18 Disember 2012

Memory in class science stream

Assalammualaikum.

Sungguh harum bunga kasturi,
Inginku dipetik disiang hari,
Banyak sungguh memori untuk 2 tahun ini,
Menjadi ingatan dalam sanubari.

Selama 2 tahun membawa gelaran sebagai pelajar aliran sains tulen begitu banyak dugaan yang mendatang. Tapi hati tetap sabar walaupun telah banyak kali tersungkut. Bangkit dengan kekuatan dan ketabahan yang telah dikurniakan oleh ALLAH yang maha esa untuk menamatkan segala perkara yang telah aku mulakan dengan bersungguh-sungguh. Selama 2 tahun ini aku belajar untuk terus bertahan dengan persaingan yang sengit. Persaingan antara kawan-kawan dan persaingan terhadap diri sendiri yang semakin hilang keyakinan.

Selepas aku berjaya menjadi pelajar cemerlang (kononnya) untuk PMR, aku mengorak langkah mara kehadapan dengan menentukan aliran yang perlu aku ambik untuk masa depan aku. Walaupun masa itu, aku sedang kecewa dengan SBP dan MRSM tetapi aku tetap gagahkan diri untuk meneruskan kehidupan aku di SMKSM walaupun aku telah mendapat tawaran daripada SMT LANGKAWI untuk khursus bakeri. Pada mulanya aku mahu menerimanya setelah banyak berfikir aku berasa bernasib baek kerana tidak menerima tawaran tersebut kerana aku tahu yang aku ini takpandai memasak. HEHE ! Dengan hati terbuka aku menerima aliran sains sebagai pilihan pertama. Aku tahu pihak sekolah akan letak nama aku kat kelas tu. Sebab tu aku takperlu nak fikir panjang takut nnty kalau aku ambik aliran akuan mak and cikgu-cikgu aku akan membebel. HAHA !

Ya ! aku tahu aku ini pelik sebab aku tak mempunyai cita-cita. Sebenarnya aku mmg taktahu nak jady apa pada masa depan. Tapy mak aku beria-ria sangat nak aku jady doktor, jady aku mengambil keputusan meletakkan pekerjaan doktor itu sebagai cita-cita aku. Cita-cita aku bukan doktor biasa tetapi DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN. HAHA ! aku tahu smue orang akan tergelak bila dengar cita-cita aku tu sebab cikgu kelas aku pun selalu gelakkan aku bila aku sebut cita-cita aku tu. Tapy tak kesah la. Aku kan cool orgnya. Kawan sekelas aku kata aku ini pelik sebab tak mempunyai cita-cita tapy result sentiasa gempak. HEHE ! mungkin berkat doa mak ayah aku kut sbb tu aku jady mcm ini. Aku bersyukur kepada ALLAH. (:

Semasa aku melangkah ke FORM 4 seperti smue orang kata tahun baru mesti ada azam baru. So azam aku pada masa itu cuma aku mahu jady lebih matang, berjaya dalam smue peperiksaan sehingga boley menaikan nama sekolah, mempunyai kekuatan serta ketabahan untuk mengharungi segala dugaan dan mempunyai ramai kawan. Pelikkan azam aku. Bila aku kata kan kawan-kawan aku, diaorg akan tanya aku balik, "selama ini kau tak matang ke?" Haih, ini yang malas nak explain.. Matang yang aku maksudkan tu adalah aku dapat mengumpul sebanyak ilmu yang aku boley, aku boley berdekari menjadi pelajar yang lebih cemerlang dan aku boley berfikiran kreatif dan inovasi. HAHA ! aku tahu sometimes satu perkataan itu akan membuatkan banyak org keliru. [:

Taksangka aku belajar byk benda di FORM 4 sehingga kadang-kadang aku sentiasa give up. Nasib baek ada kekawan dan cecikgu yang datang memberi sokongan. Dengan dorongan dan sokongan mereka yang bagaikan cahaya, aku terus bangun daripada lubang kegelapan. Aku harungi segala-galanya dengan tabah. Belajar dan terus belajar walaupun takfaham. Itu la yang aku lakukan semasa FORM4. Sampai la akhir tahun FORM4, aku n kawan-kawan aku plan nak pergi tuisyen kat ALFA. Btw, untuk  FORM4 kau takpernah ambik tuisyen sebab aku takut nak susahkan makbapak aku. Oleh kerana keputusan yang aku buat itu sehingga sekarang aku menyesal. Aku takfaham semua subjek FORM4 selama tahun itu. Jady seperti yang aku katakan tady aku dan kawan-kawan ambik keputusan untuk pergi ke tuisyen. Tapy kawan-kawan aku semuenya pergi ke ALFA SG. EMAS, aku aje ke ALFA OLAK LEMPIT. HEHE ! bukan aku taknak pergi sana. Cuma jauh nak pergi ke sana dan takada transport. (: Di sana aku lebih membawa diri. Duduk diam-diam dan belajar. Takbanyak mulut tapy bila dekat ALFA SG. EMAS, mmg kecoh abis sbb ade kawan-kawan. HAHA ! actually aku takmudah untuk bergaul mesra dengan org. (: Selama masa itu aku bersungguh-sungguh berlajar matapelajaran yang dikatakan membunuh iaitu ADD MATH. Subjek ini yang seringkali membuat aku menangis. Tapy akhirnya aku berjaya mengatasi masalah itu dengan baik. HEHE ! taksangka daripada dapat 26 terus naik ke 60 utk PPT. aku berasa bersyukur. Alhamdulilah. (:

Masa cepat berlalu tamat tahun 2011, aku melangkah ke tahun 2012 dengan azam yang sama. Taksangka di 2012 banyak sekali air mata ini mengalir tanpa segan silu. Actually aku mmg suka menangis dan boley dikategorikan cengeng. HAHA ! Dengan ini aku mengambil keputusan untuk menyendiri dan jauh daripada kawan-kawan untuk mencari semula jiwa yang sudah melayang entah ke mana. Menempuhi segala dugaan dengan penuh tabah dan sabar. Teringat sekali apabila otak ini sentiasa TRAFFIC JAM apabila exam akan menjelang. Saat itu membuatkan aku buntu smpai kawan aku menjady mangsa melayang kerenah aku. Nak tahu tak, aku pernah dapat BM gagal. tapy nasibbaek cikgu bertimbang rasa jady dia beri aku peluang kedua. Mmg aku takakan sia-siakan peluang itu, aku membuat dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya nama aku yang telah ditempatkan di kategori gagal akhirnya berjaya menempatkan balik diri ini ke tempat di kategori A. Selepas ini insiden tu, aku berusaha belajar bagimana nak buat karangan semula seperti di darjah 6 dulu-dulu dengan usaha sendiri dan sokongan drpd cikgu aku. Mmg kritikal aku masa tu. Susah aku nak bayangkan semula.

Masa aku FORM 5 juga, diri aku telah dilanda dengan pelbagai perasaan antaranya dengki, tamak, cemburu, iri hati, sakit hati, pentingkan diri sendiri dan sebagainya terhadap kawan-kawan aku. Berasa bersalah aku. Aku sentiasa berdoa supaya smue perasaan itu pergi dr diri aku tapy apa kan daya hasutan syaitan lagy kuat sehinggakan mengugat keimanan aku. Aku tertewas ! Sorry kawan-kawan dengan segala macam perkara aku lakukan kepada kauorang (sedih) .

Semakin bertambah dekat tarikh SPM, semakin bertambah angkuh diri aku. Kesimpulannya, saya menderhaka dengan cikgu setelah banyak mencurahkan ilmu kepada saya sehingga menyebabkan saya takbur dan riak. Aku berdosa dengan Allah dan cikgu-cikgu. Terlalu banyak perkara yang telah aku buat sehingga menyakitkan hati cikgu. Saya insaf dan tunduk sambil minta maaf. Saya tahu saya sentiasa menderhaka pada cikgu-cikgu. Sentiasa mengejek cikgu daripada belakang sambil marah-marah. Saya tahu itu salah tapy ape kan daya saya dah buat. Saya sentiasa merungut marah kerana cikgu sentiasa menegur saya dan membandingkan saya dengan rakan-rakan lain walaupun saya tahu itu untuk kebaikan saya tapy malangnya saat ini baru saya sedar. Hurm, nasibbaek dah minta maaf masa majlis doa restu walaupun hanya senyuman yang aku tunjukkan dan dalam hati tidak berasa sedih tapy akal aku menangis, menangis kerana mencari sesuatu benda yang membolehkan air mata ini mengalir tetapi aku tak m'jumpainya lantas aku pasrah. Terlalu ego aku di depan kawan-kawan dan cikgu-cikgu kecuali cikgu rapimah.

Kini aku sudah tamat dalam kontrak sebagai seorang pelajar. Dan sekarang aku tengah berperang dengan diri selama bercuti ini. Terkadang cuti ini aku menghabiskan masa dengan melayan perasaan takut untuk menghadapi suasana sukar ketika mengambil keputusan SPM pada bulan 3 tahun hadapan. Semoga aku meraih keputusan yang cemerlang klu dizinkan tuhan. Insyaalah. (:

[muka-muka ini tidakakan aku lupakan]

okey la aku chow dulu.. dah penat membebel.. Bye assalammualaikum.. (:

07 Disember 2012

Luahan kasih

Assalammualaikum dan salam kerinduan...

Hai kawan-kawan aku yang tersayang bermula dengan Maizatun Nadiah, Nurul Atira, Siti Suraya, Julia Edora, Najwa Farhana and Nur Akidah. Sepanjang cuti sekolah ini aku sentiasa menghabiskan masa aku melihat gambar-gambar kita bersama. Bak kata YUNA " setiap gambar ada lagu " tapy untuk versi aku " Setiap gambar ada cerita ". Setiap kali aku tengok gambar kita smue, msty aku aje sorg yang takade..



Yup mmg aku sorg akan ketinggalan cerita-cerita gosip yang akan korg ceritakan pada waktu pagi.. Sbb aku selalu sgt datang lambat ke sekolah. Bukan disengajakan untuk dtg lambat tapy aku asyik2 terlajak bangun sahaja.. HAHA ! Tapy gmbar kat atas tu aku tak sebab aku duduk kat atas sorg-sorg buat projek rahsia smpai aku punya perbuatan tu sentiasa menyinggung perasaan korg. Something klau aku ade projek msty aku tak ajak korg smpai rasa tidak puas hati itu tetiba datang dlm diri korg. Aku minta maaf sgt2 akan kelakuan aku yang sering menyakitkan hati korg. Aku bila aku ingat lagi mai minta maafkan aku masa majlis doa restu. Setiap perkataan yang dia kata tu sgt mendalam sehingga teringiang-ingiang ditelinga aku. Terasa diri dipukul dengan rasa bersalah. Mmg banyak aku buat salah, dan aku ingat segala kesalahan yang pernah aku buat. Bila aku cerita dekat mai dan suraya diaorg terkejut. HAHA ! takboley lupa wajah terkejut mereka. Tapy bila diaorg kata aku apa yang pernah aku buat salah kat diaorg. Masa tu aku terfikir takperlu la beritahu sekarang. Takut terasa hati pula.. Tapy hari aku nak bongkar segala-galanya. HEHE ! sekarang baru ada sedikit kekuatan untuk menyatakannya..

Kesalahan ini aku tujukan kepada mai. Ingat tak aku pernah cakap kat depan kau "aku mana ada kawan baek". Lepas tu kau merajuk, kau kata " okey aku memang bukan kawan baek kau". Oh ! taksangka perkataan aku itu menyinggung perasaan kau. Aku minta maaf sgt2. Bukan itu niat aku untuk berkata perkataan itu. Aku minta maaf. Aku tahu aku pentingkan diri sendiri. Aku minta maaf. Hurm.. 
Kesalahan ini aku tujukan kepada julia n suraya. HAHA ! sorry sebab suka menakutkan kauorang cicak getah. Memang kelakar sgt muka ketakutkan kau tu. Aku rasa macam nak gelak smbil terguling-guling. Harap kauorg tak terasa hati dengan perbuatan aku. Aku minta maaf sangat. Hehe ! [:
Kesalahan ini aku tujukan kepada atira. Ingat tak masa kita main bola beracun. Lepas tu aku marah kat sebb kau baling bola kat aku. HAHA ! aku tahu masa tu aku terlalu EMOSIANAL. Takpasal-pasal kau pula yang merajuk.. Haih.. Nasib baek gaduh kejap aja. Kalau berpanjangan aku pun taktahu. Btw, I'm Sorry. (:
Kesalahan ini aku tujukan kepada Suraya. Sorry la sebab aku selalu aim kau. HAHA ! takpasal-pasal kau kena marah dengan aku. Tapi best juga marah-marah kau. HAHA! harap kau tak kesah aku kalau aku selalu marah-marah kau.
Kesalahan ini aku tujukan kepada akidah dan najwa. Sorry la masa kau ajar kauorg, aku marah-marah kauorg. HEHE ! aku rasa memang style mengajar marah-marah kut. HAHA ! Maafkan aku ye kalau kauorg terasa.

Btw, sebelum ini aku takut nak luahkan kat kauorg lagy2 time majlis doa restu. Aku lebih ambik keputusan tu diamkan diri. Tapy aku kesian kat kauorang, kauorang punya la feeling abis tapy aku macam kerang busuk. Tersengih aje memanjang. Takada PERASAAN untuk mengeluarkan air mata. Sorry la guys air mata aku dah tumpah sebelum majlis doa restu tu bermula. Aku curahkan semua air mata aku kepada cikgu rapimah. Sbb tu aku dah takboley nak keluarkan kat kauorang lagy. HEHE ! (:

Aku tahu masa aku FORM 5 aku lebih suka menyendiri. Bukan macam FORM 4 aku masih HUHAHUHA ! mcm monyet. HAHA. Nampak sangat aku ini pentingkan diri sendiri. Okey, I accept my mistake and i want to say I'm sorry . Dan masa FORM 5 juga aku selalu masuk kelas lambat. Smpai cikgu pun dah taktahu nak cakap ape. Ye aku lebih suka menyendiri untuk cari balik aku pun diri yang melayang entah kemana. Mencari balik keyakinan diri untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Mencari ruang untuk lepas keluhan terhadap beban yang aku galas tanpa mengharapkan sesiapa untuk simpati terhadap diri ini. Tapi aku taksangka ada org yang terasa pengasingan diri ini dan aku meminta maaf.

Sekarang smuenya sudah berlalu. Aku tahu aku selalu pandang kebelakang. Memandang segala kesalahan yang pernah aku lakukan smpai kadang kala membuatkan hati aku ini sakit. Aku harap selepas ini, aku tidak membebankan semua kesalahan yang pernah aku lakukan pada kamu smue. Aku tidak nak berahsia lagi dengan korang smue jady aku luahkan segala-galanya dalam blog ini. HEHE. (:

[ Senyum selalu ]

Sudah panjang lebar aku menulis. terasa penat pula menaip. okey la ape-ape pun selepas berpisah ini, harap-harap kauorang menjalani hidup dengan lebih bermakna bersama keluarga tercinta. Jangan jady macam aku, duduk umah makan,tido,on9 dan makan balik. HAHA ! isikan masa dengan perkara berfaedah okey. Bye smue. Assalammualaikum.. (:

28 November 2012

Merdeka ! oH yeah ! (:

Assalammualaikum dan salam kebebasan daripada cengkeman SPM..

Dengan ini secara rasmi 27/11/12 saya bebas drpd tekanan SPM.. (:
Btw, Alhamdulilah to Allah sebab beri aku kekuatan untuk harungi SPM ini..
Aku harap segala penat lelah aku terbalas dengan result SPM yang seperti yang aku ingin (9A+) .. Maybe aku terlalu tamak walaupun usaha aku hanya sedikit sahaja tapy utk melihat org disekeliling aku bahagia, aku terpaksa.. Maafkan aku, ya Allah..

Yeah ! Saya SITI MARYAM BINTI ADAM bekas calon SPM angka giliran BB013A017 telah tamat menjawab SPM dengan jayanya.. (: Semoga jawapan aku itu diberkati oleh Allah. (: Bak kata cikgu Azman " kita takboley control A tapy kita boley rasa A tu dengan melakukan banyak latihan ". Aku mmg akan pegang kata-kata cikgu tu.. :D

Secara rasminya 27/11/12, aku bukan lagy pelajar SMK Sungai Manggis tapy Ex- student SMK Sungai Manggis.. Cepat betul masa berlalu tanpa aku sedari.. Sekarang aku bukan lagy memegang gelaran pelajar sekolah lagy tapy pemegang gelaran sebagai penganggur terhormat.. -.-" Kena cari keje cepat-cepat ini supaya gelaran itu tak melekat kat diri aku...

Lepas ini takade lagy merunggut penat naik tangga.. Lepas ini takade lagy homework yang kena disiapkan.. Lepas ini takade lagy kena beratur kat tapak perhimpunan setiap pagi.. Lepas ini tak lagy datang lambat, jady takpayah duduk kat tepi dan takjady tantapan budak-budak sekolah lagy.. Lepas ini dah takada nak jerit-jerit kat padang kawad.. Lepas ini takpayah pakai baju sekolah, basuh kasut sekolah, gosok baju, bangun awal utk pergi sekolah.. Haha ! TAKADA LAGY !

Mesty lepas ini aku akan rindu kat korg smue ! actually aku tak sedia nak berpisah dengan korg.. Sbb aku dah terbiasa dengan korg selama 5 tahun ini.. Bila dah terpisah rasa mcm taklengkap aje hidup.. aku tahu korg duduk kat dalam bilik tu mesty tengah nangis kan kan ? Haha ! relax la.. aku akan buat perkara yang sama.. Hehe (: 

Aku dah kemas smue buku2 aku.. Banyak betul kertas kat dalam bilik aku.. Biasa la selama 5 tahun aku simpan.. Al-maklum la aku ini rasa sayang kat kertas and buku2 tu.. Smue tu hasil daripada pemberian cikgu2 aku yang tersayang.. Hehe.. Tapy aku dah nekad, aku akan jual smue2 tu kat kedai besi buruk.. Haha !

Bila aku sudah tiada,
Simpan smue lawakku,
Jangan ditangisi selalu,
Untuk sementara,
Bila jumpa pengantiku jangan dilupakan aku...........  (:

Ingat tau korg smue jangan lupa kan aku tau tau.. Aku sayang korg smue.. Huhu.. Sorry la klau aku ada buat salah kat korg..Terutama sekali kat cikgu2.. Cikgu Afidah, nnty saya pulangkan buku yang saya dah celok kat Library.. (: Wei korg, aku ade plan, ape kata lepas ini kita apply universiti yang sama ?? Nak tak ?? Haha ! Wei korg ingt muka aku yang comel ini ye !



Okey la korg aku stop kat sini dulu ye..
lain kali aku update cite baru pula..
okey bye smue.. Assalammualaikum..... (:



16 November 2012

Hello Sahabat ! (:

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.. (:

Masa hanya tinggal lagy sedikit untuk kite melangkah pergi drpd sekolah bulat tu..
Terasa mcm baru semalam msuk sekolah bulat tu.. (Ayat standard) 

Nnty dah tak jmpe kauorg lagy kan kan ?
Maizatun kata kat aku...


" Semalam aku terfikir lepas ini aku dah abis sekolah.. Lepas ini aku dah takpayah ambik BUKU BKK, lepas ini aku tak bagi salam kat cikgu, lepas ini aku dah tak duduk kat tempat yang selalu aku duduk, lepas ini aku dah takpayah nak masuk kelas dan nak beratur.. Aku rasa mcm aku ini takpernah menghargai saat mcm tu "

Haha ! actually aku paham ape yang mai nak kata..
Sebenarnya dia takut kehilangan kawan-kawan dia lepas kiteorg abis sekolah nnty..
Mana tak sedih..
Selama 5 tahun kiteorg bersahabat, bersuka duka bersama, bergaduh bersama, bergurau bersama, jady gangster bersama, jady best student bersama.. boley dikirakan semua bersama..

Terlalu banyak kenangan bersama smpai kiteorg takut utk berpisah..
Klau berpisah msty smue dah hal masing-masing..
Msty duduk t'perap dalam rumah.. haha !


Msty aku akan rindukan korg smue !
Takade kauorg msty aku hilang arah !
Bergurau2 dengan cermin la nampaknya ( sah gila )
Sabar maryam ! smuenya akan berlaku walaupun kau mengatakan taknak berpisah dengan diaorg..

Lepas ini aku dah takdapat jady gangster kat sekolah,
takdapat jady gila-gila,
takdapat nak gelak besar,
takdapat bergurau senda lagy,
takdapat nak buli SURAYA and JULIA dengan cicak lagy..
takdapat nak curi buku kat library,
takdapat nak main-main kat dalam bilik ketua-ketua bidang...
Ah ! setiap penjuru sudut dalam sekolah menengah kebangsaan sungai manggis tu banyak betul kenangan..

Takpe2 nnty klau ade masa boley umah diaorg.. haha..
Klau keje ambik la keje tempat yg sama..
idea yang bagus.. haha :D

Dah la takmau sedih-sedih..
Be HAPPY maryam..
cuma tinggal lagy 5 paper aje..
jady gunakan masa yang berbaki ini untuk cipta banyak kenangan slagy kau smpat.. :D





Ok ! aku dah mengantuk..
maaf kan aku kalau ade salah silap selama aku kenal kauorg smue..
Saya bukan manusia yang sempurna..
Saya ade banyak kelemahan drpd kelebihan..
Lagy satu aku minta maaf kalau mse result SPM aku terus bla ataupun datang lmbt.. harap kauorg paham.. (:

K la aku nak tido dulu.. bye.. assalammualaikum.. (:

12 November 2012

Spm ~

Assalammualaikum...

Hye smue !
msty korg pelik dengan aku kan ?
Org lain STUDY HARD utk spm tapy aku ada masa utk layan FACEBOOK dan BERBLOGGER..

Haihhh ! bapak aku takkasi aku stress-stress la..
Dia suruh aku relax dan be cool..

Actually ia sebenarnya satu bonas utk aku supaya buang masa.. HAHA !
Aku tahu yang dia sayang kat aku..
Sbb aku seorg yang kuat stress tak kira masa dan saat..
Smpai aku nak pergi sekolah sebab ade kelas tambahan pun bapak aku tak kasi..
Haihhh.. klau aku duduk umah bukan buat ape2 pun..
Paling2 buang masa kat depan LAPTOP, TELEVISYEN dan MAKANAN..
Lagy baik aku pergi sekolah.. lagy bagus.. LEPAK-LEPAK kat sana.. HAHA!

Alhamdulilah.. 
4 paper dah aku lepasi iaitu BM,BI, SEJ dan MATH..
By the way ! Sejarah susah gila2..
Smpai naik gila aku menjawabnya..
Takpe la.. Yang penting aku dah buat bersungguh-sungguh dan biar Allah yang tentukan nya..
Aku nak sangat Straight 9A+ utk semua subjek yang aku ambik ni..

Walaupun usaha aku yang seciput ini.. HAHA..

Takpe lagy 5 paper aje lagy..
Lepas ini MERDEKA ! hahaha 
Aku boley enjoy duduk umah goyang2 kaki.. Lalala..
I'll do my best for my SPM...
I think i'm Crazy because of SPM ! LALALA.. 


ok la..
dah ngantok nak tido..
bye, assalammualaikummm dunia.. :D

29 Oktober 2012

Warkah seorang insan ;)

Bismillahhirahmannirahim...

Ya Allah..
jika dia bukan milik aku,
kau tutupkanlah rasa cintaku padanya supaya aku mampu melupakannya..
Jika dia bukan milik aku,
Kau temukan dia dengan gadis yang lebih baik drpd aku,
kerana aku ingin melihat dia bahagia..
Jika dia bukan milik aku,
Kau tetapkan hatinya utk terima aku sebagai sahabatnya,
kerana dia sebahagian drpd kisah hidup aku..
Jika dia bukan milik aku,
Kau berikan aku kekuatan utk menempuhi hari2 yg mengdatang tanpanya,
kerana aku akan menitiskan air mata apabila m'ingat dirinya..

Ya Allah..
Aku tahu aku tidak layak utk bercinta ataupun mencintai hambamu..
Kerana aku akan selalu melukai dirinya dengan sifat buruk yang aku miliki..
Jadi kau hapuskan segala rasa cinta itu dalam diri aku untuk kaum adam..
Tetapi kau tambahkanlah rasa cinta aku padamu supaya aku sentiasa berada dijalanmu..
Kau butakanlah mata aku untuk melihat ciptaanmu iaitu kaum adam,
Supaya rasa cinta dalam hati ini tidak akan berputik kembali..
Tetapi janganlah kau butakan mata aku daripada pentunjukmu dan kebesaranmu.. 

Ya Allah..
Sememangnya aku hamba yang hina dan kerdil..
Setiap saat aku sentiasa melakukan dosa..
Masihkah ada lagy pintu taubat untuk aku ?
Kadang kala aku malu untuk bermohon sesuatu perkara kepadamu,
oleh kerana dosa yang aku lakukan..
Kau berikan aku pentunjukmu supaya aku dapat berubah untuk menjadi hambamu yang sentiasa bersujud kepadamu.. 
aku benar-benar bermohon..

Ya Allah..
Selagi aku bernyawa,
Aku mmg perlukan dirimu utk kurniakan aku kekuatan utk menempuhi dugaan hidup ini..
Kerana aku tahu aku kalah dalam keseronokan dunia..
dan aku tahu aku seorg yang selalu berputus asa..
dengan kekuatan yang kau kurniakan kepada aku,
aku pasti aku dapat tempuhi kehidupan ini dengan penuh kesabaran..

Ya Allah..
Engkau berkati lah segala perjalanan hidup aku ini,
supaya kehidupan aku sentiasa mendapat keberkatan daripada dirimu,
dan dapat berjalan dengan lancar..
permudahkan segala urusan dan pekerjaan yang aku lakukan..
Hanya padamu aku berserah segala-galanya..
Ajal ku, rezeki ku, jodoh ku,perjalanan hidup ku aku serahkan padamu..
Kau maha penentu segala-galanya..


Ya Allah..
Terima kasih akan kehidupan yang kau berikan,
aku bersyukur biarpun aku jalani hidup ini dengan perkara yang sia2..
semoga kau sentiasa berikan pentunjuk kepada aku..
Amin.. :)

Warkah dari hambamu yang kerdil..  

20 Oktober 2012

Istikharah Cinta

Assalammualaikum dan salam kesunyian..
Malam yang sepi ini, aku nak share video yang mungkin menghayati bg aku..
Aku suka sangat video ini..
Sweet sangat pasangan katun ini..
Bersama sampai tua..
Berkongsi suka duka bersama-sama sejak dr kecil smpai tua..
Teringin sgt2 nak jady mcm pasangan katun ini..
Aku teringin nak jdy katun perempuan tu mempunyai cita2 yg tinggi dan sentiasa ceria serta gembira dengan apa yang dilakunya..
Best kan ? haha..
Korg takcaya kata2 aku..
Cuba tgk videonya..




Apa mcm ?
Sweetkan ? haha..
Bagus la kalau sweet..
Kita cuma mampu merancang tapi hanya Allah yang akan menentukannya..
Jadi kita takperlu berputus asa dan sentiasa mengorak langkah supaya diri kita lebih baik daripada smlm.. (motivasi utk diri sndiri)

Konklusinya, Chaiyok Maryam ! Yakin Boleh ! haha :D (mengarut)