26 Disember 2010

Puisi Untuk Cinta ♥

Cinta...
engkau hadir tanpa ku duga,
engkau hadir tanpa ku paksa,
engkau hadirkan kebahgiaan tanpa ku minta,
engkau hadirkan warna tanpa ku pinta,
aku menerima kehadiranmu dengan hati terbuka..

Cinta...
engkau ajar ku erti mencintai,
engkau ajar ku erti menyayangi,
engkau ajar ku erti mengasihi,
untuk aku memahami makna cinta itu lagi..

Tapi cinta...
engkau pergi tanpa rela ku,
engkau pergi ketika ku memuja dirimu,
engkau tinggalkan ku,
tanpa ada ucapan selamat tinggal buat diriku..

Cinta...
kemana kau hilang mengaibkan diri,
sehingga tak dapat ku temui,
keluarlah dan tunjukkan dirimu,
kerna aku amat merindui dirimu..

Cinta...
kau hilang tanpa berita,
membuatkan aku lebih menderita,
aku cuba melupakan dirimu,
tapi aku tak mampu buat begitu..

Cinta...
aku sudah mula melupakan dirimu,
tapi kenapa kau muncul kembali dalam hidupku,
ku cuba menghalau kau pergi dari hidupku,
tapi aku tak mampu,

Baru ku sedar engkaulah anugerah untuk ku daripada tuhan ku..!!!

Terima Kasih Ya Allah..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan