02 Januari 2013

Berjuta-juta soalan

Assalammualaikum dan salam tahun baru.

Aku bukan tukang tilik nasib, aku cuma manusia biasa dan aku taktahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sometimes apabila kita tahu akan takdir kita pasti kita akan berasa sedih kerana takdir kita tak selaras dengan apa yang kita inginkan. Seperti aku tidak kuat untuk menerima kenyataan. Hati aku sentiasa meronta-ronta marah kepada pencipta kerana menyalahkan aturan takdir aku. Tapi dengan iman yang aku ada, aku cuba marah akan diri sendiri dan menyatakannya "Pasti ada hikmah disebalik semua ini". Adakalanya aku semakin lemah, lemah dengan kata-kata yang aku ucapkan. Semasa aku lemah, aku akan memasangkan lagu dengan sekuat kuatnya supaya aku tenang tapi air mata ini akan sentiasa menyapa tanpa diduga. Aku cuba untuk menjadi tenang tapy aku takmampu. Aku seorang manusia yang diciptakan untuk berasa sedih dan menangis.

Terkadang terlintas juga dalam fikiran aku tertanya-tanya kenapa dan kenapa aku tidak mendapat apa yang aku inginkan. Besar sangat ke keinginan aku sehingga tidak dapat ditunaikan. Adakah aku dicipta untuk berasa kekecewaan setiap masa ke ? Aku tidak pasti. Sumpah aku tidak pasti ! Pelbagai soalan sentiasa bermain- main difikiran aku sejak dulu lagi. Aku terus dan terus mencari jawapan bagi setiap soalan yang aku tujukan sendiri. Mencarinya dengan penuh sakit dihati yang sangat pedih. Ya ! Aku PUTUS ASA !

Adakah rezeki aku telah habis digunakan sewaktu aku di zaman kanak-kanak sehingga tiada lagy untuk aku untuk masa kini dan akan datang ? HAHA ! * aku menyalahkan diri sendiri. Jadi apa yang aku patut laku kan ? Ya Allah, aku memerlukan mu saat ini. Aku memerlukan jawapan kepada soalan yang aku utarakan. "Rezeki saya hanya untuk saya orang lain takboley ambik rezeki saya" sesungguhnya aku berpegang terhadap kata kata ini tapi hari ini aku mempersoalkannya. Aku tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang ini ? Ya ! sesungguhnya aku bersyukur ! cuma kenapa kenapa aku berasa hidup aku selalu tak bernasib baek seperti orang lain ? aku sudah pening kepala.

Kumpulkan sepenuh hati aku akan aku laluinya dengan kekuatan yang masih bersisa ini. Harungi hidup ini sehingga sampai ke liang lahad. Biar la nasib aku taksebaek rakan rakan aku. akan aku harunginya dengan hati yang rela. Mungkin Allah belum nak kabulkan segala hajat aku sekarang tetapi ia akan dikabulkan masa akan datang. Insyaallah. Detik ini aku berharap apa yang aku kata kan saat ini akan menjadi kenyataan.

[aku suka senyum dalam tangisan]

Okey la, soalan diatas sebenarnya dah banyak kali aku post kat dalam blog ini. Mungkin kauorg ingat aku takbersyukur. Takpe la kauorg layak berikan pendapat kauorang. Okey masuk tido dulu. Assalammualaikum. :D