07 Disember 2012

Luahan kasih

Assalammualaikum dan salam kerinduan...

Hai kawan-kawan aku yang tersayang bermula dengan Maizatun Nadiah, Nurul Atira, Siti Suraya, Julia Edora, Najwa Farhana and Nur Akidah. Sepanjang cuti sekolah ini aku sentiasa menghabiskan masa aku melihat gambar-gambar kita bersama. Bak kata YUNA " setiap gambar ada lagu " tapy untuk versi aku " Setiap gambar ada cerita ". Setiap kali aku tengok gambar kita smue, msty aku aje sorg yang takade..



Yup mmg aku sorg akan ketinggalan cerita-cerita gosip yang akan korg ceritakan pada waktu pagi.. Sbb aku selalu sgt datang lambat ke sekolah. Bukan disengajakan untuk dtg lambat tapy aku asyik2 terlajak bangun sahaja.. HAHA ! Tapy gmbar kat atas tu aku tak sebab aku duduk kat atas sorg-sorg buat projek rahsia smpai aku punya perbuatan tu sentiasa menyinggung perasaan korg. Something klau aku ade projek msty aku tak ajak korg smpai rasa tidak puas hati itu tetiba datang dlm diri korg. Aku minta maaf sgt2 akan kelakuan aku yang sering menyakitkan hati korg. Aku bila aku ingat lagi mai minta maafkan aku masa majlis doa restu. Setiap perkataan yang dia kata tu sgt mendalam sehingga teringiang-ingiang ditelinga aku. Terasa diri dipukul dengan rasa bersalah. Mmg banyak aku buat salah, dan aku ingat segala kesalahan yang pernah aku buat. Bila aku cerita dekat mai dan suraya diaorg terkejut. HAHA ! takboley lupa wajah terkejut mereka. Tapy bila diaorg kata aku apa yang pernah aku buat salah kat diaorg. Masa tu aku terfikir takperlu la beritahu sekarang. Takut terasa hati pula.. Tapy hari aku nak bongkar segala-galanya. HEHE ! sekarang baru ada sedikit kekuatan untuk menyatakannya..

Kesalahan ini aku tujukan kepada mai. Ingat tak aku pernah cakap kat depan kau "aku mana ada kawan baek". Lepas tu kau merajuk, kau kata " okey aku memang bukan kawan baek kau". Oh ! taksangka perkataan aku itu menyinggung perasaan kau. Aku minta maaf sgt2. Bukan itu niat aku untuk berkata perkataan itu. Aku minta maaf. Aku tahu aku pentingkan diri sendiri. Aku minta maaf. Hurm.. 
Kesalahan ini aku tujukan kepada julia n suraya. HAHA ! sorry sebab suka menakutkan kauorang cicak getah. Memang kelakar sgt muka ketakutkan kau tu. Aku rasa macam nak gelak smbil terguling-guling. Harap kauorg tak terasa hati dengan perbuatan aku. Aku minta maaf sangat. Hehe ! [:
Kesalahan ini aku tujukan kepada atira. Ingat tak masa kita main bola beracun. Lepas tu aku marah kat sebb kau baling bola kat aku. HAHA ! aku tahu masa tu aku terlalu EMOSIANAL. Takpasal-pasal kau pula yang merajuk.. Haih.. Nasib baek gaduh kejap aja. Kalau berpanjangan aku pun taktahu. Btw, I'm Sorry. (:
Kesalahan ini aku tujukan kepada Suraya. Sorry la sebab aku selalu aim kau. HAHA ! takpasal-pasal kau kena marah dengan aku. Tapi best juga marah-marah kau. HAHA! harap kau tak kesah aku kalau aku selalu marah-marah kau.
Kesalahan ini aku tujukan kepada akidah dan najwa. Sorry la masa kau ajar kauorg, aku marah-marah kauorg. HEHE ! aku rasa memang style mengajar marah-marah kut. HAHA ! Maafkan aku ye kalau kauorg terasa.

Btw, sebelum ini aku takut nak luahkan kat kauorg lagy2 time majlis doa restu. Aku lebih ambik keputusan tu diamkan diri. Tapy aku kesian kat kauorang, kauorang punya la feeling abis tapy aku macam kerang busuk. Tersengih aje memanjang. Takada PERASAAN untuk mengeluarkan air mata. Sorry la guys air mata aku dah tumpah sebelum majlis doa restu tu bermula. Aku curahkan semua air mata aku kepada cikgu rapimah. Sbb tu aku dah takboley nak keluarkan kat kauorang lagy. HEHE ! (:

Aku tahu masa aku FORM 5 aku lebih suka menyendiri. Bukan macam FORM 4 aku masih HUHAHUHA ! mcm monyet. HAHA. Nampak sangat aku ini pentingkan diri sendiri. Okey, I accept my mistake and i want to say I'm sorry . Dan masa FORM 5 juga aku selalu masuk kelas lambat. Smpai cikgu pun dah taktahu nak cakap ape. Ye aku lebih suka menyendiri untuk cari balik aku pun diri yang melayang entah kemana. Mencari balik keyakinan diri untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Mencari ruang untuk lepas keluhan terhadap beban yang aku galas tanpa mengharapkan sesiapa untuk simpati terhadap diri ini. Tapi aku taksangka ada org yang terasa pengasingan diri ini dan aku meminta maaf.

Sekarang smuenya sudah berlalu. Aku tahu aku selalu pandang kebelakang. Memandang segala kesalahan yang pernah aku lakukan smpai kadang kala membuatkan hati aku ini sakit. Aku harap selepas ini, aku tidak membebankan semua kesalahan yang pernah aku lakukan pada kamu smue. Aku tidak nak berahsia lagi dengan korang smue jady aku luahkan segala-galanya dalam blog ini. HEHE. (:

[ Senyum selalu ]

Sudah panjang lebar aku menulis. terasa penat pula menaip. okey la ape-ape pun selepas berpisah ini, harap-harap kauorang menjalani hidup dengan lebih bermakna bersama keluarga tercinta. Jangan jady macam aku, duduk umah makan,tido,on9 dan makan balik. HAHA ! isikan masa dengan perkara berfaedah okey. Bye smue. Assalammualaikum.. (: