia malu sendiri. Pipinya kemerahan seperti isi buah delima. Nasib baik Syahmin tidak ada di hadapannya saat ini kalau tidak mesti dia akan menjadi bahan gelak.

" Mana aku mengelamun kau aja yang prasangka dengan aku. Oh ! nak beli barang asrama ya ? okey-okey, aku nak ikut. Kita pergi pagi la. Petang aku nak pergi mandi sungai kat hulu kampung " jawab Sarah dengan bersungguh-sungguh.

Memamg Sarah berancang untuk mandi sungai esok oleh kerana dia akan pulang ke asrama hari ahad ini. Cuti sepanjang seminggu ini hanya diisi dengan membuat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgunya. Mana taknya, sampai bergunung cikgunya memberikan kerja sekolah sebagai ole-ole untuk cuti sekolah yang perlu dihantar selepas cuti persekolah tamat. Terkadang ada juga keluhan yang keluar daripada mulut Sarah tapi demi masa depannya, dia tetap sabar. Ini lah nasib seorang pelajar sekolah berasrama penuh.

" Okey, esok kita pergi pukul 10 pagi. Nanti aku datang rumah kau. Kau jangan lupa pula temu janji kita ini. Bukannya aku taktahu kau tu macam mana, pelupa dah macam kena penyakit amnesia. Kalau esok aku datang rumah kau, kau masih pakai baju tidur.. Masa tu juga aku akan bo...."

" Bogel kan aku ? itu yang kau nak cakap " sambung Sarah.

Di hujung talian kedengaran ketawa Syahmin. Memang sebenarnya Syahmin otak kuning. Setiap kali bercakap dengannya ada sahaja perkataan-perkataan lucah yang akan terkeluar dalam mulutnya. Tapi dulu penyakit dia ini takada la serius sangat tapi bila dah masuk tingkatan tiga penyakitnya menjadi kritikal dan kronik serta tidak boleh dibendung lagi. Mungkin perubahan hormon kut. Maklum lah remaja yang sedang mencari identiti diri. Sudah berkali-kali Sarah menasihatinya tadi seperti biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan tidak pernah singgah di dalam otaknya.
Selepas lima minit sarah senyap, baru lah ketawa Syahmin hilang.

" Mana ada aku kata aku nak bogel kan kau. Otak kau tu kuning sangat nanti pergi sental sikit dengan berus dawai biar otak kau tu bersih sikit dengan perkara yang lucah-lucah.  Aku nak cakap nanti aku akan boxing kau kat depan mak kau kalau kau masih dalam keadaan berbaju tidur. Ada ke aku nak bogel kan kau kat depan mak kau, masak aku kena kawin paksa dengan kau. wa taksanggup ! " jelas Syahmin panjang lebar. " tapi kalau aku kawin dengan kau apa salahnya memang dari kecil lagi aku dah suka kat kau sarah " monolog Syahmin dalam hati.

Memang dia sudah lama jatuh cinta dengan Sarah masa pertama kali sarah datang ke rumah Tokwannya bersama-sama opah. Masa itu Sarah memakai baju gaun putih dan bercocang dua. Sangat comel sekali macam tuan puteri dari planet pluto. Sejak hari itu dia cuba dan terus mencuba untuk mendekati Sarah dengan lebih dekat. Dan sehingga sekarang dia akhirnya berjaya mendekati dan mengenali diri sarah.

" Oh ! ada hati nak boxing aku ya ! Hoi sotong kau tak ingat ke masa kau kena buli dengan budak darjah 6 kat sekolah ? Siapa yang datang jadi penyelamat kau ? Aku tau your superwomen. Kalau takada aku masa tu memang kau dah jadi jeli kat situ " ujar Sarah yang geram dengan perangai Syahmin.

Syahmin mengerutkan dahinya mendengar kata-kata sarah sebentar tadi. Dia penyelamat aku ? Ya ! dia memang penyelamat aku bila aku dalam kesusahan. Dia sentiasa ada dekat dengan aku apabila aku memerlukan pertolongan. Dia sangat bersyukur kerana keadaan sarah ketika itu.

" Kau nak kasi duit ke tak ? kalau tak aku patahkan kaki kau nanti " ugut Salim yang merupakan seorang pembuli yang sangat ditakuti oleh semua pelajar.

Selamat dan Ahmad yang berada dibelakang Salim hanya ketawa melihat Syahmin yang sedang dibuli oleh Salim. Mereka merupakan pembantu Salim. Apabila Salim melakukan perbuatan jahat mereka juga tidak lepaskan peluang untuk menyertainya.

" Aku mana ada duit. Tadi aku dah beli gula-gula, coklat, aiskrim dan nasi lemak jadi duit aku dah habis. Dah takada duit yang aku nak bagi kat kau. Kau tolong lepaskan aku, aku nak balik nanti mak aku cari aku pula " rayu Syahmin kepada Salim.

Salim menguatkan cengkaman tangannya yang sedang memegang baju sekolah Syahmin. Muka dia kelihatan sudah kemerahan akibat daripada menahan marah apabila mendengar alasan yang dicipta oleh Syahmin sebentar tadi. Telinganya sedang berasap.

" Wah ! beli makanan ada pula duit kau ! bila aku minta duit kat kau mula lah kau cakap macam-macam. Bukan aku dah pesan kat kau hari tu duit pampasan bagi hari ini tapi kau degil. Kau pentingkan perut kau yang buncit tu daripada aku. Memang kau ini nak menempah maut ! " tegas Salim lagi sambil mengempalkan tangan kirinya membentuk menumbuk yang akan dilayangkan ke muka Syahmin.

" Hoi ! kau buat apa kat Syahmin ! Baik kau lepaskan dia kalau tak nahas kau aku kerjakan " jerit Sarah dari jauh. Muka Sarah kelihatan begitu bengis. Dia sememangnya marah apabila sahabatnya dibuli oleh orang yang berlagak gangster itu seperti Salim.

Salim memandang kearah Sarah yang menjerit padanya sebentar tadi. Salim memandang Sarah atas bawah lalu dia ketawa dengan kuatnya.

" Hoi perempuan ! kau apa hal nak jadi hero kat sini baik kau balik tolong mak kau masak kat rumah lagi bagus. Jangan nak menyibuk dekat sini. Nanti baru aku jentik kau terus menangis lari rumah mengadu kat mak kau " sindir Salim dan menyambung ketawanya.

Selamat dan Ahmad yang dari tadi diam juga ketawa sama. Sambil mereka ketawa, mereka menuju kearah Sarah. Sarah masih tegak berdiri situ. Tidak berganjak walaupun sedikit. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Nasib baik saat itu dia memakai pakaian sukan. Memang senang lah dia nak kerjakan tiga badul yang perasan gangster tu.

" Aku beri amaran kat kauorang. Jangan dekat dengan aku. Tidak mampus aku kerja kan kauorang " tegas Sarah memberikan amaran.

Tapi amaran Sarah tidak di dengari oleh mamat badul itu. Malah mereka semakin hampir dengannya. Sarah sudah pasang kekuda dan mengempalkan tangannya. Dia sudah sedia untuk melepaskan tumbukan dan tendangan kepada kedua-dua mamat tersebut. Semakin hampir dan hampir. Lantas secara pantasnya Sarah melepaskan tumbukannya tepat kemuka Selamat. Selamat jatuh terduduk.

" Kan aku dah cakap jangan dekat dengan aku tapi kau degil. Ambik kan dah kena sebiji. Harap aja nama selamat tapi tak ada la selamat mana pun " sindir Sarah.

Selamat mendengus marah. Dia marah dengan tindakan sarah. Lantas dia bangun dan menghadiahkan tendangan kepada Sarah tapi sarah cepat mengelak. Dengan pantasnya Sarah menghadiahkan sepakan padu kearah selamat tepat kena ke pinggangnya. Dia terjatuh lagi ke tanah dan mengerang kesakitan. Ahmad yang tadi diam segera bertindak melawan sarah. Dia melepaskan tumbukan padu kearah sarah tapi sarah cepat menepis lalu melayangkan sepakan yang padu kearah kaki Ahmad dan sebuah tumbukan diperut Ahmad. Ahmad terbaring telentang ke tanah. Dia juga turut mengerang kesakitan.

" Samseng taik kucing. Setakat tumbukan dan tendangan yang seberapa itu pun dah sakit. Memang bukan anak jantan lah kauorang ini " ejek Sarah sambil meludah ke tanah.

Selamat dan Ahmad memandang antara satu sama lain. Bagai ada sesuatu yang dirancang oleh mereka. Tapi tak dapat baca oleh Sarah.

" 1,2,3 ! Sekarang ! " jerit selamat memberi isyarat kepada ahmad.

Mereka lari kearah Sarah dengan serentak. Sarah yang pada mulanya terkejut dengan jeritan selamat tetap bersedia untuk menggunakan teknik rahsianya yang diperlajari dalam Taekwondo. Serangan hendap yang dilakukan oleh kedua-dua badut itu berjaya dipatahkan oleh Sarah akhirnya mereka terbaring diatas tanah dan tidak sedarkan diri. Dalam hati Sarah rasa sangat berbunga-bunga memang tidak sia-sia dia mempelajari taekwondo. Sarah terus bergerak kearah Syahmin dan Salim. Salim kelihatan cemas dan ketakutan. Lantas dia melepaskan baju Syahmin dan terus melarikan diri. Syahmin hanya memandang kearah Sarah dan menitiskan air mata.

" Terima kasih selamatkan aku Sarah. Kalau kau takada tadi mesti aku dah jadi jeli " kata Syahmin antara dengan tau tak kerana sedunya kedengaran terlalu kuat. 


" Sama-sama. Lain kali kalau diaorang ganggu kau lagi, kau bagitahu kat aku. Biar aku kasi ajar diaorang tu " jawab Sarah dengan tegasnya.


" Dah jom balik nanti mak kau cari pula " sambung Sarah lagi.


Syahmin dan Sarah jalan beriringan untuk pulang kerumah.


" Hoi ! aku cakap dengan kau, kau diam pula. Aku letak telefon ini baru tahu " sergah Sarah apabila Syahmin diam seribu bahasa.


Syahmin mengurut dadanya. Terkejut benar apabila disergah oleh Sarah. 


" Nasib baik aku tak melatah tadi. Kalau tak jatuh reputasi aku habis nanti si Sarah menjaja cerita pasal aku kuat melatah " kutuk Syahmin dalam hati.


" Aku dengar la apa kau cakap tadi. Aku belum pekak macam Pak Badak tu. Ok la, aku letak dulu. Esok pukul 10 pagi aku datang rumah kau. Bye Assalammualaikum sayangku ! " jawab Syahmin lantas meletakkan telefonnya.


Sayangku ? Apakah maksud Syahmin ini ? Argh, mungkin si panggil sayang sebab kita orangkan dah macam adik-beradik kut. Dah la malas mahu fikir baik tidur boleh juga mimpikan Kim Buem. Lantas tangan sarah segera menutup tingkap dibiliknya dan mendaratkan badannya keatas katil dan tidak lama kemudian dia terlena dibuai mimpi yang indah.


" Assalammualaikum ! Sarah Oh Sarah ! aku datang ini. Kau dah siap ke belum ? " laung Syahmin di depan pintu Sarah sambil memanjangkan lehernya seperti zirafah untuk mencari kelibat Sarah.

" Oh mak kau meletup ! " latah Syahmin apabila ada seseorang yang menyengahnya daripada belakang. Syahmin mengurut dadanya lantas untuk memarahi orang yang membuatkannya sakit jantung. Tapi hasratnya tidak diteruskan kerana dihadapannya saat ini adalah Mak Timah. Syahmin hanya tersengih seperti kera sumbang tapi lagi sumbang daripada kera ketika itu. Pantas tangan Mak Timah disambut untuk menyalami.

" Kau buat apa terjeguh-jeguh kat dalam rumah aku itu ? Kau nak intai anak dara aku ke ? Kau nampak penyapu ini ? lebam juga badan-badan kau kena rembat dengan aku nanti. Baru kecil dah mengatal nak mengintai anak dara orang " marah Mak Timah. Bukannya dia tidak suka Syahmin tu mana taknya Syahmin membesar dihadapan matanya sendiri cuma dia sentiasa menegur Syahmin supaya bertingkah laku elok apabila berada luar takut nanti menjadi fitnah orang kampung. Nanti dia yang terpaksa menadah telinga mendengar kata-kata fitnah orang kampung ini naik malu dibuatnya nanti.

" Mak Timah, mana ada saya nak intai Sarah. Kalau Mak Timah kasi free pun saya tak nak berdosa ! Allah marah tak bau syurga nanti " galak Syahmin seperti ustaz memberi ceremah.

" Makcik bukan apa takut nanti orang kampung ini kata apa pula. Nanti orang kata makcik takreti nak jaga anak. Makcik ini malas nak gaduh-gaduh dengan orang kampung ini. Maklum lah hanya rumah ini aja yang makcik ada. Kalau orang kampung halau makcik dari kampung ini, makcik, Sarah dan adik-adik nak duduk mana pula " sayu Mak Timah apabila berkata.

Syahmin yang mendengar kata Mak Timah itu pun terasa sayu. Tak akan disebabkan dia Mak Timah dan anak-anak kena halau daripada kampung ini. Perkara itu tidak akan terjadi aku janji ! Tekad Syahmin dalam hati.

" Makcik jangan kata macam tu, nanti kalau makcik dan sarah pergi macam mana dengan saya ? Saya dah anggap makcik macam mak saya sendiri " kata Syahmin sambil tangannya mengesat ke mata seperti sedang menangis.

" Tak usah la kau nak touching lebih-lebih kat sini. Haa! yang kau datang ini kenapa ? Nak cari makcik ke ? " tanya Mak Timah sambil angkat kening seperti ziana zain.

" Saya datang sini nak ajak Sarah beli barang untuk asrama kat pekan. Kalau makcik kasi Sarah ikut saya, saya janji akan hantar dia tepat pukul 4 petang. Tapi kalau makcik tak kasi, kasihan la saya ini. Saya kan bakal menantu makcik " jawab Syahmin sambil mengenyitkan mata ke arah Mak Timah.

" Hmm..Hmm, rancak berborak sampai orang berdiri kat belakang ini dengan pelbagai posing pun tak perasan " sergah Sarah secara tiba-tiba.

Syahmin dan Mak Timah serentak berpaling ke belakang memandang ke arah empunya suara itu. Sarah sedang membuat muka toyanya. Syahmin dan Mak Timah hanya tergelak melihat muka toya Sarah. Sarah yang mendengar ketawa mereka terus menunjuk ke rak kasut dan menyarungkan seliparnya yang berwarna hitam ke kaki. Selesai menyarung kasut dia terus ke Mak Timah untuk menyalami tangan maknya.

" Sarah pergi dulu ye mak. Nanti petang Sarah balik. Nak kirim apa-apa ke mak ? " tanya Sarah kepada Mak Timah.

Mak Timah hanya mengelengkan kepala sebagai isyarat kepada tidak. Syahmin hanya diam aja sejak dari tadi segera menyambut tangan Mak Timah untuk menyalami untuk sekali lagi.

" Kami pergi dulu makcik " ujar Syahmin kepada Mak Timah.

" Jaga Sarah elok-elok. Balik cepat tau " balas Mak Timah.

Syahmin yang berada di atas motosikal terus mengangguk. Tangannya pantas menyarungkan topi keledar dikepalanya dan mengikatnya dengan cermat. Lantas dia tangannya pantas menghulurkan topi keledar kepada Sarah. Teragak-agak juga Sarah nak memakainya. Syahmin hanya mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

" Kau ini baru first time pakai topi keledar ke ? " sindir Syahmin sambil menarik Sarah dekat dengannya supaya dia dapat mengikat tali topi keledar Sarah. Sarah hanya menbatukan diri dan hanya membiarkan Syahmin mengikat tali topi itu. Mak Timah hanya memerhatikan gelagat teruna dan dara dihadapannya. Dari firasat tuanya menyatakan bahawa Syahmin terlalu mencintai Sarah tetapi takut untuk meluahkannya. Sarah terus menaiki motosikal Syahmin dengan perasaan ketakutan. Memang dia takut saat itu kerana dulu dia terjatuh daripada moto semasa ditunggang oleh ayahnya.

" Sarah relax la, aku bawa slow aja. Jangan la takut sangat. Kalau kau takut kau peluk aja aku. Aku pun tak kisah kalau aku jadi bantal peluk kau " galak Syahmin mengenakan Sarah. Dalam hati Syahmi berbunga-bunga tidak terhingga. Tapi Sarah hanya buat-buat tidak mendengarnya.

" Bila kita nak sampai kau kau asyik dari tadi membebel aja. Cepat la jalan " sindir Sarah. Dia meluat dengan kata-kata Syahmin tadi.

Syahmin hanya tergelak mendengar mendengar sindiran Sarah. Lantas dia memandang ke arah Mak Timah yang dari tadi setia berdiri di depan pintu.

" Kami pergi dulu makcik " kata Syahmin sambil meninggalkan perkarangan rumah Sarah.

Motosikal yang ditunggang oleh Syahmin semakin mengecil dan hilang di sebalik denai-denai yang tumbuh meliar disitu. Semoga Allah melindungi mereka daripada perkara-kara yang tidak sepatutnya. Doa Mak Timah dalam hati sambil melangkah masuk ke dalam rumah.


" Sarah, sarah, bangun dah sampai " kejut Syahmin dengan lembut untuk membangunkan Sarah yang tertidur semasa perjalanannya ke pekan. Entah macam mana Sarah boleh tertidur pun dia taktahu. Nasib baik tak tergolek jatuh tadi. "Pandai pula peluk aku kalau nak tidur. Sarah,sarah macam-macam kerenah la kau ini " bisik Syahmin dalam hati. Sarah terbangun lantas tangannya ditarik untuk mengosok-gosok matanya. Syahmin berasa hampa. Sebenarnya dia taknak Sarah bangun tapi takakan sampai kepetang nak duduk atas moto tak beli barang lantas dia memujuk hatinya supaya tidak berasa sedih. Sarah memandang sekeliling.

" Aku ada kat mana ini ? " tanyanya pelik kerana dia merasakan dia tidak ada di dalam biliknya saat ini.

Syahmin hanya mengerutkan dahinya. " Tak akan baru terlelap sekejap dah lupa dia nak pergi mana. Sarah kau memang pelik " sindir Syahmin dalam hati.

" Sekarang kita dah sampai kat pekan. Tu lah lain kali buat tahi mata lagi " perli Syahmin sambil memandang kearah Sarah dengan muka yang amat masam.

Sarah hanya bersahaja dan terus menanggalkan topi keledar yang dipakaikannya lalu dihulurkan kepada Syahmin serta pantas mengenakan cap kesayangannya lantas meninggalkan Syahmin. Sarah masuk kedalam kedai pakaian dan bayangnya hilang di sebalik baju-baju yang tergantung disana. Syahmin hanya mengelengkan kepalanya melihat kerenah Sarah. Dengan pantasnya, dia terus mengorak langkah mencari Sarah selepas menyimpan topi keledarnya kedalam perut motosikal kesayangan bapanya.

Mata Sarah berpinang melihat baju-baju yang tergantung di dalam kedai itu. Terlalu cantik sampai dia menjadi rambang mata. Niatnya pergi ke pekan pun memang nak beli baju baru untuk digunakan semasa berada di asrama. Dia meraba-raba baju disitu. Kekadang dia menagambil baju tersebut daripada tempatnya lalu dikenakan dekat dengan badannya dan terdapat sebuah cermin disitu lalu dia mengayakannya dengan pelbagai posing.

" Sudah sudah lah tu, nanti pecah pula cermin tu. Nanti siapa nak ganti ? aku juga. Semua orang tengok la Sarah. Kau takmalu ke ? Aku yang berdiri kat sini pun dah rasa malu dengan gaya-gaya mengoda kau tu " gurau Syahmin yang melihat gelagat temannya yang sedang khusyuk memperagakan baju ditangannya.

Kata-kata Syahmin membuatkan Sarah sakit hati. Dia menjeling Syahmin yang berdiri tidak jauh daripadanya. Dia meletakkan kembali baju yang berada dalam pegangannya ke tempat asalnya. Lalu dia melangkah keluar dari kedai itu meninggalkan Syahmin.

Syahmin juga mengorak langkah keluar daripada kedai tersebut dan berjalan seiringan dengan Sarah. Sarah hanya berdiam diri tidak berkata apa-apa. Dia melangkah laju meninggalkan Syahmin. Tiba-tiba dia terjatuh terlentang di atas kaki lima. Dia tidak perasan ada tangga disitu kerana dia dari tadi hanya melayan perasaan marahnya terhadap Syahmin. Syahmin yang jauh ketinggalan kebelakang terus lari menuju ke Sarah yang masih tidak bangun. Lantas dia membantu Sarah bangun.

" Sarah macam mana kau boleh terjatuh ini. Tu lah lain kali jangan cuai. Kau okey tak ? " tegur Syahmin yang sedang memberi pertolongan kepada Sarah. Syahmin mencari muka Sarah untuk mendapatkan kepastian tetapi gagal. Syahmin terus membawa Sarah jauh daripada tempat tersebut. Dia tahu Sarah malu untuk bangun sebab ramai orang disitu memandang kearahnya. Sarah hanya membatukan diri. Dia hanya membiarkan Syahmin membawanya pergi jauh dari tempat itu. Saat ini dia  yang hanya dia lakukan adalah menahan rasa sakit dan malu. Sakit kerana terjatuh dan malu kerana menjadi tonton percuma untuk orang ramai. Dia berhenti secara tiba-tiba dihadapan kedai Watson.

" Kau tunggu kejap, aku nak beli barang sikit. Kejap aje. Kau duduk kat tepi tu tau " pinta Syahmin menyuruh Sarah menunggunya. Sarah hanya mengangguk. Dia mengambil tempat duduk di tepi kedai Watson itu manakala Syahmin masuk ke dalam. Sarah hanya mendiamkan diri. Dalam diam dia memarahi dirinya yang terlalu ikutkan perasaan sehingga membawa padah kepadanya. Dia hanya memeluk kakinya dan kepalanya diletakkan diatas lutut kakinya. Dia mengangkat muka apabila terasa ada seseorang memegang kakinya. Sempat juga dia menghadiahkan tendangan kearah orang tersebut. Mata dia membulat. Dia tidak sangka dia menendang perut Syahmin. Syahmin terbaring mengerang senak perutnya.

" Hoi perempuan ! aku punya la baik nak tolong bersihkan luka kau tu. Ini balasan yang kau berikan kepada aku. Betul pepatah melayu kata Ada ubi ada batas, ada budi ada balas " perli Syahmin yang sedang menahan sakit hasil daripada tendangan Sarah.

" Wei ! sorry sorry aku tak sengaja. Aku ingatkan ada orang nak perkosa aku sebab tu aku kasi tendangan free. Taksangka aku ter'tendang' kau pula. Sorry sorry " terang Sarah kepada Syahmin sambil membantu dia bangun dan mengambil tempat duduk yang dia duduk sebentar tadi. Sarah memburu rasa bersalah.

" Sapa yang nak perkosa kau ? orang belum sempat nak perkosa kau, kau dah bagi tendangan maut boleh dapat penyakit mati kucuk kau tahu tak " sindir Syahmin sambil mengusap perut yang masih rasa sakit.

" Ala sorry la, aku bukan sengaja. Sakit sangat ke ? meh sini aku tengok " pujuk Sarah sambil mendekati Syahmin untuk melihat perutnya yang terkena tendangan mautnya tadi.

Syahmin yang sedang dari tadi mengusap perutnya pantas mengerutkan dahinya apabila tangan Sarah sudah menghampiri bajunya. Lantas dia bangun menjauhi Sarah. Sarah hanya memandang pelik kearah Syahmin.

" Hoi ! Kau nak rogol aku ke ? Kau dah mencabuli hak asasi aku ! Akan aku saman kau kat mahkamah. Nak ambil kesempatan keatas insan yang lemah ini. Kau ini perogol bersiri kampung Indah " marah Syahmin.

Sarah hanya diam seketika dan ketawa akan ucapan yang terkeluar dari mulut Syahmin. Dia tidak sangka bahawa dia telah keterlaluan terhadap Syahmin. Dia bukan sengaja hendak mencabuli Syahmin cuma dia ingin memeriksa keadaan Syahmin sahaja tak sangka dilabelkan sebagai perogol bersiri kampung Indah.

" Aku cuma nak tengok aja ada kesan lebam kat perut kau ke tak. Nanti tak pasal-pasal kau mengadu kat mak kau sebab aku tendang kau pula. Habis nanti aku kena marah dengan mak kau. Kalau marah tu aku tak kisah tapi siap pakej sekali kena jadi tukang sapu kat depan halaman rumah kau. Macam kau tak ingat masa aku tepuk belakang kau sampai lebam masa kita form 2. Memang peristiwa tu tak akan aku lupakan " membebel Sarah untuk mempertahankan diri.

" Sarah ! kamu buat apa dengan anak makcik ini ? sampai lebam belakang dia kamu buat. Kamu pukul dia ke ? tak padan dengan perempuan tahu nak pukul orang aja " marah makcik Ani.

Sarah hanya menundukkan mukanya ke tanah tidak berani untuk memandang muka bengis makcik Ani. Kecut perutnya apabila dimarahi oleh makcik Ani. Sesekali dia menjeling kearah Syahmin yang berdiri tidak jauh dari situ sambil menunjukkan jari ibunya kepada Sarah sebagai isyarat padan muka kepada Sarah.

" Siap kau nanti. Aku kerja kan kau cukup cukup. Anak mak betul kuat mengadu. Kau tengok lah nanti mulut kau tu aku cili dengan cili padi biar kau tak boleh mengadu dekat mak kau lagi " bisik Sarah dalam hati.

" Sebagai hukumannya, kamu kena bersihkan halaman makcik selama seminggu. Baru makcik maafkan kamu. Kamu dengar tak Sarah ? ataupun kamu nak makcik beritahu kat mak kamu apa yang kamu buat kat anak makcik ini ? tanya makcik Ani.

Sarah yang dari tadi dia terus membukakan mulut untuk berkata-kata.

" Makcik jangan beritahu mak saya. Saya janji saya akan bersihkan halaman rumah makcik selama seminggu. Saya janji  tapi jangan bagitahu kat mak saya" rayu Sarah kepada makcik Ani.

" Hoi ! kau temenungkan apa tu ? teringatkan Wak Samad ke ? " sergah Syahmin.

Sarah kembali ke alam realiti apabila disergah oleh Syahmin. Dia hanya memandang Syahmin dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.

" Tadi kau cakap apa ? aku tak dengar lah " tanya Sarah.

" Memang lah kau tak dengar sebab kau tu bersuka berkhayal " sindir Syahmin.

Syahmin menarik kaki Sarah dan diletakkan keatas pehanya. Dia melihat kaki Sarah yang berdarah akibat daripada terjatuh tadi. Sarah hanya memerhati segala perilaku Syahmin. Tangan Syahmin semakin lincah membersihkan luka Sarah. Usai dia memrawat kaki  Sarah, dia menarik tangan Sarah. Sarah sudah mengerutkan dahinya seperti nenek tua. Syahmin perasan akan perubahan riak muka Sarah.

" Kau jangan takut aku tak akan ambil kesempatan dekat kau. Aku dah serik kena belasah dengan kau " ujar Syahmin dengan selamba sambil menyibukkan dirinya membelit tangan Sarah. Terdapat kesan calar berdarah di tangan kecil Sarah. Dia segera membersihkannya takut akan dijangkiti oleh mikroorganisma. Sarah yang sedang dari tadi merenung Syahmin menjerit kecil sambil tertahan tahan kerana pedih yang dirasa.

" Ini ke Sarah yang aku kenal ? luka sikit dah jerit jerit. Tak otai betul " perli Syahmin.

Sarah hanya mendiamkan diri. Malas nak bertikam lidah dengan Syahmin disaat Syahmin menghulurkan tangan untuk merawat lukanya. Sarah hanya merenung kembali wajah Syahmin mencari keikhlasannya.

" Syahmin sesungguhnya aku tak mahu kehilangan kau kerana kau seorang sahaja teman yang memahami dan tingtong macam aku. Kalau kau takada sunyilah aku " luah sarah dalam hati.

" Janganlah tenung aku lama-lama. Naik malu aku. Kau taknampak ke aku pakai blusher ini ? Kalau nak tenung aku pun bayarlah dulu, satu saat satu ringgit. Tapi kalau kau sudi jadi kekasih aku, aku bagi kau free no have any charge. Kau tenunglah muka aku sampai jadi muka macam cristiano ronaldo pun aku tak kisah " usik Syahmin walaupun sebenarnya kata-katanya adalah benar belaka.

" Hoi orang kampung ! sapa kat sini ada baldi ? aku nak muntah dengar ayat-ayat jiwang kawan aku yang sengal ini " jerit sarah sambil jari telunjuk Sarah sudah menjulur masuk ke dalam mulut sambil membuat isyarat untuk muntah.

Syahmin yang melihat aksi Sarah itu berasa bengang. Lantas dia mencelah supaya Sarah tidak meneruskan aksi itu lagi.

" Siapa lelaki yang malang itu sampai buat kau mengandung ini ? Dah berapa bulan ? Kau kahwin tak jemput aku . " sindir Syahmin biarpun dia tahu dia terlalu keterlaluan.

Sarah hanya membulatkan mata sebelum memarahi Syahmin. Dia tidak suka diperkatakan begitu. Dia bukannya perempuan yang tidak tahu hukum hakam agama dia tahu semua itu.

" Hoi ! cakap baik baik sikit. Nanti orang makan KFC kau makan penumbuk aku " ujar Sarah sambil menunjukkan penumbuknya dihadapan Syahmin dengan muka bengisnya.

Syahmin yang melihat muka Sarah seperti singa kelaparan itu terus mengangkatkan kebelah-belah tangannya tanda mengalah kerana dia malas untuk bergaduh-gaduh dengan Sarah. Dia tahu sepatutnya dia tidak terlalu mudah melenting kerana Sarah hanya bergurau-senda dengannya. Tapi ego lelakinya terasa tercabar apabila Sarah mengejeknya dengan kata-katanya yang diungkapkan tadi. Dia sedar ditidak sepatutnya menyalahkan Sarah kerana dia tahu Sarah belum tahu apa perasaannya terhadap Sarah. Syahmin menenangkan dirinya sambil menanam tekad suatu hari nanti dia kan melafaz akan perasaannya terhadap Sarah. Biar masa menjadi penentunya.

" Okeylah Sarah aku minta maaf. Aku salah kau maafkan aku kan kan ? " pujuk Syahmin dengan lembut supaya Sarah memaafkannya. Dia tidak sanggup bermasam muka dengan Sarah bukannya dapat faedah tapi dia yang akan bertambah derita kerana tak dapat berbual dengan Sarah setiap malam.

Sarah hanya berdiamkan diri. Mukanya beransur gendur sendikit, tidak bengis seperti singa kelaparan. Dia hanya menjeling kearah Syahmin kerana rasa marahnya masih bersisa. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Sarah juga turut terkejut pada saat genting ini tiba-tiba aja perutnya berbunyi. Dia menunduk malu. Mukannya kemerahan kerana menahan malu dan marah. Syahmin yang ada disebelahnya menahan tawa dan akhirnya tawanya pecah juga dari mulutnya. Sarah menjeling Syahmin. Dengan serta merta Syahmin menelangkup tangannya ke mulut. Dia sedar keterlanjurannya mengetawakan Sarah.

" Ops ! Sorry. Perut kau dah menjerit tu. Aku dengar dia kata Sarah, aku nak makan KFC ! jomlah aku belanja kau makan KFC ? janji kau jangan merajuk dengan aku lagi "  pujuk Syahmin sambil memandang muka Sarah.

Sarah memarahi dirinya tapi alang-alang Syahmin nak belanja dia makan tidak salah rasanya. Rezeki terpijak di depan Watson lagi baik dia memaafkan Syahmin daripada perut dia menderita kerana keegoannya yang tinggi.

" Okey tapi kau kena belanja aku air krusher oreo baru aku maafkan kau " jawab Sarah selamba.

" Apa sahaja yang kau nak kau mintalah asalkan kau tak merajuk dengan aku lagi. Okey jom kita pergi cari KFC nanti perut kau menjerit lagi susah nanti " usik Syahmin untuk menceriakan suasana.

Sarah hanya tersenyum. Dia dan Syahmin jalan beriringan menuju ke restoran KFC yang tidak jauh dari situ. Mereka seperti pasangan kekasih walaupun pada hakikatnya mereka hanya teman baik. Dari jauh ada sepasang mata memandang kearah mereka dengan perasaan jahat di sebalik tembok tiang yang terdapat dihadapan kedai Bata.

" Siap kau Sarah. Tahulah macam mana nak ajar kau nanti " ucapan yang penuh dengan kebencian yang telah lama tersemat dalam hati tuan sepasang mata ini. Di dalam permikiran si tuan sepasang mata ini telah merancang pelbagai rancangan untuk menjauhkan Sarah dengan Syahmin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bunyi alunan lagu air sungai dan bunyi keriuhan alam semulajadi serta sebuah permandangan pokok-pokok yang menghijau menciptakan sebuah suasana aman dan damai bagi sesiapa yang ingin terlepas dari kesibukan aktiviti harian. Suasana seperti ini sering dirindui oleh Sarah. Sejak dia pulang ke rumah semasa cuti sekolah selama seminggu, dia tidak pernah ke sungai oleh kerana dia kena siapkan segala tugasan yang diberikan oleh cikgu-cikgu kesayangannya. Ini lah tanggungjawab yang perlu digalas oleh seorang yang bergelar pelajar sekolah berasrama. Dan baru hari ini dia mempunyai masa untuk mendekatkan diri dengan ciptaan tuhan yang begitu indah. Segala masalah dan tekanan hilang berlalu pergi seiring dengan angin yang menyapa lembut pada petang itu.

" Sarah ! kau termenungkan apa tu ! " sergah Syahmin.

" Oh nenek kau meletup " latah Sarah akibat terkejut oleh sergahan Syahmin.

Syahmin tergelak besar melihat Sarah yang melatah seperti nenek tua. Memang dia dari kecil suka membuat Sarah melatah begitu. Dengan cara mengusik Sarah sahaja dapat menceriakan hidup-hidupnya seharian.

" Hoi ! mamat sewel ! kau ini kenapa ? tak boleh nak tengok aku senang sikit. Dimana aja aku pergi mesti jumpa denga kau. Kau boleh tak jangan nak jadi bayang-bayang aku ? Kalaulah kau jadi bayang-bayang aku dah lama aku pijak kau " marah Sarah.

" Bluek ! suka hati aku la aku nak buat apa. Nak follow kau ke ? nak intai kau ke ? Hak memfollow hak aku " jawab Syahmin dengan selamba.

Sarah malas nak bergaduh dengan Syahmin. Hanya setakat buang air liur, air peluh dan buang air hingus aja. Dengan selambanya Sarah berjalan ke arah batu besar yang terdapat disitu. Syahmin yang perasan Sarah tidak membalas kembali kata-katanya terus mengikuti Sarah dari belakang. Memang hobinya mengikut orang sahaja. Dengan berhati-hati Sarah berjalan bergerak masuk ke dalam sungai yang terdapat banyak batu kecil disitu. Dia memijak batu yang sederhana besar di dalam sungai. Tidak disangka batu itu licin. Dia tidak dapat mengimbangi badannya. Badannya terjatuh kebelakang. Reaksi Sarah masa itu adalah menjerit sambil memejamkan mata. Syahmin sedang dari tadi setia mengikut Sarah juga terkejut melihat Sarah yang terhuyung-hayang seperti hendak jatuh. Dengan pantasnya dia menyambut Sarah dari belakang. Dengan sepenuh tenaga Sayhmin gunakan untuk menyambut Sarah yang berat seperti anak ikan paus. Demi kasihnya pada Sarah dia sanggup menahan rasa berat Sarah.

" Kenapa aku tak jatuh dalam air ini ? " monolog Sarah dalam hati. Sarah membukakan. Matanya bertembung dengan mata Syahmin tanpa berkelip walaupun sesaat. Ada sesuatu perasaan yang sedang merasuk di dalam mindanya saat ini. Sarah terpukau dengan ketampan Syahmin yang tidak pernah dilihat selama dia bersahabatnya.

" Pergh ! hensem gila mamat ini. Kenapa aku tak pernah perasan selama ini. Kulitnya putih, muka dia tak ada jerawat langsung. Hah ! yang paling penting ada lesung pipit lah ! kiri kanan pula tu. Mata dia sepek ? muka dia macam Lee Min Ho ! artis korea yang aku minat tu. Kenapa mata aku buta tak nampak diri dia selama ini ? " rungut Sarah dalam hati sambil menyalahkan diri akibat daripada ketidakprihatinannya terhadap orang disekitarnya.

" Sarah kau okey tak ? boleh bangun tak ? or kau nak suruh aku dukungkan kau balik rumah kau ? " pelbagai soalan yang terkeluar dari mulut Syahmin.

Sarah tersedar daripada lamunannya setelah terpegun dengan ciptaan Allah SWT dihadapan matanya saat ini. Indah sangat. Sarah terus mendirikan badannya. Mukanya berubah menjadi merah menahan malu. Malu dengan Syahmin dalam hatinya berdoa supaya Syahmin tidak perasan akan pandangannya terhadap Syahmin.

" Hmm, thank you. Kalau kau takada tadi mesti kepala aku dah kena hentam dekat batu tu " ujar Sarah sambil jari telunjuknya menunjuk kearah batu yang ada disitu.

" Haha ! no problem la. itulah untungnya kalau aku follow kau. Boleh jady penyelamat kau dia dalam kesusahan macam wonderpet pula " gurau Syahmin sambil mengenyitkan matanya dan memberikan senyuman yang cukup menawan kepada Sarah.

" Pergh manis gila bila dia senyum ! Boleh cair jadi jelly macam ini " bisik Sarah dalam hati.

" Sarah kau tunggu kejap aku nak pergi kat sana nak pergi membuang kejap. Kau tunggu tau ! " arah Syahmin sambil menunjuk ke sebalik semak yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.

" Hoi ! nak membuang pun nak kena bagitahu aku ke ? Kurang asam punya budak. Wei aku pergi kat air terjun. Kita jumpe kat sana. " jerit Sarah sambil gelak besar dengan kerenah.

Sarah terus menuju ke kawasan air terjun. Disitu agak sunyi sedikit. Sebenarnya disitulah tempat keduanya melepak bersama-sama Syahmin. Disitu terdapat air terjun yang sangat memukaukan. Dia mengambil tempat dibawah pokok yang berdekatan dengan air terjun. Sarah tidak berani untuk duduk dekat dengan air terjun kecuali jika ada Syahmin sahaja dia akan duduk disitu. Sememangnya dia takut dirinya akan lemas. Masih terngiang-ngiang lagi amaran Syahmin kepadanya.

" Kau jangan nak mandi kat sini ! Kat sini kawasannya dalam. Kau tu dah lah tak reti berenang. Nanti lemas aku yang susah nak selamatkan kau. Kalau ringan takapa ini beratnya macam anak gajah " nasihat Syahmin dengan tegas kepada Sarah.

Sepasang mata yang sedang dari tadi memang tidak puas hati melihat kemesraan Sarah dengan Syahmin kini menghampiri Sarah yang sedang terleka memandang ciptaan Allah SWT yang ada dihadapannya saat ini.

" Hoi perempuan sundal ! Kau tak malu ke rampas pakwe aku ! " tengking Amirah kepada Sarah.

Sarah yang sedang dari terleka memandang terus mengalirkan pandangannya kearah empunya suara yang menengkingnya tadi. Tidak sangka disaat ini Amirah yang berdiri dihadapannya bersama-sama dengan temannya yang bajet hot kat sekolahnya. Sapa lagi kalau bukan Hanis dan Mellissa.

" Eh ! kauorang buat apa kat sini ? bukan rumah kau kat Kuala Lumpur ke Mira ? " tenang Sarah mengawal kemarahannya.

Amirah hanya memandang sinis ke arah Sarah yang sangat menyakitkan hatinya. Sememangnya dia sengaja datang ke Kampung Indah Tanjung Karang kerana Hanis menyatakan dia melihat Syahmin dan Sarah sering berdua-duaan sepanjang masa. Ternyata memang benar kata-kata Hanis kerana dia telah melihatnya ketika megikut mereka berdua pergi ke pekan. Hatinya begitu membara apabila melihat Sarah begitu mesra dengan Syahmin iaitu buah hatinya.

" Kau tak payah nak ambik tahu la ! Suka hati akulah nak datang sini ke tak yang kau susah sangat kenapa " tengking Amirah lagi.

Sarah hanya mendiamkan diri tidak mahu berkata apa-apa. Sememangnya dia malas nak bergaduh dengan mereka semua. " Lantaklah diaorang bukan masalah aku pun. Mana Syahmin ini ? buah hatinya dah datang ini " bisik Sarah dalam hati.

" Okey, enjoy your holiday okey ? " tenang Sarah sambil mengorak langkah untuk pergi meninggalkan mereka.

Hati Amirah bengkak dengan sikap endah tak endah Sarah. Lantas dia menarik tangan Sarah supaya Sarah berhentikan langkahnya. Sarah tersedak apabila Amirah menarik tangannya. Dia memberhentikan langkahnya terus berpaling kearah Amirah.

" Kau nak apa lagi ? Aku nak baliklah. Lepaskan tangan aku " rungut Sarah kepada Amirah yang masih memegang tangannya.

" Aku belum habis dengan kau lagi ! Kau jangan nak dekatkan diri kau dengan Syahmin lagi ! Jauhkan diri kau daripada dia kalau tidak, memang kau menempah maut dengan aku " amaran Amirah kepada Sarah.

Sarah berterus-terusan menarik tangannya. Tapi tidak berjaya kerana Hanis dan Mellissa juga memegangnya saat itu.

" Kalau aku taknak kau nak buat apa ? Lagi pun kau tu bukannya makwenya Syahmin pun ! kau tu aja yang SS ! Syok sendiri ! " jerit Sarah sambil ketawa.

Amirah berasa bengang dengan kata-kata Sarah yang keluar dari mulut Sarah yang tidak insurans itu. Lantas dia terus menolak Sarah ke dalam air untuk melepaskan geramnya. Dia sangkakan perasaan sakit hatinya terbalas tetapi tiba-tiba terbit perasaan cemas apabila Sarah kelihatan tenggelam timbul dipermukaan atas air. Amirah ingatkan Sarah reti berenang rupa-rupanya indah khabar dari rupa.

" Wei Nis, Lisa ! tolong selamatkan dia. Aku tak reti berenang la. Cepat wei. ! " arah Amirah kepada temannya.

Hanis dan Mellissa memandang satu sama lain. Mereka mengerutkan dahi.

" Kitaorang pun taktahu nak berenang. Mira kita pergi cari pertolongan sekarang. Jom ! " jawab Hanis dan Mellissa serentak sambil berlari mencari pertolongan. Amirah juga turut serta mencari pertolongan.

" Tolong, Tolong, Tolong. Syahmin ! Tolong aku ! " jerit Sarah dengan menggunakan sedikit kekuatan yang dia ada saat itu untu meminta tolong.

" Ya Allah sesungguhnya aku tidak rela untuk meninggal seperti ini. Aku belum sempat berbakti kepada mak aku lagi. Kau panjanglah usia aku Ya Allah " doa Sarah dalam hati.

" Tolong, Tolong " jerit Sarah yang semakin pelahan.

Syahmin yang sedang mengorak langkah menuju ke kawasan lepaknya bersama Sarah. Tiba-tiba terdengar suara orang menjerit. Suaranya sangat dikenali.

" Sarah ! itu suara Sarah " jerit Syahmin dalam hati. Dia terus berlari dengan sepenuh hati untuk sampai kearah suara Sarah. Suara Sarah yang tadi kuat kini menjadi pelahan. Syahmin sampai ketempat air terjun. Dia melihat Sarah yang kelihatan lemah sedang tenggelam timbul di dalam air.

" Ya Allah ! Sarah ! " jerit Syahmin. Dengan pantasnya Syahmin terus terjun masuk kedalam air untuk menyelamatkan Sarah yang sudah tidak timbul di permukaan air. Syahmin cuba menyelam ke dasar lantai mencari Sarah. Tetapi dia tidak menjumpai Sarah. Syahmin kembali ke permukaan untuk menyedut oksigen dengan secukupnya. Hatinya berasa sebak terasa ingin menangis.

" Ya Allah tunjukkan aku dimana Sarah berada. Aku tidak sanggup kehilangannya. Ya Allah ! kabulkan doaku. " doa Syahmin dalam hati dan kembali menyelam semula ke dasar lantai. Syahmin mencari dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya dia menjumpai Sarah. Dengan pantasnya dia menarik Sarah kepermukaan air dan mengeluarkan Sarah keluar dari air. 

" Sarah bangun ! Sarah kau kena kuat. Jangan tinggalkan aku Sarah ! Jangan tinggalkan aku " jerit Syahmin sambil menekan perut Sarah supaya air yang Sarah tertelan itu keluar. Tapi tak berjaya. Syahmin buntu. Tiba-tiba dia teringat akan cara CPR. Hanya itu sahaja yang dapat dilakukan olehnya. Demi menyelamatkan Sarah dia perlu cepat. Dia tidak sanggup kehilangan Sarah.

" Maafkan aku Sarah " bisik Syahmin dalam hati. Syahmin melakukan CPR kepada Sarah. Syahmin menekan-nekan perut Sarah. Berulang-ulang dia melakukan CPR tapi tiada tidak balas daripada Sarah. Air mata Syahmin jatuh membasahi pipi.

" Ya Allah jangan kau ambil Sarah daripada aku ! Aku tidak sanggup hidup tanpanya. Ya Allah aku sanggup menjadi galah ganti kepadanya. Ambil lah nyawa aku dan jangan dia. Aku bremohon kepadamu " doa Syahmin disisi Sarah sambil memeluk erat.

Sarah melihat ada cahaya disana yang semakin hampiri kepadanya. Di sebalik cahaya itu dia melihat Syahmin yang tersenyum manis kearahnya sambil menghulurkan tangan kepadanya. Sarah gembira melihat Syahmin disitu sambil menyambut tangan Syahmin. Dia terasa bahagia disamping Syahmin. Mereka berjalan beriringan bersama. Sarah memandang Syahmin. Wajah Syahmin sangat berseri sekali. Pertama kali dia melihat muka Syahmin berseri sebegitu.

" Syahmin, aku kat mana ini ? Setahu aku, tadi aku lemas. Adakah aku sudah meninggalkan dunia ini dan adakah ini jalan untuk pergi menghadap Allah ? " tanya Sarah kepada Syahmin.

" Sarah, selagi aku hidup, kau pun akan terus hidup. Kau pun tahu aku sangat menyayangi dirimu. Tanpa dirimu aku tidak mampu mengharungi hidup ini. Jadi kau perlu kuat. Janjilah padaku kau bangun la dari mimpi burukmu " pujuk Syahmin dengan lemah lembut.

" Aku janji Syahmin " janji Sarah.

Sarah terbatuk-batuk mengeluarkan segala air yang ditelannya sebentar tadi. Syahmin yang dengar batukan Sarah itu terus memandang kearah Sarah sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana mendengar doanya.

" Kau yang selamatkan akan aku ke Syahmin. Terimakasih. Aku okey cuma satu soalan sahaja aku nak tanya kau boleh tak ? " jawab Sarah kepada Syahmin.

" Apa sahaja Sarah. Kau nak tanya apa ? tanya Syahmin sambil mengusap lembut muka Sarah.

" Hmm, sebelum kau selamatkan aku. Kau dah basuh ke belum ? tadi kau pergi membuangkan ? " tanya Sarah mendapatkan kepastian.

Syahmin terdiam. Dia tidak menyangka Sarah bertanyakan soalan tersebut selepas dia sedar. " Budak ini tengah lemah-lemah pun sempat nak kenakan aku " kutuk Syahmin dalam hati.

" Aku basuh la ! Kau saja nak kenakan aku ! Cium nanti baru tahu. By the way, tadi aku dah cium mulut kau. Harap kau tak kisah " jawab Syahmin selamba.

Sarah membulatkan matanya sambil memukul-mukul Syahmin.

" It's my first kiss ! It's not for you but it for my future husband " marah Sarah.

Syahmin hanya tergelak melihat reaksi Sarah setelah dapat tahu dia telah menciumnya. Bukannya dia nak sangat tapi demi menyelamatkan Sarah, dia terpaksa melakukannya. Hanya maaf sahaja yang mampu diungkapkan.

" Dahlah tu. Nanti aku suruh mak aku masuk meminang kau. Untuk tutup malu kau tu. Lemah-lemah macam ini pun ada kekuatan nak pukul aku ? Sakit tau badan aku tahu tak ? Jom kita balik. Kau nak aku dukung kau ke ? " perlawa Syahmin kepada Sarah.

Sarah menjeling kearah Syahmin. Syahmin hanya tersenyum seperti kera sumbang. Dia tahu yang Sarah sedang marah. Lantas dia memimpin Sarah balik rumah. Mereka berjalan beriringan Sampai sahaja di rumah Sarah. Makcik Timah terus mendapatkan Syahmin dan Sarah.

" Apa dah jadi ini Syahmin ? kenapa dengan Sarah ? " soal Makcik Timah.

" Sarah lemas tadi makcik. Nasib baek saya sempat selamatkan dia " jawab Syahmin dengan tenang.

Sarah hanya mendiamkan diri sahaja kerana dia terlalu penat akibat daripada kejadian tadi.

" Sarah macam mana kau boleh lemas ? cerita kat mak Sarah " risau Makcik Timah.

" Tadi Sarah tergelincir. Tu yang termasuk dalam air " tipu Sarah.

