18 Disember 2012

Memory in class science stream

Assalammualaikum.

Sungguh harum bunga kasturi,
Inginku dipetik disiang hari,
Banyak sungguh memori untuk 2 tahun ini,
Menjadi ingatan dalam sanubari.

Selama 2 tahun membawa gelaran sebagai pelajar aliran sains tulen begitu banyak dugaan yang mendatang. Tapi hati tetap sabar walaupun telah banyak kali tersungkut. Bangkit dengan kekuatan dan ketabahan yang telah dikurniakan oleh ALLAH yang maha esa untuk menamatkan segala perkara yang telah aku mulakan dengan bersungguh-sungguh. Selama 2 tahun ini aku belajar untuk terus bertahan dengan persaingan yang sengit. Persaingan antara kawan-kawan dan persaingan terhadap diri sendiri yang semakin hilang keyakinan.

Selepas aku berjaya menjadi pelajar cemerlang (kononnya) untuk PMR, aku mengorak langkah mara kehadapan dengan menentukan aliran yang perlu aku ambik untuk masa depan aku. Walaupun masa itu, aku sedang kecewa dengan SBP dan MRSM tetapi aku tetap gagahkan diri untuk meneruskan kehidupan aku di SMKSM walaupun aku telah mendapat tawaran daripada SMT LANGKAWI untuk khursus bakeri. Pada mulanya aku mahu menerimanya setelah banyak berfikir aku berasa bernasib baek kerana tidak menerima tawaran tersebut kerana aku tahu yang aku ini takpandai memasak. HEHE ! Dengan hati terbuka aku menerima aliran sains sebagai pilihan pertama. Aku tahu pihak sekolah akan letak nama aku kat kelas tu. Sebab tu aku takperlu nak fikir panjang takut nnty kalau aku ambik aliran akuan mak and cikgu-cikgu aku akan membebel. HAHA !

Ya ! aku tahu aku ini pelik sebab aku tak mempunyai cita-cita. Sebenarnya aku mmg taktahu nak jady apa pada masa depan. Tapy mak aku beria-ria sangat nak aku jady doktor, jady aku mengambil keputusan meletakkan pekerjaan doktor itu sebagai cita-cita aku. Cita-cita aku bukan doktor biasa tetapi DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN. HAHA ! aku tahu smue orang akan tergelak bila dengar cita-cita aku tu sebab cikgu kelas aku pun selalu gelakkan aku bila aku sebut cita-cita aku tu. Tapy tak kesah la. Aku kan cool orgnya. Kawan sekelas aku kata aku ini pelik sebab tak mempunyai cita-cita tapy result sentiasa gempak. HEHE ! mungkin berkat doa mak ayah aku kut sbb tu aku jady mcm ini. Aku bersyukur kepada ALLAH. (:

Semasa aku melangkah ke FORM 4 seperti smue orang kata tahun baru mesti ada azam baru. So azam aku pada masa itu cuma aku mahu jady lebih matang, berjaya dalam smue peperiksaan sehingga boley menaikan nama sekolah, mempunyai kekuatan serta ketabahan untuk mengharungi segala dugaan dan mempunyai ramai kawan. Pelikkan azam aku. Bila aku kata kan kawan-kawan aku, diaorg akan tanya aku balik, "selama ini kau tak matang ke?" Haih, ini yang malas nak explain.. Matang yang aku maksudkan tu adalah aku dapat mengumpul sebanyak ilmu yang aku boley, aku boley berdekari menjadi pelajar yang lebih cemerlang dan aku boley berfikiran kreatif dan inovasi. HAHA ! aku tahu sometimes satu perkataan itu akan membuatkan banyak org keliru. [:

Taksangka aku belajar byk benda di FORM 4 sehingga kadang-kadang aku sentiasa give up. Nasib baek ada kekawan dan cecikgu yang datang memberi sokongan. Dengan dorongan dan sokongan mereka yang bagaikan cahaya, aku terus bangun daripada lubang kegelapan. Aku harungi segala-galanya dengan tabah. Belajar dan terus belajar walaupun takfaham. Itu la yang aku lakukan semasa FORM4. Sampai la akhir tahun FORM4, aku n kawan-kawan aku plan nak pergi tuisyen kat ALFA. Btw, untuk  FORM4 kau takpernah ambik tuisyen sebab aku takut nak susahkan makbapak aku. Oleh kerana keputusan yang aku buat itu sehingga sekarang aku menyesal. Aku takfaham semua subjek FORM4 selama tahun itu. Jady seperti yang aku katakan tady aku dan kawan-kawan ambik keputusan untuk pergi ke tuisyen. Tapy kawan-kawan aku semuenya pergi ke ALFA SG. EMAS, aku aje ke ALFA OLAK LEMPIT. HEHE ! bukan aku taknak pergi sana. Cuma jauh nak pergi ke sana dan takada transport. (: Di sana aku lebih membawa diri. Duduk diam-diam dan belajar. Takbanyak mulut tapy bila dekat ALFA SG. EMAS, mmg kecoh abis sbb ade kawan-kawan. HAHA ! actually aku takmudah untuk bergaul mesra dengan org. (: Selama masa itu aku bersungguh-sungguh berlajar matapelajaran yang dikatakan membunuh iaitu ADD MATH. Subjek ini yang seringkali membuat aku menangis. Tapy akhirnya aku berjaya mengatasi masalah itu dengan baik. HEHE ! taksangka daripada dapat 26 terus naik ke 60 utk PPT. aku berasa bersyukur. Alhamdulilah. (:

Masa cepat berlalu tamat tahun 2011, aku melangkah ke tahun 2012 dengan azam yang sama. Taksangka di 2012 banyak sekali air mata ini mengalir tanpa segan silu. Actually aku mmg suka menangis dan boley dikategorikan cengeng. HAHA ! Dengan ini aku mengambil keputusan untuk menyendiri dan jauh daripada kawan-kawan untuk mencari semula jiwa yang sudah melayang entah ke mana. Menempuhi segala dugaan dengan penuh tabah dan sabar. Teringat sekali apabila otak ini sentiasa TRAFFIC JAM apabila exam akan menjelang. Saat itu membuatkan aku buntu smpai kawan aku menjady mangsa melayang kerenah aku. Nak tahu tak, aku pernah dapat BM gagal. tapy nasibbaek cikgu bertimbang rasa jady dia beri aku peluang kedua. Mmg aku takakan sia-siakan peluang itu, aku membuat dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya nama aku yang telah ditempatkan di kategori gagal akhirnya berjaya menempatkan balik diri ini ke tempat di kategori A. Selepas ini insiden tu, aku berusaha belajar bagimana nak buat karangan semula seperti di darjah 6 dulu-dulu dengan usaha sendiri dan sokongan drpd cikgu aku. Mmg kritikal aku masa tu. Susah aku nak bayangkan semula.

Masa aku FORM 5 juga, diri aku telah dilanda dengan pelbagai perasaan antaranya dengki, tamak, cemburu, iri hati, sakit hati, pentingkan diri sendiri dan sebagainya terhadap kawan-kawan aku. Berasa bersalah aku. Aku sentiasa berdoa supaya smue perasaan itu pergi dr diri aku tapy apa kan daya hasutan syaitan lagy kuat sehinggakan mengugat keimanan aku. Aku tertewas ! Sorry kawan-kawan dengan segala macam perkara aku lakukan kepada kauorang (sedih) .

Semakin bertambah dekat tarikh SPM, semakin bertambah angkuh diri aku. Kesimpulannya, saya menderhaka dengan cikgu setelah banyak mencurahkan ilmu kepada saya sehingga menyebabkan saya takbur dan riak. Aku berdosa dengan Allah dan cikgu-cikgu. Terlalu banyak perkara yang telah aku buat sehingga menyakitkan hati cikgu. Saya insaf dan tunduk sambil minta maaf. Saya tahu saya sentiasa menderhaka pada cikgu-cikgu. Sentiasa mengejek cikgu daripada belakang sambil marah-marah. Saya tahu itu salah tapy ape kan daya saya dah buat. Saya sentiasa merungut marah kerana cikgu sentiasa menegur saya dan membandingkan saya dengan rakan-rakan lain walaupun saya tahu itu untuk kebaikan saya tapy malangnya saat ini baru saya sedar. Hurm, nasibbaek dah minta maaf masa majlis doa restu walaupun hanya senyuman yang aku tunjukkan dan dalam hati tidak berasa sedih tapy akal aku menangis, menangis kerana mencari sesuatu benda yang membolehkan air mata ini mengalir tetapi aku tak m'jumpainya lantas aku pasrah. Terlalu ego aku di depan kawan-kawan dan cikgu-cikgu kecuali cikgu rapimah.

Kini aku sudah tamat dalam kontrak sebagai seorang pelajar. Dan sekarang aku tengah berperang dengan diri selama bercuti ini. Terkadang cuti ini aku menghabiskan masa dengan melayan perasaan takut untuk menghadapi suasana sukar ketika mengambil keputusan SPM pada bulan 3 tahun hadapan. Semoga aku meraih keputusan yang cemerlang klu dizinkan tuhan. Insyaalah. (:

[muka-muka ini tidakakan aku lupakan]

okey la aku chow dulu.. dah penat membebel.. Bye assalammualaikum.. (: