15 Februari 2013

Back to Reality

Assalammualaikum sahabat ! (:

Aku harap kauorang sihat-sihat sejahtera. Aku dekat sini sihat-sihat sejahtera juga disamping insan-insan yang aku sayang. Aku telah berfikir sedalam-dalamnya. Sememangnya aku memang tidak layak untuk dirinya. Aku menghabiskan masa selama beberapa jam menangis keatas cinta yang telah ditolak oleh seorang lelaki. Dan sampai situ tetiba perasaan aku terhadap CINTA tiba-tiba hilang. Entah tiba-tiba hari ini aku ingin menangis lagi. Be Strong Maryam ! Cinta dia terlalu agung untuk kau sambutnya. Sebenarnya kau tak mencintai dia tapy kenapa kau perlu menangis ? " Sebab aku gagal memperoleh lelaki yang boley membimbing aku ke jalan yang diredhai oleh allah. Sebab aku gagal memperoleh lelaki yang boley mengubah segala tingkah laku aku. Gagal segala-galanya " Lagy pun jika aku memperolehinya aku akan belajar untuk mencintainya seadanya. Sememangnya aku ingin mengajar diri aku untuk terima orang lain seadanya sebelum orang lain menerima aku seadanya. Tapi nampaknya tidak jadi nyata. Sememangnya saat itu aku sedang meminangnya untuk diri aku. Sebab orang kata kalau kita dah jumpa calon yang sesuai kita kena cepat-cepat pinang dia. Haha ! tapy cuma masa sahaja taksesuai. Itu la kerja gila yang pernah aku buat. Nasib baek aku berfikiran positif. Kalau tak memang aku deaktif sahaja facebook aku tu. Malu yang teramat-amat sangat ! >.<" Nasib baek dia dah lupakan peristiwa tu. Lega aku ! huh ! -_-" Sekali orang tolak cinta aku, aku tidakkan akan putus asa untuk memperjuangkannya bukan aku tergedik-gedik cuma dia dah ada pakej yang aku nak. Tapi nak perjuangkannya aku rasa macam sia-sia sahaja. Sebab aku teringat satu ayat ini " Lelaki yang BAIK hanya untuk Perempuan yang BAIK " Sedangkan aku ? Jahil dan Naif ! Taksesuai untuk dia ! Tapy dia baik walaupun dia tidak menerima aku sebagai kekasihnya, dia tetap menerima aku sebagai kawan rapat. Tak kesah la. Asalkan tak terputus ikatan silaturahim itu sudah okey. Setiap kali aku kacau dia, dia akan setia sentiasa melayan kerenah aku walaupun dia tengah demam. Tu la siapa suruh ONLINE ! haha ! :D Hari ini secara tidak sengaja kiteorang terkongsi lagu favorite dia. "AKU INGIN MENCINTAIMU by Edcoustic " Mula-mula aku buka memang sangat best lagu ini. Tetiba aku jatuh suka lagu ini ! haha ! macam-macam kerenah aku ini.. :3


Tuhan Betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena
Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali, agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu…
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya robbi
.
Entah mungkin karena ku terlena
Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali, agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu…
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya Rabbi
.
(instrumen)
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya Rabbi
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya Rabbi…

Setelah aku mendengarkannya banyak kali lagu. Sekarang aku faham apa yang dia nak. Kini aku menyakini untuk membiarkan dia berlalu pergi dan bahagia dengan orang yang lebih layak daripada diri aku.  Dia sahabat yang baik dan aku inginkan dia memperolehi insan yang lebih baik daripada aku ini. Yang boleh membahagiakan dia. Tetapi aku hati aku tidak merelakannya. Hanya aku berdoa kepada Allah. " Jika dia memang jodoh untuk aku, maka kau bertemukan kami disatu jalan dari 2 haluan yang berbeza dan cinta kami kukuh sampai ke syurga. Dan jika dia bukan jodoh untuk kau jaga ikatan persahabatan kami ini dan kami memperolehi pasangan yang ideal pada suatu hari nanti serta hidup bahagia dengan keluarga masing-masing " Amin (: Sememangnya kita tidak akan dapat segala benda yang kita inginkan tapy kita akan dapat segala benda yang kita perlukan sahaja. Mesti bersangka baik dengan Allah Maryam ! Dia yang Maha Mengetahui dengan benda yang tersirat dan tersurat. Insyaallah. (:

Saya tidak akan memaksa awak untuk mencintai saya
kerana saya tahu jika saya memaksa kita tidak boleh bahagia. 
Jadi saya akan tunggu awak sehingga awak boleh terima saya.
Insyaallah, jika diizinkan Allah
Kita akan bersama :)
(Sorry terjiwang pula. Hahaha ! )