Makcik Timah hanya mengelengkan kepala. Dia tidak sanggup untuk memanjangkan cerita yang penting sekarang Sarah sudah selamat. Dia tahu yang saat ini Sarah dalam keadaan lemah dan perlu berehat. Makcik Timah terus mendapatkan Sarah dari sisi Syahmin dan membawanya masuk. Sebelum meneruskan hajatnya, Makcik Timah sempat berpaling kearah Syahmin dan mengucapkan terima kasih begitu juga Sarah. Syahmin hanya setakat mengangguk. Dia hanya memerhatikan dua insan yang sudah hilang di dalam perut rumah. Syahmin bergegas pulang ke rumah oleh kerana hari sudah senja. Dia pulang dengan rasa bersyukur kerana dia bisa bersama dengan Sarah untuk memceriakan hari-harinya yang akan datang.


 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi yang hening sering menjadi peneman kepada insan yang ingin mendekatkan diri kepada pencipta yang maha adil. Bunyi cengkerik yang menjadi peneman kepada malam menjadikan malam begitu menenangkan. Halaman masjid Martab Rendah Sains Mara Alor Gajah begitu sunyi oleh kerana semua penghuni martab sudah dibuai mimpi lena. Ada yang sedang termimpikan neelofa dan ada juga yang termimpikan Ultraman. Kedengaran sayu-sayu bunyi air yang mengalir jatuh ke lantai di tempat mengambil wuduk di bahagian wanita. Seorang insan sedang mengambil wuduk dengan tertibnya. Usai dia mengambil wuduk, dia menadahkan tangan menbaca doa selepas berwuduk. Selepas itu dia membetulkan tudungnya sebelum melangkah masuk ke dalam masjid Ar-Nurr. Dia melangkah masuk ke surau dengan tenangnya.

" Assalammualaikum. Maafkan saya. Awak buat apa kat sini pagi-pagi macam ini " soal seorang pemuda.

" Walaikummusalam. Saya nak buat solat sunat sekejap selepas tu saya nak ulangkaji di masjid ini. Boleh kan ? " jawab Sarah sambil memalingkan mukanya. Sarah terkejut apabila menyedari bahawa didepannya adalah Syahmin.

" Syahmin ! Kau buat apa kat sini ? Kenapa kau asyik asyik follow aku aja ? " tanya Sarah mendapatkan kepastian.

Syahmin hanya memberikan senyuman sebelum menjawab pertanyaan Sarah.

" Jom kita jemaah sama-sama ? Kau tunggu aku kejap tau. Aku nak ambil wuduk kejap " jawab Syahmin sambil berlari mengambil wuduk.

Sarah hanya terpegun. Tidak tahu hendak berkata apa. Kalau dikata jangan takut nanti akan menguriskan hati Syahmin pula. " Takapalah. Jemaah sahaja pun. Bukan buat apa-apa " bisik Sarah dalam hati untuk menyedapkan hatinya. Dia dengan pantasnya masuk ke dalam perut Masjid Ar-Nurr dan bergerak ke suis lampu dan kipas. Dia hanya menbuka lampu dan kipas di bahagian tempat sembahyang wanita. Dengan pantasnya dia membentangkan sejadah untuk dirinya dan Syahmin serta memakaikan telekung di badannya.

"Hmm, Sarah. Mula-mula kita solat taubat dulu, lepas tu solat tahajjud dan akhir sekali kita solat hajat " terang Syahmin secara terperici kepada Sarah.

" Aku okey aja. Jom lah kita start cepat " ujar Sarah kepada Syahmin.

Syahmin hanya mengangguk dan mengambil tempatnya. Begitu juga Sarah. Syahmin dengan tenangnya memulakan solat. Pada malam ini begitu istimewa bagi Syahmin kerana dapat mengimamkan Sarah seorang sahaja. Sebelum ini menjadi imam kepada semua penghuni bagi sekolahnya dan tidak mempunyai peluang untuk mengimamkan Sarah seorang sahaja. Memang pagi ini dia begitu bertuah kerana terjumpa Sarah dipekarangan masjid Ar-Nurr. Pagi ini pun sebab dia terbangun dan tidak dapat melelapkan matanya kembali terus dia memasang niat untuk melakukan solat hajat. Tak sangka terserempak dengan Sarah. Dan dia merasa inilah saatnya untuk dia berjemaah dengan Sarah sahaja.  Dalam diam dia bersyukur.

Selepas usai mengaminkan doa. Sarah segera melipat sejadah dan telekung. Dia mengambil segala peralatan menulis dan buku-bukunya untuk dibawa keluar dari masjid Ar-Nurr. Dia mengorak langkah untuk keluar dari masjid tersebut. Sebelum dia meneruskan niatnya, dia berpaling mencari kelibat Syahmin yang sedang sibuk melipat sejadah.

" Syahmin, terima kasih sebab imamkan aku. Nanti tolong tutupkan lampu dan kipas. Aku keluar duduk " ujar Sarah tenang.

" Kau nak pergi mana Sarah ? " soal Syahmin minta kepastian.

" Aku nak pergi pondok sana tu. Nak pergi ulangkaji sikit. Okey lah aku chow dulu " jawab Sarah dengan teliti.

Syahmin hanya mengangguk sahaja. Dia cepat-cepat menutup lampu dan kipas serta mengorak langkah untuk keluar dari masjid Ar-Nurr. Sebelum dia meninggalkan perkarangan masjid itu, dia sempat menutup pintu masjid tersebut. Niat hatinya untuk kembali ke biliknya. Tetapi dia membatalkan niatnya malah kakinya kini mengarah ke pondok yang sedang di duduki oleh Sarah.

" Assalammualaikum. Aku nak join boleh ? " tanya Syahmin.

Sarah yang sedang khusyuk membaca buku sejarah itu memandang ke muka Syahmin yang ada di hadapannya saat ini. Sarah hanya mengangguk sahaja tanda membenarkan Syahmin menyertainya mengulangkaji bersama-sama. Syahmin duduk di hadapan Sarah. Memandang Sarah yang sedang khusyuk metelahaah buku sejarah.

" Sarah, kau baca apa tu ? " soal Syahmin untuk menghilangkan rasa bosannya.

" Aku tengah baca pasal Kandungan Piagam Madinah ini. Susah juga nak ingat semua ini " jawab Sarah selamba dengan matanya masih tidak lepas dari buku.

Syahmin hanya menggelengkan kepala melihat Sarah yang hanya membaca tetapi tidak menggunakan kaedah Gila-gila yang memudahkannya untuk mengingat semua maklumat dalam masa yang singkat.

" Sarah, apa kata kau ingat 3PAKES " kata Syahmin dengan bersungguh-sungguh kepada Sarah.

Sarah memandang Syahmin dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.

" 3PAKES ? Apa binatang tu ? " soal Sarah selamba.

Syahmin tergelak mendengar kata-kata Sarah yang terpacut keluar dari mulutnya.

" 3PAKES tu untuk Politik,Perundangan,Pertahanan,Agama,Sosial,Kedudukan Yahudi, dan Ekonomi. Ia singkatan bagi kandungan piagam madinah bukannya binatang " perli Syahmin selepas ketawanya terhenti.

Sarah memuncungkan mukanya. Syahmin hanya tersenyum melihat muka Sarah.

" Aku gurau aja la. Jangan la merajuk nampak sangat buruk macam beruk " gurau Syahmin.

" Kalau muka aku beruk pun apa kau kisah. Bluek ! " jerit Sarah pelahan kepada Syahmin.

Syahmin hanya mendiamkan diri tidak mahu bertikam lidah dengan Sarah. Dia pantas mengambil buku rujukan biologi dan dibacanya. Dia mengambil pencil ditangan Sarah. Sahaja dia hendak mengacau Sarah yang sedang khusyuk membaca. Sarah yang terperanjat dengan tindakan Syahmin hanya mendiamkan diri. Malas dia hendak bergaduh dengan Syahmin. Dia terus tidak menghiraukan Syahmi. Lantas dia membuka kotak pensilnya mengambil pensil yang lain. Syahmin membaca dengan khusyuknya. Kadang-kadang tangannya begitu lincah membuat catatan diruangan kosong ditepi buku rujukan Sarah. Pelbagai idea yang datang mencurah-curah di dalam mindanya saat itu. Ada kala rasa mengantuk juga menyapa dirinya. Dari dia keadaan duduk kini dia berkeadaan baring. Sarah masih tekun membaca dan membuat nota serta menghafal nota tersebut. Tapi bunyi dengkuran halus membuatkan dia terganggu.

" Takakan diaorang berdengkur kuat gila. Sampai kat sini boleh dengar. Syahmin, Syahmin kau tengah buat apa tu ? " panggil Sarah.

Syahmin tidak memberikan sebarang reaksi. Lantas Sarah bangun bergerak menghampiri Syahmi.
Sarah memandang kearah Syahmin. Buku rujukan biologinya yang berada di atas muka Syahmin terus diangkatnya.

" Tidur rupanya budak ini. Tidur berdengkur pula tu. Ish ish budak ini. Tapi comellah bila tengok dia tidur. Ini lah kesempatannya " bisik hati Sarah sambil mengeluarkan telefonnya. Dengan pantasnya dia menekan application kamera. Lantas dia mengambil gambar Syahmin yang sedang nyenyak tidur. Selepas puas menangkap gambar Syahmin dia melihat jam di tangannya. Jarum jamnya sudah menunjukkan pukul 5.00 pagi. Sarah segera mengejut Syahmin untuk bangun.

" Syahmin, Syahmin. Bangun dah pagi " kejut Sarah sambil mengoyang lembut badan Syahmin.

Tiada reaksi yang diberikan oleh Syahmin. Sekali lagi Sarah mengejutkan Syahmin.

" Syahmin, Syahmin bangun lah " kejut Sarah dengan sedikit kasar.

Syahmin mengeliatkan badannya dan menggosok-gosok matanya.

" Dah pagi ke sayang ? baru pukul 5 pagi. Awal lagi ini " ujur Syahmin pelahan.

" Sayang tengkorak kau. Kau cepat bangun ! " marah Sarah sambil tangannya lincah mengemaskan barang-barangnya.  

" Ala marah pula dia. Sayang ini jangan garang-garang sangat nanti cepat tua. Nanti muka berkedut nanti abang tak sayang " gurau Syahmin selamba.

Sarah sudah membuat muka tidak puas hati. Nak dimarah Syahmin ini takada tenaga lah pula. Selepas selesai dia mengemas barang-barangnya, dia terus melangakah pergi meninggalkan Syahmin. Syahmin sempat menarik tangan Sarah. Sarah memberhentikan langkahnya. Dan memalingkan mukanya kearah Syahmin. Syahmin hanya melimpahkan senyumannya yang menawan kepada Sarah. Sarah terpengun dalam hati. Tapi wajahnya masih melihatkan wajah marah.

" Sarah sebelum kau melangkah masuk ke dalam aku nak bagitahu kat kau. Sekarang aku rasa sudah sampai masanya untuk aku luahkannya. Aku cintakan kau. Sudah lama aku suka kat kau sejak kau datang dekat rumah Tokwan aku dulu. Aku nak jadikan kau sebagai pasangan kekasih aku dengan niat aku akan berkahwin dengan kau dan hidup bersama dengan kau sampai syurga. Sudikah kau menerima aku ? " tanya Syahmin dengan bersungguh-sungguh apabila meluahkan perasaannya sambil menatap wajah Sarah untuk mencari kepastiannya.

Sarah hanya terkedu dan tidak tahu untuk berkata apa-apa. Hendak kata bahagia, memang dia berasa bahagia saat itu. Hendak berkata tidak bahagia pun ada kerana dia bakal menjadi musuh Amirah dan teman-temannya. Saat ini dia tidak tahu untuk berkata-kata. Sarah terus menarik tangannya. Dan menundukkan wajahnya supaya dapat menghalang Syahmin menbaca perasaannya.

" Syahmin. Maafkan aku. Aku tak nak ada apa-apa hubungan buat masa ini. Aku inginkan fokus untuk SPM. Aku taknak gadaikan masa depan aku demi cinta yang tidak pasti ini. Aku minta maaf " pinta Sarah sambil berlari masuk kedalam kawasan asramanya.

" Sarah ! aku akan tunggu kau sampai hati kau terbuka untuk terima kau sebagai kekasih kau ! " jerit Syahmin.

Sarah dapat mendengar jeritan Syahmin itu tetapi dia tetap terus berlari tanpa berpaling.

" Semoga engkau dapat menungguku dengan hati yang tabah Syah ! " bisik Sarah dalam hati sambil mengesatkan air matanya yang mengalir dipipi.

Syahmin melangkahkan kakinya untuk memasuki biliknya. Dia berjalan dengan rasa gembira dan kecewa. Gembira kerana dia berjaya meluahkan perasaannya kepada Sarah. Kecewa kerana Sarah menolak cinta sucinya. Tapi dalam hatinya memasang tekad untuk menunggu Sarah sehingga hati Sarah terbuka untuknya.

" Sarah ! aku akan tunggu kau biar sampai syurga " azam Syahmin dalam hati.

Suasana sunyi pagi itu sudah dipecahkan oleh kokokan ayam di dalam reban yang ada berdekatan kawasan asrama putera dan puteri. Waktu terus berjalan tanpa henti. Setiap saat yang berlalu tanpa dapat diulangi kembali sama seperti hati Syahmin saat itu.


" Kringggggggggggggggggg"

Loceng rehat berbunyi menandakan waktu rehat. Syahmin mengemaskan mejanya yang berselerak dengan buku-buku dan peralatan tulisnya. Dia mengurut-urut lehernya yang lenguh. Mana taknya tadi waktu mata pelajaran sejarah. Matapelajaran yang sungguh membosankan. Dia terpaksa menahan matanya daripada terlelap oleh sebab telah tertangkap dengan cikgu Azhar tadi. Dia pun taktahu bila masa dia tertidur. Habis kena perli dengan Cikgu Azhar tadi. Malu dibuatnya.

" Syahmin ! bangun ! " kejut Cikgu Azhar sambil mengurut-urut bahu Syahmin.

Syahmin tidak menghiraukan siapa yang mengejutnya. Tangannya pantas memegang tangan yang mengurut bahunya itu.

" Sayang, abang nak tidur lah. Janganlah kacau. Abang penat ini " gingau Syahmin dan menyambung kembali tidurnya.

Semua pelajar di dalam kelas 5 Excellent sudah menahan gelak. Mereka hanya mendiamkan diri melihat cerita yang sedang dilakonkan oleh Syahmin dan Cikgu Azhar. Dari jauh Sarah juga melihat insiden itu. Dia juga mendiamkan diri dan tergelak melihat kerenah Syahmin sama seperti teman-temannya yang lain. Hendak dikejutkan jarak tempat duduknya jauh dengan tempat duduk Syahmin.

" Nasib kau la Syahmin " bisik Sarah dalam hati.

" Abang bangun la. Nanti cikgu Azhar marah la. Bangun la " kata Cikgu Azhar sedikit melembutkan suaranya tetapi tangannya makin kuat mengurut bahu Syahmin.

Syahmin yang lena dibuai mimpi itu berasa tidak selesa. Terus dia menegakkan badannya dan memalingkan muka ke arah empunya tangan yang mengurut bahunya. Alangkah terkejutnya Cikgu Azhar yang mengurut bahunya sebentar tadi dia ingatkan Farish kawan dia. Syahmin hanya tersengih memandang Cikgu Azhar. Cikgu Azhar juga turut tersengih kepada Syahmin.

" Penat sangat ya bang ? meh sini biar sayang urutkan. Malam tadi jaga anak ayam kat dalam reban ke ? " soal Cikgu Azhar sambil tangannya tidak lagi berhenti mengurut bahu Syahmin.

" Tak cikgu semalam saya buat revision pasal bab..pasal bab.. " gagap Syahmin sambil menyelakkan buku rujukannya.

" Hah ! Ini dia ! pasal linear laws ! Cikgu boleh terangkan saya macam mana nak selesaikan equation ini ? Dari petang semalam saya cuba tapi tak dapat-dapat  " jawab Syahmin sambil menunjukkan buku rujukan add mathnya.

Cikgu Azhar yang berdiri disebelah Syahmin hanya menggeleng-gelengkan kepala melayan kerenah Syahmin salah seorang best student di MRSM Alor Gajah.

" Syahmin, apa nak jadi dengan kamu ini ? saya tahulah awak ini best student dekat dalam sekolah ini tapi janganlah kamu berlagak sangat sampai masa saya mengajar kamu nak tidur. Saya harap awak faham apa yang saya maksudkan ini. Awak keluar pergi basuh muka sekarang " sayu Cikgu Azhar.

Syahmin sudah cuak muka. Dia berasa bersalah kerana telah membuat cikgu sejarahnya berkecil hati. Dia faham segala ucapan yang terkeluar daripada mulut Cikgu Azhar. Lantas dia memohon maaf berasa menyesal dengan segala perbuatannya yang menguriskan hati cikgunya.

" Cikgu saya minta maaf. Lain kali saya janji saya akan lebih tumpukan perhatian semasa cikgu mengajar. Sekali saya minta maaf. Maafkan saya cikgu " mohon Syahmin sambil memandang tepat ke muka Cikgu Azhar. 

Cikgu Azhar cuma mengangguk dan melangkah kaki bergerak ke hadapan kelas 5 Excellent untuk menyambung semula pembelajaran yang tertangguh sebentar tadi manakala Syahmin pula melangkah keluar dari kelas menuju ke tandas untuk mencuci muka. Melangkah dengan penuh kesesalan dan malu.

" Syahmin ! Jauhnya you termenung. You teringat kat I ke ? " manja Amirah.

Syahmin kembali ke dunianya. Fikirannya tadi jauh melayang meningatkan insiden yang berlaku semasa matapelajaran sejarah. Syahmin hanya memandang tepat ke muka Amirah dengan rasa menyampah.

" Amirah, I nak pergi rehat. See you later. Bye " selamba Syahmin sambil melangkah pergi mengarah ke dewan makan.

Amirah yang ditinggalkan secara tiba-tiba terus berlari kearah Syahmin dan berjalan seiringannya. Amirah memaut tangan Syahmin. Dia tidak kisah akan pandangan warga penghuni MRSM Alor Gajah kerana dia merupakan anak menteri pelajaran. Ayahnya orang terkenal, jadi dia boleh buat sesuka hati yang dia suka.

" Syah, I temankan you makan la okey ? " gedik Amirah sambil memandang Syahmin untuk mendapatkan kepastian.

Syahmin menarik tangan yang dipaut oleh Amirah. Syahmin memberhentikan langkahnya dan memusingkan badannya supaya dapat melihat muka Amirah dengan lebih jelas. Muka Syahmin kelihatan bengis. Dia menyampah dengan Amirah yang seperti tidak tahu malu dengan perangai mengada-gadanya. Memang dasar anak orang berada.

" Sorry la. I tak sudi nak makan dengan you. You makan la seorang-seorang. Selera I dah terbantut lepas tengok muka you " sindir Syahmin yang kuat membuatkan pelajar-pelajar yang berada disekitar mereka memandang kearah mereka. Syahmin melangkah pergi meninggalkan Amirah yang masih kaku disitu.

" Kurang ajar kau Syahmin ! Kau belum kenal aku siapa lagi. Kau tunggulah nanti. Hidup kau tak akan senang " sumpah Amirah dalam hati. Dia melangkah pergi meninggalkan kawasan itu kerana tidak betah menjadi tontonan pelajar-pelajar disitu.

Syahmin melangkah masuk kedalam koperasi. Terdapat beberapa makanan ringan disitu. Dia mengeluarkan not seringgit sebanyak tiga helai. Dia membeli dua roti perisa coklat dan juga dua air kotak soya bean. Dia pun taktahu kenapa hari ini dibetul-betul lapar. Dia segera membayar makanan yang ada di dalam gengamannya. Baki yang dihulurkan oleh pengawas koperasi disambut sambil melemparkan senyuman kepada pengawas tersebut. Lantas dia berlalu dari situ. Dia berjalan dihadapan taman sains. Dari jauh dia melihat sekujur badan yang sedang duduk di kerusi batu yang terdapat disitu. Lantas dia mengerakkan kakinya ke empunya badan itu. Orang disana sedang sibuk menelaah buku yang kemas dipegang oleh tangan kecilnya.

" Assalammualaikum, Sarah. Boleh aku duduk sekali ? " tegur Syahmin sambil duduk disebelah Sarah.

Sarah memberhentikan pembacaannya. Syahmin yang duduk sebelahnya dipandang dengan muka serius.

" Walaikummusalam, buat apa kau minta kebenaran untuk duduk tapi kau dah duduk dulu. Nonsense lah kau ini " sindir Sarah sambil menyambung pembacaannya selepas selesai dia bercakap dengan Syahmin.

Syahmin hanya melemparkan sengihnya kepada Sarah tapi tidak dilayan oleh Sarah. Dia mengoyakkan bungkusan roti yang dibeli. Lalu dimasukkan kedalam mulut. Dia hanya memandang Sarah yang tekun menelaah buku kimia. Mungkin dia hendak membuat persediaan awal supaya senang nanti ilmu yang disampaikan oleh cikgu dapat difahami olehnya dengan cepat. Syahmin menghulurkan roti kemuka Sarah. Perbuatan Syahmin membuatkan pembacaan Sarah terganggu. Dia memandang ke arah Syahmin.

" Belajar, belajar juga. Pemakanan pun kena jaga juga " nasihat Syahmin sambil melemparkan senyuman kepada Sarah.

" Kau perli aku ke ? " tanya Sarah sambil menutupkan buku yang dibacanya dan menyambut roti yang dihulur dari tangan Syahmin. Dia mengoyakkan bungkusan roti dan makan dengan penuh nikmat. Sememangnya dia tengah lapar saat itu tetapi ditahannya kerana ingin menelaah buku sebagai persediaan untuk memahami sedikit apa yang akan diajar oleh cikgu Anis nanti. Suasana tenang kerana dikelilingi oleh pokok-pokok yang ditanam disitu.

Syahmin hanya memandang Sarah yang sedang makan roti dengan penuh nikmatnya. Akalnya tiba-tiba merancang idea yang nakal. Dia ingin mengenakan Sarah. Jarinya dicalitkan kepada krim coklat roti. Lantas jarinya itu diletakkan ke batang hidung Sarah. Sarah yang terkejut dengan perbuatan Syahmin.
Sarah mengecilkan matanya. Pantas dia membalas balik apa yang dilakukan oleh Syahmin sebentar tadi. Krim coklat terkena dipipi putih Syahmin. Syahmin membalas lagi perbuatan Sarah. Kini dahi Sarah menjadi mangsa oleh Syahmin. Syahmin tergelak suka melihat muka Sarah habis comot disebabkan oleh angkaranya. Sarah menarik muka merajuk. Syahmin mengeluarkan sapu tangannya yang berada di dalam poket seluar. Dia menarik lembut muka Sarah menghadapnya. Dengan penuh kasih sayang dia membersihkan muka Sarah daripada krim yang ada di muka Sarah. Sarah hanya membiarkannya tapi dia masih menarik muka merajuk.

" Sudah, sudahlah buat muka comel tu. Nanti aku cium kau baru tahu " gurau Syahmin sambil mencubit pipi gebu milik Sarah. Sarah menjerit sakit. Dia mengusap pipinya yang kemerahan angkara tangan Syahmin yang cubit pipinya. Sarah merampas sapu tangan daripada gengaman Syahmin. Dia pula mengulangi perbuatan Syahmin. Syahmin juga membiarkannya. Selesai membersihkan muka Syahmin menepuk lembut kedua-dua pipi Syahmin dengan kedua-dua tangannya. Syahmin menjerit terkejut dengan perbuatan Sarah. Sarah ketawakan Syahmin.

" Itulah kenakan aku lagi. Padan muka " ejek Sarah kepada Syahmin. Sarah menghabiskan roti yang bersisa. Syahmin pula masih mengusap pipinya yang sakit. Walaupun pelahan sahaja tepukan Sarah tapi berbisa. Sarah memandang Syahmin. Dia menarik muka Syahmin. Dia dapat melihat pipi Syahmin kemerahan. Lantas tangannya memegang pipi Syahmin sambil diusap lembut supaya tanda merah di pipi Syahmin berkurang. Syahmin menarik kedua-dua tangan Sarah dan digengamnya erat. Sarah hanya menundukkan mukanya.

" Aku akan tunggu kau sampai kau boleh terima aku sebagai kekasih kau " ungkap Syahmin sambil memandang Sarah. Sarah mengangkat mukanya. Dan memandang tepat ke muka Syahmin.

" Maafkan aku. Aku tidak boleh terima kau. Sebab kau takada dalam kouta kekasih aku.. " jawab Sarah tenang.

Syahmin mengerutkan mukanya tanda tidak puas hati dengan jawapan yang dikeluarkan dari mulut Sarah.

" Tapi kenapa ? kau berilah aku peluang " sergah Syahmin meminta kepastian.

Sarah melemparkan senyuman kepada Syahmin. Seraya menyambung kata-katanya.

" Memanglah kau takada kat ada kat situ sebab nama kau dah ada dalam senarai bakal suami aku " sambung Sarah sambil menarikkan tangannya dan mencapai buku kimia serta bungkus roti yang dimakan tadi. Sarah berlalu meninggalkan Syahmin memandangkan loceng tamat rehat sudah berbunyi. Syahmin hanya terdiam terkejut mendengar ungkapan Sarah. Dia berasa terharu dengan kata-kata Sarah sebentar tadi. Dia cepat mencapai air kotak disisinya dan berlari kearah Sarah. Syahmin berjalan seiringan dengan Sarah.

" Sarah terima kasih sebab kau sudi masukkan nama aku dalam senarai bakal suami kau. Sebelum tu aku nak bagi kau hantaran perkahwinan kita. Nak ambillah " ujar Syahmin sambil menghulurkan sekotak air soya bean kepada Sarah. Sarah menyambutnya sedang ketawa.

" Aku ingatkan kau nak kasi kunci BMW kat aku. Rupa-rupanya air kotak. Tak romantik la kau ini " selamba Sarah sambil menyedut air soya bean.

" BMW ? sorrylah ayang. Sekarang ini hanya mampu beli air kotak sahaja. Tapi nanti kalau sayang ada banyak duit, sayang belikan ayang BMW dengan Banglo 3 tingkat okey " pujuk Syahmin dengan penuh lembut sambil mengenyitkan matanya kearah Sarah.

" Apa sayang ayang ini ?! takmalu ke ? panggil macam biasa sahaja lah " marah Sarah kepada Syahmin.

" Biarlah, sayang nak panggil ayang "ayang". Nanti dah kahwin takadalah kekok " jawab Syahmin selamba sambil menjelitkan lidah.

" Potong nanti lidah tu terus takboleh jelitkan lidah lagi " ugut Sarah.

Syahmin hanya melemparkan senyuman kepada Sarah. Taknak bergaduh dengan Sarah disaat hatinya sedang berbunga-bunga dengan peristiwa tadi. Mereka menghampiri kelas 5 Excellent. Syahmin menarik tangan Sarah untuk menyuruh Sarah berhenti. Sarah hanya memandang Syahmin dan memberhentikan langkahnya. Syahmin bergerak mendekati Sarah dan mulutnya digerakan ke telinga Sarah seperti hendak berbisik.

" I LOVE YOU MY WIFE ! " bisik Syahmin pelahan hanya mereka sahaja dapat mendengarnya. Syahmin memandang Sarah dan tersenyum manis. Mereka kembali melangkah masuk kedalam kelas mereka.

Kata-kata itu masih terngiaya-ngiaya di telinga Sarah. Tetapi dia pantas mengawal perasaannya. Dia bergerak ke tempat duduknya lantas dia melabuhkan punggungnya ke kerusinya. Dia menarik nafas panjang untuk bertenang. Setelah tenang dia memandang kearah tempat duduk Syahmin. Syahmin sedang memandang kearahnya. Mata mereka bertembung. Mulut Syahmin terkumat-kamit seperti ada sesuatu ayat yang ingin disampaikan. Sarah mentafsirnya sendiri. Lantas dia tersenyum dan memalingkan mukanya kembali kehadapan. I love you. Itu ayat yang Syahmin ingin katakan. Dalam diam Sarah juga membalas kata-kata itu tanpa pengetahuan Syahmin. Kelas yang dari tapi bising kini sepi kerana Cikgu Anis telah melangkah masuk kedalam kelas. Dengan penuh hormat mereka semua memberi salam. Sesi pembelajaran subjek Kimia pun bermula. Kini Sarah memfokuskan 100% mendengar segala ucapan yang disampaikan oleh Cikgu kimianya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langit yang tadi mendung kini kembali cerah. Hujan yang sedang dari tadi turun membasahi bumi kini sudah berhenti. Petir dan kilat yang sabung-menyabung sebentar tadi kini hilang mengaibkan diri. Kini matahari timbul kembali mewujudkan suasana yang amat damai. Terselit sebuah pelangi yang tiba-tiba muncul menyerikan lagi keindahan alam ini. Sungguh indah nikmat anugerah tuhan. Sarah mendungak ke langit memandang pelangi. Dalam hatinya berbisik sendiri

" Alangkah indahnya kalau hidup aku sentiasa diwarnai oleh warna seperti pelangi. Tentu aku akan ceria sentiasa "

" Hah ! kau asyik termenung sahaja sejak akhir-akhir ini. Teringat kat Syahmin ke ? " sergah Mai.

Sarah yang khusyuk menghayati nikmat tuhan hanya memandang dan melemparkan senyuman ke arah Mai. Maizatun merupakan kawannya yang pertama semasa dia melangkah masuk ke MRSM Alor Gajah bersama-sama Syahmin. Mai sseorang yang ceria, gila-gila dan juga berani dalam semua perkara. Mana taknya, Mai merupakan pendebat terbaik negeri Melaka. Sarah yang menjadi kawannya juga turut berasa bangga.

" Atira mana ? dia tak turun ke ? " tanya Sarah kepada Mai.

" Entah la, tadi dia kata suruh aku turun dulu. Nanti dia follow. Tunggu la kejap. Nanti dia turun la tu. Hah! tu pun dia ! " jawab Mai sambil menunjukkan jarinya kearah Atira yang sedang menuruni tangga blok asrama.

" Sorry ! wei tadi aku leka baca buku sejarah ini " ujar Atira dengan rasa bersalah.

" Asyik-asyik berkepit dengan Encik Sejarah kau tu aja. Menyampah aku " gurau Sarah selamba sambil memandang kearah Atira.

Atira hanya tergelak mendengar gurauan Sarah. Memang dia sudah biasa dengan gurau itu. Pada mulanya dia selalu tidak senang hati apabila Sarah berkata begitu. Tapi akhirnya dia sudah biasa kerana Sarah cuma bergurau dengannya.

" Dah Atira. Cukup-cukup la gelak tu. Kauorang tak dengar ke perut aku ini dah menyanyi-nyanyi ini. Kalau lagu Anuar Zain takapa la tapi dia nyanyi lagu " Aku lapar..lapar..lapar " Dah jom pergi dewan makan ! Sapa lambat dia anak beruk ! " jerit Sarah sambil berlari ke Dewan makan. 

" Wei ! mana acik macam ini ! " jerit Mai dan Atira serentak sambil mengejar Sarah yang sudah jauh kehadapan.

Sarah hanya berlari ke dewan makan. Adakalanya dia juga memandang kebelakang melihat jarak dia dengan Mai dan Atira. Apabila dia memandang ke hadapan, Sarah melihat Syahmin di hadapannya jarak mereka sangat dekat. Sarah tidak sempat untuk memberhentikan lariannya. Bunyi perlanggaran antara mereka kedengaran kuat. Kedua-duanya terjatuh ke lantai dan tergolek ke longkang. Sarah terjatuh diatas Syahmin. Sarah segera mengangkat badannya menjauhi Syahmin. Dia menjarakkan dirinya dengan Syahmin namun dia tidak bangun selepas pelanggaran itu.

" Pewit ! pasangan kekasih terjatuh macam nangka busuk tergolek masuk dalam longkang" gurau Muszaphar sambil menyiku Fahmi disebelahnya supaya sama-sama sepakat untuk mengenakan Syahmin. Tapi Fahmi hanya mendiamkan dia tidak berkata apa-apa. Matanya hanya memandang kearah Sarah dan Syahmin sahaja. Melihat kemesraan mereka. Pandangan yang penuh makna dan tiada siapa dapat mentafsirkannya.

" Ha'ah, kalau rakam dan masuk kat dalam youtube ini mesti dapat ramai yang tonton ini " sokong Arif sambil tergelak besar.

" Sarah ! kau okey ke ? " sergah Mai secara tiba-tiba yang tadi berlari mengejar Sarah kini berada di hadapan Sarah bersama Atira di sisinya. Sarah tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia leka melihat anggota badan kalau-kalau ada terdapat luka. Selepas dia meneliti, tiada satu luka pun di mana-mana anggota badannya. Cuma punggung dia sahaja sakit. Mungkin akibat daripada kesan jatuh tadi. Sarah memandang kearah Syahmin. Syahmin hanya mengurut-urut pinggangnya. Mana taknya badan dia yang dihimpat oleh badan Sarah.

" Okey tak Sarah ? " tanya Syahmin meminta kepastian sambil memandang kearah Sarah. Mata mereka bersabung. Sarah menundukan mukanya dan tangannya mengusap-usap lengannya bagi menghilangkan rasa gelisahnya.

" Aku okey. Sorry tadi taksempat nak brek. Terus terlanggar " jawab Sarah sambil menghalakan tangannya kearah Mai dan Atira supaya menariknya untuk berdiri. Tapi mereka seperti buat tidak faham. Sarah marah dalam hati " budak-budak ini tak faham ke aku suruh angkat aku " Tangan yang tadi dihulurkan kepada temannya kini disambut oleh Syahmin. Pada mulanya Sarah teragak-agak juga untuk menyambutnya tapi dia tidak sanggup memalukan Syahmin di depan teman-temannya lantas dia menyambut. Sarah berdiri dan mengibas-gibas baju kurungnya daripada debu kotor lantai.

" Pergh ! tadi dah jatuh sama-sama dalam longkang, sekarang macam cinderalla pula ! boleh buat cerita dongeng ini ! " gurau Muszaphar lagi. Fahmi hanya menjadi patung cendana yang tidak berkata apa-apa.

" Muszaphar ! diam la ! nanti warden tahu macam mana ? Masak kita kena berlari satu padang " tegur Mai untuk mengingatkan Muszaphar supaya memperlahankan suara.

" Terima kasih " ucap Sarah kepada Syahmin sambil menarik tangan Atira dan Mai masuk ke dalam Dewan makan.

Syahmin hanya memandang ke arah Sarah yang hilang di sebalik penghuni-penghuni MRSM Alor Gajah. Syahmin tersedak apabila Muszaphar memaut bahu Syahmin.

" Gila gentleman lah kau tadi. Tak sangka kawan aku ini mamat gentle. Aku tabik kat kau bro ! " gurau Muszaphar  sambil mengangkat tangannya gaya tengah bertabik di hadapan Syahmin.

" Abang tolong gendongkan sayang "gedik Arif sambil memautkan tangannya ke bahu Syahmin menunjukkan gaya mahu digendong.

Syahmin hanya tergelak melihat kerenah Muszaphar dan Arif. Syahmin merenggangkan pelukan Arif dan dia melangkahkan kakinya ke dewan makan. Tetiba ada sesuatu objek yang melanggarnya. Pada mulanya badannya kurang stabil tapi dia berjaya mengawal keseimbangan badannya daripada terjatuh untuk kedua kali.

" Myra ! you okey tak ? ada sakit kat mana-mana ? luka kat mana-mana ? ini boleh bangun ke tak ? " banyak soalan yang terkeluar dari mulut Muszaphar apabila dia melihat Amirah terjatuh. Syahmin hanya memandang kearah Amirah dengan pandangan yang kosong. Sifar ! Tidak ada perasaan kesian.

" Aduh, sakitnya kaki I. Syahmin tolong la angkat I " gedik Amirah sambil menghulurkan tangannya kearah Syahmin mengharap Syahmin mengangkatnya seperti Sarah sebentar tadi. Hatinya betul-betul mendidih apabila melihat Sarah jatuh diatas badan Syahmin. Hati wanitanya menjerit marah. Jadi ingin melakukan benda yang sama seperti yang dilihat sebentar tadi.

Syahmin memandang kearah tangan Amirah tanpa ada secebis rasa ingin menolong dia bangun.

" Pandai you jatuh, pandailah you bangun sendiri " kata Syahmin selamba sambil melangkahkan kakinya masuk ke dalam Dewan Makan. Fahmi yang mendiamkan diri tadi juga turut mengikut langkah Syahmin.

Amirah membeliakkan matanya apabila Syahmin memperlakukan dia begitu. Sekali lagi Syahmin telah memalukannya. Muka dia kemerahan menahan marah dan malu. Tangannya disambut oleh Muszaphar tapi ditarik balik tangannya. Dia bangun dengan sendirinya. Muszaphar hanya mengangkat bahu kepada Arif membawa masuk "tidak faham dengan perangai Amirah " .

Hanis dan Mellissa yang berdiri tidak jauh dari situ terus mendapatkan Amirah apabila mereka melihat Amirah bangun sendiri. Mereka bertiga juga melangkah masuk ke dalam Dewan makan. Dalam minda Amirah sarat dengan idea jahat untuk mengenakan Sarah. Muszaphar dan Fahmi menyedari hanya mereka berdua sahaja yang berada diluar makan juga mengorak langkah memasuki dewan makan.

Suasana di dewan makan sentiasa riuh dengan suara-suara penghuni MRSM Alor Gajah. Masa makanlah yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka. Waktu itulah mereka semua berkongsi cerita tentang cikgu, pelajaran pada masa sesi pembelajaran pagi tadi. Macam cerita yang keluar dari mulut setiap penghuni disitu. Sarah, Mai dan Atira yang telah selesai makan segera bangun dan mengangkat pinggan cawan mereka untuk dibasuh. Seperti biasa Sarah akan membasuh pinggan, Atira akan basuh cawan dan Mai akan bilaskan dan meletakkan cawan pinggan mereka ditempat yang dikhaskan oleh pihak pengurus makanan. Sarah dan Atira menunggu Mai meletakkan pinggan dan cawan. Tetiba air sirap tertumpah dibaju Sarah. Kalau sikit takapa. Ini satu jug ! memang saja nak mengenakan orang. Habis Sarah bermandikan dengan air sirap.

" Ops sorry. I tak sengaja. Kaki ini tiba-tiba tersandung. Sorry okey " ujar Amirah selamba sambil mencapai jug plastik yang ada dilantai.

Sarah memandang bajunya yang basah. Dalam hatinya sememangnya marah kepada Amirah. Tapi disimpan di dalam hati.

" Kau memang sengaja tumpahkan air sirap ini kat Sarah kan ? " pekit Mai yang tidak puas hati apabila Sarah diperlakukan begitu. Sarah menarik tangan Mai. Meminta dia bersabar seperti dia. Tapi Mai tidak mengendahkannya. Api kemarahannya membuak-buak memang jelas terpancar dimukanya.

" Apa bising-bising ini ? kenapa dengan boleh jadi macam ini Sarah ? " tanya warden asrama apabila mendengar ada suara orang yang sedang bergaduh.

" Warden, Amirah ini saja tumpahkan air sirap dekat Sarah " jelas Mai membela Sarah yang dari tadi diam membisu.

" Betul ke ini Amirah ? " soal warden kepada Amirah.

" Saya tak sengaja tumpahkan air ini kat dia. Tadi kaki saya tersandung jadi jug yang saya pegang ini terlepas terkena dekat Sarah. Betul warden saya tak tipu " bohong Amirah demi menutup segala rancangan dia mengenakan Sarah.

" Sarah kamu pergi balik bilik. Bersihkan diri. Ajak Mai dengan Atira sama " arah warden kepada Sarah.

Sarah, Mai dan Atira melangkah keluar daripada dewan makan untuk kembali ke dorm. Penghuni-penghuni MRSM Alor Gajah yang tadi menonton aksi Amirah dan Sarah kini kembali sibuk membersihkan pinggan cawan yang mereka gunakan. Syahmin, Muszaphar dan Fahmi masih belum selesai makan.

" Kau rasa betul Amirah tu tersandung kaki ? tanya Muszaphar sambil menyuapkan nasi ke mulut. Soalan itu sengaja dibangkit kerana dia ingin melihat reaksi Syahmin. Tapi Syahmin tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia masih setia bersama nasinya.

" Aku rasa dia sengaja tu. Sebab tadi kan Syah malukan dia depan kita " jawab Arif sambil menghabiskan suapannya yang terakhir dan meneguk air yang masih bersisa.

Syahmin hanya mendiamkan diri. Dia lantas bangun mencucikan pinggan dan cawannya. Segala perbuatan yang dilakukan oleh Syahmin diikuti oleh Muszaphar, Arif dan Fahmi. Selesai sahaja mereka membersihkan pinggan dan cawan mereka melangkah keluar dari dewan makan dan menuju ke masjid Ar-Nurr untuk solat Mahgrib yang akan masuk sebentar lagi.

" Memang aku tak puas hati betul dengan Amirah tu ! memang kurang ajar gila. Ada ke patut dia simbah air sirap kat Sarah kita ini  " luah tidak puas hati Mai.

" Sorry la I tak sengaja. Kaki I tadi tersandung la " ajuk Mai dengan suara yang sengaja di gedikkan.

Gaya Mai membuatkan Sarah dan Atira tergelak. Memang itu la cara Mai. Walaupun tengah marah dia masih boleh membuat lawak.

" Haha ! gaya kau sebiji macam Amirah tu " gurau Sarah.

" Ha'ah ! bila masa kau tiba-tiba jadi kembar dia ini ? " sokong Atira.

Mai yang tadi berdiri kini duduk diatas katilnya. Mulutnya dimucungkan untuk menunjukkan tanda tidak puas hati. Sarah dan Atira ketawa lagi dengan kerenah Mai. Sarah pantas bersiap-siap supaya taknak membuatkan Atira dan Mai tertunggu-tunggu. Dia terus menyarungkan tudung sarung berwarna hitam di kepalanya. Itu sahaja tudung yang dia ada dan mudah untuk dipakai. Tak perlu nak gosok-gosok.

" Apa kata kau kita kenakan dia ? " cadang Mai kepada Sarah dan Atira.

Sarah dan Atira memandang ke arah Mai yang menyuarakan cadangan jahat itu. Memang Mai suka kena mengenakan orang. Dialah juara dalam hal itu.

" Beb ! lu memang dapat membaca gua punya minda la ! gua memang nak kenakan dia pun. Give me five la " kata Sarah bersahaja sambil menghulurkan tangan kearah Mai. Mai menepuk tangan Sarah.

Atira hanya tersenyum sahaja. Senyum tandanya setuju nak mengenakan orang la. Dia memang kaki follow sahaja.

" So, macam plan ? " soal Mai kepada Sarah. Sarah memdekatkan diri mereka. Atira dan Mai juga mendekat diri dengan Sarah. Sarah berbisik menyatakan rancangan jahatnya. Selesai Sarah menyuarakan cadangannya dan telah disetujui oleh Mai dan Atira, mereka tergelak antara satu sama lain. Rancangan mereka hanya mereka sahaja yang tahu dan tiada orang lain.

Selepas solat Isyak, Sarah, Mai dan Atira terus ke kelas 5 Excellent untuk prep malam. Mereka akan mengulangkaji pelajaran supaya segala ilmu yang diterima oleh mereka pagi tadi difaham 100% tanpa ada tanda soal. Sarah ke almari yang dikhas olehnya seorang sahaja. Dia mengambil buku subjek biologi dan sejarah serta pendidikan islam. Tidak lupa juga kotak pensel dan buku nota yang dikhaskan untuk mencatat segala nota hasil daripada perbincangan dengan Mai dan Atira. Sarah mengambil keybroad kesayangan yang disimpan di dalam almarinya dan diletakkan diatas mejanya. Membuka buku Biologi dan membuatkan lagu. Sarah memainkan melodi keybroadnya manakala Sarah dan Atira menyanyikannya. Apabila melodi dan nyanyi yang dicipta itu sesuai. Sarah, Mai dan Atira akan mengulangi segala perbuatan mereka sebentar tadi.

" Assalammualaikum. Boleh kita orang join kau orang sekali ? " tanya Syahmin kepada Sarah, Mai dan Atira bagi mewakili Muszaphar, Arif dan Fahmi. Mereka hanya mengangguk tanda setuju. Tidak salah kalau belajar bersama-sama, mungkin ada idea yang fresh yang boley diaorang kongsikan kepada mereka.

" Hari ini kauorang study biologi erk ? tanya Muszaphar kepada Sarah, Mai dan Atira.

" Ha'ah, kitaorang baru lepas cipta satu lagu pasal respirasi. Sarah mainkan sikit kasi diaorang ini dengar " jawab Mai sambil menyuruh Sarah memainkan melodinya dan mereka menyanyikannya. Selepas tamat, Syahmin, Muszaphar, Arif dan Fahmi menepukkan tangan.

" Nanti share kat kitaorang okey ! kitaorang pun buat juga lagu pasal percernaan. Syahmin tolong mainkan gitar " kata Arif sambil mengarahkan Syahmin memetikkan gitarnya manakala dia, Fahmi serta Muszaphar menyanyikan lagu itu. Sekarang Sarah, Mai dan Atira pula menepukkan tangan.

" Apa kata kalau kitaorang buat lagu pasal tulang. Kauorang pula buat lagu pasal bab transport . Nanti cepat sikit kita ulangkaji. Lepas tu boleh belajar pasal ENCIK SEJARAH aku ! " cadang Atira.sambil ketawa.

Mereka semua menyetujui cadangan Atira. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Masing-masing mencari idea untuk mencipta lagi lagu tentang biologi. Malam itu mereka belajar dengan gelak tawa bersama-sama. Berkongsi segala ilmu dan idea bersama-sama. Harapan dalam setiap hati mereka hanya untuk membantu satu sama lain untuk mencapai keputusan SPM yang membanggakan ibubapa, sekolah dan diri sendiri.

" Mai ! kau dah jumpa ke belum benda tu ? " tanya Sarah meminta kepastian.

" Sabar la ! benda tu ada kat sini. Bunyi disemakin kuat. Kau jangan bising sangat nanti benda tu hilang. Kau suluh kat sini ! " jawab Mai tenang sambil membongkokkan badannya mencari sesuatu.

Atira yang hanya memeriksa kawasan sekeliling memandang-pandang kearah Mai dan Sarah.

" Ha'ah ! jumpa. Mana plastik ?  " tanya Mai kepada Sarah.

" Nah ! jauh sikit wei. Aku takut ! " kata Sarah cemas.

" Buat apa nak takut ! dia takmakan kau pun ! cuba pegang ! lembut macam jeli ! " gurau Mai sambil menghulurkan plastik ke Sarah. Sarah sudah lari ke belakang Atira. Atira juga sudah mengeletar lutut kenara dia juga takutkan benda tu !

" Cepat la nanti warden tahu masak kita kena denda " kata Atira untuk mengingatkan Mai.

Mereka kembali ke dorm mereka. Sebelum masuk dalam dorm mereka. Mereka masuk ke dorm Amirah. Saat itu tiada siapa-siapa. Mereka menyelinap masuk secara senyap-senyap dan meletakkan benda itu di bawah bantal tempat tidur Amirah.

" Pastikan kau kacau dia ! kalau boleh kasi cium mulut dia mana tahu nanti kau boleh jadi tuan putera " pesan Mai kepada benda itu. Mereka keluar dari dorm itu apabila benda itu sudah dipastikan duduk senyap dibawa bantal Amirah. Mereka terus bergerak masuk ke dalam dorm mereka. Dalam hati mereka tidak sabar melihat reaksi Amirah.


" Memang padan muka Sarah tu ! baru puas hati aku. Aku rasa mesti Syahmin sakit hati bila ada orang buat kat awek dia macam tu. Tu la memalukan aku lagi" kata Amirah sambil tergelak puas dapat mengenakan Sarah. Dia terus baring di atas katilnya. Kepala yang diletakkan diatas bantal tidak berasa selesa kerana seperti ada benda di bawah bantalnya. Dia memeriksa bawah bantalnya. Tiba-tiba benda di bawah bantalnya melompat ke dadanya dan melompat lagi. Kini mulut benda tu dan mulut Amirah bersatu.

" Katakkkkkkkkkkk !!!!!!!!!!!!! " jerit Amirah seperti kena histeria.

Amirah terus turun keatas katilnya dan lari keluar dari dorm. Mulutnya yang dicium oleh katak itu dikesat dengan baju yang dipakainya. Jijik ! sangat jijik. Itu lah dia rasakan. Sarah, Mai dan Atira yang mengintai Amirah dibalik pintu menahan gelak. Mereka pantas menutup pintu dorm mereka dan berlari ke katil Sarah sebelum ketawa mereka pecah !

" Aku taksangka Katak tu patuh dengan pesanan aku " gurau Mai dengan gelak yang tidak henti.

Atira dan Sarah tidak tahu untuk berkata apa-apa. Yang mereka tahu dendam sudah terbalas. Sekarang baru puas hati mereka bertiga kerana dapat mengenakan Amirah yang berlagak bagus tu. Hari ini mereka bertiga tidur bermimpikan Amirah yang mencium katak bobok. Sesuatu peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh mereka bertiga untuk tahun terakhir bagi mereka bertiga. Lampu ditutupkan oleh ketua dorm mereka dan mereka segera naik ke katil masing-masing. Sarah masih tergelak-gelak kecil mengingati kejadian tadi. Tanpa dia sedari dia sudah terlena dibuai mimpi indah. Hanya ada dia dan Syahmin sahaja.