18 Februari 2013

Think Positve Maryam (:

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum dan salam petang yang indah. Sekali lagi aku disini ingin meluahkan perasaan hati dalam blog kesayangan aku. Perasaan yang tidak pernah akan difahami oleh sesiapa pun. Perasaan yang selalu membuatkan hati menjadi tidak tenang serta membuatkan minda sentiasa giat berfikir tentang sesuatu perkara yang akan dialami oleh diri aku. Mesti kauorang ingat aku nak kawin kan ? Takada la, aku muda lagi mana boleh nak kawin lagi. :D

Saat ini aku ingin mengumpulkan sebanyak mana kekuatan untuk aku hadapi sesuatu perkara yang bakal menentukan masa depan aku. Ya ! Keputusan SPM 2012 yang aku ambik pada tahun lepas. Segala kemungkinan akan berlaku pada saat itu yang akan menyebabkan aku sangat risau saat ini. Hati sentiasa gelisah dan tidak tenteram. Perasaan takut menguasai diri aku. Sehingga akan membuatkan aku mengalirkan air mata. Taktahu kenapa sejak akhir-akhir ini sering sahaja air mata ini ingin mengalir. Benci apabila air mata mengalir. Ini membuktikan aku seorang yang lemah ! Be strong Maryam !

Sejujurnya aku tidak sanggup untuk kecewa sekali lagi seperti PMR dahulu. Hanya kerana aku tidak mendapatkan keputusan yang aku inginkan aku, aku akan memarahi dan menyalahi diri aku. Selama 2 tahun baru aku boleh menerima kenyataan. Saat itu, aku akan cuba menyakitkan diri aku sendiri. Saat itu aku banyak mengalirkan air mata. Aku memang kuat nangis tapi secara diam-diam. Tapi aku pelik kenapa air mata ini seperti tidak habis untuk mengalir. Entah la. Orang kata menangis boleh melegakan kekusutan dalam minda, ada orang kata menangis itu dapat menghapuskan dosa dan ada orang kata lagi menangis mampu memberikan kekuatan. Taksangka hanya kerana menutup malu orang akan kata begitu. Tapi memang betul pun. Kalau nangis, nangis aje ! Biar sampai puas ! Biar sampai kita mampu untuk senyum dan ketawa kembali. :D

Sejujurnya, sewaktu aku menjawab SPM 2012, aku membuatnya main-main. Dan saat ini baru rasa menyesalnya yang teramat sangat. Otak aku giat berfikir bagaimana kalau aku dapat keputusan yang tidak melayakkan aku melanjutkan pelajaran aku nanti ? Macam mana aku nak teruskan hidup ini ? Bunuh diri ? Hurmm. Ada juga terlintas dalam fikiran tapi rasa berdosa pula ! Nanti roh taknak naik ke langit ! Kalau taknaik ke langit boleh kacau kawan-kawan aku.. HAHA ! Tak la ! selagi keimanan ada dalam dada, insyaallah aku takakan buat macam tu. Insyaallah ! Kalau aku dapat keputusan yang melayakkan aku masuk ke form 6, aku tidak akan lepaskan peluang itu. Saat itu aku akan berusaha bersungguh-sungguh sebab aku terpaksa menjadi bahan uji kaji oleh mak aku. (: Kalau keputusan aku layak ke Matrikulasi, akan aku rebut peluang itu walaupun aku memang taknak masuk sana. Kalau keputusan aku membolehkan aku masuk ke Asasi, memang pasti aku akan pergi ! Belajar gila-gila kat sana sebab nak dapat pointer 4.00 ! haha ! kalau dapat diploma, aku rasa okey juga sebab boleh relax-relax sikit. Boley la aku panjat gunung ! berkelah, melepak sikit-sikit. Haha ! (:

Aku harap pada saat aku mengambil keputusan SPM 2012 tu akau dapat hadapinya dengan tabah dan ikhlas hati. Redha dengan segala keputusan yang aku terima. Ya Allah pinjamkan aku kekuatan dan ketabahan pada saat itu ! Amin ! Sememangnya aku sentiasa berfikiran yang negatif dan kekadang aku lemah dalam memotivasikan diri. Tapi aku harap Allah mampu memberikan aku keputusan SPM 2012 yang terbaik dan cemerlang. Insyaallah ! Sesungguhnya dia tahu bahawa hambanya ini sangat lemah untuk menjalani ujian yang sangat berat (:


Saat kesakitan menyapa
Saya akan menangis dan terus menangis
dan memasang harapan semoga esok memberikan aku senyuman