13 Februari 2013

Bercinta selepas kahwin ?

Okey sekarang trend bercinta macam ini. Okey I accept it (: . Taksangka aku boley bertindak melampauitu. Argh ! aku takboley melupakan peristiwa semalam. Aku dah memalukan diri aku ! Rasa nak korek lubang, masukkan badan dan timbus dengan tanah. Cacakkan batu nisan. Okey jadi KUBUR ! haha . Terngiang-ngiang lagi soalan yang aku tanya pada dia. 

Aku : kalau nak tanya sikit boley tak ? tapi malu lah
Dia : maryam nak tanya ape ? jangan malu2. In sha Allah kalau soalan yang maryam nak tanye tu saya boleh jawab, saya akan jawab.
Aku : Hmm, selama awak Im kita, awek awak tak marah ke ?
Dia : sebenarnya saya ni masih single, saya ni jenis pemalu sikit orngnya. Saya rase lebih baek bercinta selepas kahwin.
Aku : ohhhh, okey okey (: bercinta selepas kawin erk ? okey2 XD (ini la caranya kalau dah malu)
Dia : kenapa maryam tanya macam tuh?
Aku : hehehe, baru nak masuk line. takpe takape la XD
Dia : maryam nak masuk line ape? Saya tak faham...
Aku : Awak ini... okey malu la nak cakap.
Dia : ohh, okey okey saya dah faham
Aku : hahaha, nasib baek faham XD
Dia : selain pada tu kita boleh jadi sahabat rapat kan maryam, boleh ke?
Aku : hahaha.. okey. saya open-minded. sure why not (masa ini dah taktahu nak cakap apa) --"
Dia : okey
Aku : Okey. sila abaikan perbincangan kita sebentar tadi.
Dia : Insyaallah. tapi terkejut jugak lah tadi, first ade orng perempuan tanya macam tu kat saya.
Aku : ohh ! hahaha, takpe nnty ade yg akan cakap dekat awak macam tu lagy.. (:
Dia : In Sha Allah kalau ade. atau mungkin jodoh saya, yang ade didepan mate saya ni. eh tak de lah gurau je.
Aku : haha, okey takpe (:
Dia : ok lah Maryam, saya dah ngantuk ni, esok kene keje. Asalamualaikum
Aku : okey, walaikummusalam, take care bye. (terus offline)
Dia : Daun kelapa daun keladi ,harap2 dapat berchating lagi. In Sha Allah...bye..take care
Aku : (DAH TAKBALAS)

Okey ! hahaha, aku pun taktahu nak cakap apa. Cuma aku think positive sahaja. Sesungguhnya aku memang memerlukan dia, tapy tak apa la. Dia tetap berpegang teguh dengan prinsip dia. Manakala prinsip aku melayang entah ke mana. :D Semalam tidur walaupun takberape lena. Tapy hati tetap pasrah dengan keputusannya. Tiba-tiba bangun entah ada wujud lagi perasaan cinta ini ataupun entah la. Takpenting la. Aku dah luahkan segala-galanya. Tapi dia sambut hanya untuk sekadar kawan rapat aku terima. Takakan nak desak dia untuk terima panahan cinta aku ?! Memang tak la ! aku bukan jenis  yang memaksa. (: tengok la sehari dua msty perkara ini boley di hapuskan dalam otak ini. Haha ! first time jadi PERIGI CARI TIMBA. memang terbaek la. Memang malu tahap nak putus nyawa masa tu. Tapi sekarang tetap kena cool. Tak macho la kalau takdapat sesuatu nak nangis kan. Cuma pasrah aje kepada Allah sekarang ini. Kalau betul dia jodoh aku, Allah akan permudahkan segala-galanya. Kalau tak, entah la.. :D

Budak ini akan terus tersenyum 
Walaupun di reject berjuta-juta kali.
Budak ini akan tunggu kamu disana (: