20 Jun 2015

Life of Petroleum Chemistry's Student (KIMIA PETROLEUM)

Assalammualaikumm dan salam sejahterah...

Tengah malam ramadhan kedua baru terasa nak update blog..
Btw aku dah habis sem 1 as student bachelor of science major petroleum chemistry..
Dan sekrang aku tengah final exam untuk sem 2 pula..
Sometimes aku terfikir juga kenapa aku ambik course ni..
Menyesal ? kadang2 rasa menyesal juga...
Tapi aku dah janji dekat korang semua apa itu dia MAJOR KIMIA PETROLEUM ~
Dimana ramai orang x tahu mengenai course ni..

Actually aku pun sebenarnya tak pasti sangat pasal course ini tapi.....
In sha Allah selama 4 tahun aku menjadi pelajar bachelor sains kepujian major kimia petroleum...
Akan aku ceritakan kat korg yang bakal ambik course ini..
Based on pengalaman aku jadi STUDENT KIM.PET (kimia petroleum) ini dekat UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ini.....
Hang pa jangan berharap la nah duduk satu kelas dgn coursemates hang pa...
Dalam mimpi la hang pa duduk together2..
Untuk sem yang PERTAMA, coursemates aku semua budak course adik-beradik Kim.Pet seperti ....
Kimin (Kimia Industri), Kimci (Kimia Pure/Suci), bakal2 Cikgu BSDP (Kimia Pendidikan)... 
Ala budak Kim.pet pun ada juga...
Tapi memang dlm satu kelas akan campur course kimia lain ..

Sem pertama korang ambik subjek
Physical and inorganic chemistry, organic chemistry, konsep biology/fizik am (utk budak matrik yang takambik biology/ fizik time matrikulasi), TITAS (tamadun manusia Dan Asia) rasenya, calculus..
Sem kedua korang akan ambik subjek
Inorganic chemistry I, analysis chemistry, algebra, PRT (subjek pertanian), kenegaraan Malaysia..
Satu sem kauorang boley ambik minimum 12 Kerdit paling maksimum 18 Kerdit...
Kauorang boley je nak tarik tarik subjek sem 2 ke sem 1 macam kenegaraan tu.. tapi jadual kauorg padat gila nak mampus..kalau kauorg rajin ambik la.. tarik la sbyk mana yang boley .. nnty masa tahun keempat kelas kauorg sikit la..
Lupa nak cakap... setiap sem kauorg kne ambik subjek bahasa inggeris.. seperti CEL, LAX Dan BBI..
Subjek yang paling aku tak berape gemar... hehehe... subjek ini mengikut BAND MUET kauorg..
Sem 3 nnty kauorg akan ambik subjek
Physic I, spectrometry chemistry, MGM keusahawan something like that, organic II,subjuk inggeris jgn lupa..
Hidup nak jadi CHEMIST ini memang banyak busy LAB REPORT ~ hahaha
Dalam hidup aku takpernah terfikir nak jadi scientist...SENGALnya aku..
Lagi apa ya .... hmmmmmm...
Pasal kolej kediaman in sha Allah kauorg akan duduk kat kolej canselor, ktdi, k6, k5.. Dulu kolej aku canselor tapi sekarang aku duduk kat KOSASS kolej tentera... Aku masuk Navy (tentera laut)...
Kalau kauorg punya mental and physical tak kuat memang kauorg tak bersedia utk masuk Navy ini...... hahahahahahaha.... takpercaya cakap aku ? Jom make a deal with me ~

Okay itu je drpd aku jumpa lain waktu...... bye salam


05 Februari 2015

NAVY ! KDSK's Life as a KADET ~

Assalammualaikumm semua ! Hye guys ! Ahoiiy !

So Sorry sebab lama tak update blog ni ~
Hehe bersawang dah blog aku ni..
Study ? hahaha ! Ke LAUT !
malas nak fikir dah pasal study..
A lot of mistake aku buat..
Sem baru aku nak buka buku baru..
Azam sem baru.. Hahaha !

Btw, aku baru balik daripada ANNUAL CAMP.. eh ni term ARMY..
Aku baru habis PRA-ACT and ACT kat KOSASS n KDSK..
Apa tu ACT ?  HAHA Annual Continues Training..
Training kat KOSASS macam nak mati..
Tapi training kat KDSK, Cool gila.. takada la tough mana..

KDSK...
Tempat bermulanya untuk cari JODOH.. hahaha
Cari TULANG RUSUK la katakan.. LOL !
Mana taknye..
Jumpa dengan KADET dari UM and UITM.. Hahaha ~
Aku ? of course la takjmpe..
Diaorg tak gentleman la..
Aku jenis yang memilih.. hahaha..
Takada la.. aku ini GARANG gila nak mampus..
First day kat sana aku dah jadi SINGA BETINA..
Masa first nite round yang aku takakan lupakan..
Sorry semua.. hehe.. Itu la perangai aku sebenarnya..
Seorang yang kuat marah, membebel, lack of smile.. --" Hahaha XD
Memang takada la org akan jatuh suka kat aku.. XD
Macam mana la malam tu aku boley nangis.. Shit it !
Aku terlalu emosi la time tu..
Aku nangis depan intake aku n dengan intake lain pula tu.. Arghhh...
Memories.. kenangan.. Biarkan ia..

Huru hara KDSK aku buat.. Hahaha !
Nak SHOW OFF sangat diri bagus.. Hahaha ~
Ambik kau kne AIM dengan SUBBY ! Hahaha ~
Totally sorry.. XD
Betul orang cakap kalau dah LAPAR sangat, KEWARASAN akal pun hilang.. Haha !
Sorry sangat... Aku pula yang malu...Hahaha !
Tapi best la.. Hahaha ~ XD
Kat sana banyak belari.. belari dan berlari... PENAT kut !
RUN FOR LIFE ! itu la prinsip aku kat sana..
Mana taknya.. kalau tak lari dikata BELIT.. hahaha
Like one of LEFT. say..
" Kau ingat aku sampai tahap LEFT. aku tak belit ke  ? " Hahaha
Now I know it's mean.. BELIT ! jangan sampai terkantoi ! Haha !

Nak tengok gambar2 kat sana..



Ini lah aktiviti kitaorg sepanjang kat KDSK..
Kena makan bawah meja la..
Makan square la, berlari la itu la ini la..
Penat tapi seronok..
Aku rasa itu sahaja kut yang aku nak update.. jumpe lain kali..
Bye ! Assalammualaikum.. XD

21 Oktober 2014

I'm bachelor student ! :D

Assalammualaikum semua !

Haihhh ~ Aku dah lama tak update blog..
Busy kut aku time degree..
Saya sebagai pelajar kimia petroleum dan sebahagian pegawai simpanan dalam latihan (NAVY)..
Jadual agak padat..
Nak berblog pun taksempat..
Sebab banyak bendanak kne belajar ~
Haihhh ! NOBEL PRIZE ! akan aku dapat kau tak lama lagi..

Serius aku cakap aku rindu waktu ASPER !
Masa degree sangat BOSAN !
Aku memang suka nak masuk degree sebelum ni..
Tapi bila dah masuk.. serius BOSAN ~
Budak-budak time degree ini sombong2 belaka dan berpuak..
Kat UPM ni ramai PUAK MATRIKULASI..
Sumpah ramai ! nak berkawan dengan budak MATRIK sahaja..
Haihhh ~ takbosan ke asyik2 kawan dengan budak matrik sahaja..
Aku bosan doh.. tapi aku malas nak ambik tahu..
Orang kata budak2 ASPER,
Sombong gila sebab dah jadi senior setahun tua drpd diaorg..
Tapi kenyataan ?
BUDAK2 MATRIK yang BODOH SOMBONG taknak tanya dekat budak asasi..
Jadi ?? Adakah in salah kami ?? NO ! IT'S NOT OUR FAULT !
Ops.. sorry.. aku just cakap segelintir sahaja budak matrik macam tu..
Bukan semua budak matrik macam tu..

Aku dekat degree takada kawan untuk pergi kelas bersama-sama..
Tapi nasib baik la aku join NAVY..
Aku ada juga kawan..
Bukan macam degree..
NAVY..NAVY..NAVY..
Aku akan berusaha tidak keluar daripada NAVY intake 11 amin..
Biar pun hidup aku agak huru hara..
Tapi aku perlu redha..
Aku perlu stay sampai TAULIAH !
Aku nak buktikan aku boley dapat apa yang aku plan selama ni..
ENJOY every second I have !

Make a step to become a chemist !
Walaupun aku sangat kecewa result aku utk test 1 dalam dergee teruk gila..
Tapi aku ambik ia sebagai satu pengajaran..
Aku anggap ia sebagai sesuatu benda yang positive..
Maybe aku ke belajar dengan lebih mendalam lagi tentang chemistry..
Aku takboley asyik2 nak cepat give up sahaja..
itu bukan MARYAM !
Maryam seorg yang kuat tabah dan sebagainya..
Aku harap aku boley settle kan masalah yang aku hadapi ni..
Secepat yang mungkin..Aminnn

27 Ogos 2014

kelebihan Asasi Sains Pertanian (C&P)

Bismillah,

Masih segar di ingatan bila mendapat tawaran lamaran daripada Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia, kompius jugak pada masa tu, (matrik ke asasi).

Sains Pertanian? Nak kene jadi petani ke? Belajar aper? Aper beza ngan matrikulasi? Susah ke nak score? Pas asasi sambung maner? Cerah x peluang nak sambung degree?


1.    Sains pertanian atau agriculture science (name omputeh), merupakan salah satu subjek yang perlu di ambil oleh pelajar asasi. Subjek ni paling best kot..(senang score) Bukan tu ajer, tapi dalam silibus subjek ni akan ada amali ladang(setiap minggu g lawatan) jeles budak matrikulasi… dalam 3 semester/tahun, setiap semester akan ambik satu subjek pertanian..

Lawatan kat ladang nasuha


Ni silibus baru untuk pelajar asasi pertanian, aku dulu lain..


SILIBUS ASASI SAINS PERTANIAN
SEMESTER 1
NAMA KURSUS
Pengenalan Kepada Industri Pertanian
Cell dan Classification Organism (bio)
Kimia tak organic (kimia)
Algebra (math)
Intro  to mechanic (fizik)
English
SILIBUS ASASI SAINS PERTANIAN
SEMESTER 2
NAMA KURSUS
Pertanian dan industry makanan
Struktur dan fungsi system biologi
Kimia fizik
Calculus
Fizik Terma, Gelombang dan Optik
English
  
SILIBUS ASASI SAINS PERTANIAN
SEMESTER 3
NAMA KURSUS
Keusahawanan dan pemasaran pertanian
Biologi perkembangan dan genetic
Organic Chem
Intro to statistic
Electric and magnet
Pengenalan kepada teknologi maklumat
2.    Tidak semestinya akan jadi petani tapi manager kepada petani la, nak kene ada degree dulu la ea…  subjek pertanian tu bagi aku adalah extra advantage  compare tu matrikulasi.. dan tu yang menjadikan asasi  pertanian UPM berbeza dengan semua asasi yang ada dan matrikulasi.. So, memang berbaloi la pelajar asasi pertanian UPM.. Korang akan dapat pengalaman yang amat menarik dan konpem tidak dapat dilupakan…
Gambar kenangan masa orentasi ^^


aper tu??

3.     Susah senang nak score tu bergantung pada korang la… tapi bagi pandangan aku, sangat boleh nak score.. Lecturer sangat banyak membantu kot…dyrang sangat cool.. ^^
4.    Pas asasi boleh sambung terus kat UPM.. I.allah terjamin.. janji ditepati
5.    Peluang tu secerah mentari…hehehe Nanti waktu semester 3, korang akan diberi pilihan course untuk sambung degree… Setakat ni, semua course kat UPM korang boleh pilih…

26 Ogos 2014

Bacelor Sains (kepujian) Major Kimia Petroleum :)

Assalammualaikum..
Haha ! Finally, I know my bachelor result !
Guess what ?! I got my my my first choice !
Bachelor of Science in major chemistry (Petroluem)..
Agak ragu-ragu juga.. terfikir sama ada nak tukar kos ataupun tidak..
Tapi okey kerana baba seperti sedang menaburkan kata2 mencabar..
So, I accept his word as a challenges..
I'll prove to him that I can do it !
Finally, aku boley belajar kimia sepenuhnya !
Akan aku drop BIOLOGY...
Haha ! bye-bye Mr. Biology..

Aku akan daftar masuk selasa ni !
Oh my god ! Excited tapi tak berapa ready nak balik upm..
2 september 2014.. Aku akan jadi pelajar bachelor..
Kena jadi matang.. matang dan matang..
Lol ! It's not my real self..
Not2.. Aku nak jadi friendly, peramah sometime serius, fokus and cemerlang dlm pelajaran..
Azam baru.. haha ! Aku harap aku bertambah tabah dan sabar..
Aku nak dapatkan anugerah naib casenlor dan anugerah dekan ! Amin..

Jangan jadi bahasa inggeris sebagai batu penghalang tapi biarkan ia jadi batu loncatan utk berjaya..
Jangan jadi penakut dan pengecut..
Kau boley buat mary !
Even you cannot be a human doctor..
You will get the title of DOCTOR..
Dr.Siti Maryam bt. Adam ..
I want to learn chemistry until PHD !
I want to prove and tell everyone what I through this life and I want to tell people about kimia.pet..

I don't care about man..
I want to be success.. Hahaha ! :D
In sha allah.. I'll be a success student.. :D
Doakan aku kawan2.. :D
Btw, maizatun nadiah bt mahadi dapat upm juga..
Kos perhutanan..
Jue and najwa dapat UITM Jasin melaka..
Kos sains komputer..
Atira kat UITM Jasin..
Tapi dia diploma pengursan ladang..
Wan pula dapat UNIMAP Perlis..
Kos kejuteraan mechanical...
Sue ? Dia dapat kat UUM SINTOK KEDAH..
Kos major matematik kut...
Alhamdulilah goodluck korang..
Kalau ada rezeki kita jmpe lagi.. Bye smue.. :D

26 Julai 2014

she !

Assalammualaikum.. 
Ini nak cerita sikit masa aku masuk Asasi Sains Pertanian..
For the first time aku masuk Universiti..
Tempat baru bagi aku..
Tanpa ada seorang kawan pun !
Aku keseorangan ! I'm LONELY ! 
Time ini takut gila.. sedih.. takada kawan...
Tapi tekad ! kena sesuaikan diri.. haha ! 
Sampai terjah bilik orang tanya pasal math ke physic.. Haha !
Aku seorang yang kadang2 taktahu malu sikit..
Tapi kalau dah malu, rasa macam nak menyorok dalam beg !

Aku dapat tahu yang aku diletakkan di dalam KULIAH 3 ! 
Okey takada yang sama dengan kawan yang aku kenal masa orentasi..
Memang sedih gila ! Hahaha ! first day ! sesat ! hilang hala tuju !
Masuk kelas lambat ! Haha ! sorry ! masuk dengan muka yang takmalu..
Okey ! First day aku dah buat hal.. 
"Sir can you repeat again what you say ? " dengan suara yang agak kuat..
Ceh ! suara aku memang macam tu..
Dulu aku panggil cikgu aku pun macam tu juga..
Aku dah terbiasa... Haha ! 
Tapi member2 aku cakap otai gila..
First day, ada member aku minta maaf kat aku..
"Wei sorry aku kutuk kau tadi" Haha !
Jawapan aku adalah " so ? " and buat bodoh..
Sorry wei ~ baru nak berkenalan kena kerek sikit.. XD

First day !  Aku berkenalan dengan haida..
Nur Haida Syazana bt Zainol
Jumpa dekat kaki lima aje..
Haha ! masa tu aku tanya dia kat mana nak beli LAB COAT ~ haha !
Start dari itu aku terus melekat dengan dia.. 

Dekat mana dia ada, Dekat situ juga ada aku.. haha !
Semua member kelas aku cakap..
"Macam mana kau boleh tahan dengan kerenah dia ? " hahaha ! 
Susah aku nak explain.. Aku pun taktahu macam mana aku boleh rapat gila dengan dia..
Maybe sebab time aku marah dia diam, time dia marah aku pun diam..
Kadang-kadang takada la banyak benda nak cakap..
Cuma aku dengar aje apa yang dia nak cakap, dan dia dengar apa aku nak cakap..

Bila aku kena belasah dengan dia, aku geram juga..
Tapi aku diam aje.. Haha ! kadang2 aku marah dia juga..
Kadang2 aku merajuk dengan dia.. Tapi aku cakap balik dengan dia..
Tapi bila dia merajuk.. Aku kena la pujuk dia.. Haha !
Takpe la adik la kata kan..
Orang tua kena mengalah sikit.. :D
Dia memang baik..
Aku selalu pinjam duit dekat dia..
Pinjam buku.. Haih pinjam macam2 la..
Kesian dia..
Tapi dia tak kisah..

Even dia seorang yang kasar..
Kadang2 dia cakap main lepas sahaja..
Tapi dia pun ada aje hati..
Hatinya lembut ~ Haha !
Kadang2 ! JIWANG kut ! (sorry terbongkah rahsia)


[ Sometimes we wear a same t-shirt and make all my friend in empayar JEALOUS ! ]

Hope persahabatan kita kekal selepas ini.. Haha ! 
Nanti Fakulti taksama pula..
Because we have own choice ! 
Goodluck for ur bachelor soon :D  

12 Julai 2014

UPM 2014/2015 student ~

I'm really nervous ! Oh man ! I'll going to continue my study as a degree student ! Haha !
I'm still shock ! Aku akan daftar masuk 1.9.2014 ! sumpah terkejut kut.. Takada la selalunya tengah-tengah bulan masuk universiti.. Ini start bulan september terus kena masuk.. Oh NO ! hahaha ! bukan taksuka.. suka tapi terkejut.. takboley nampak nomber satu sekarang ni.. XD

Check this out ! 8 september dah start kuliah.. It's mean ! orentasi selama seminggu dengan UPM ! ohh ! boley kah aku lari ? lol ! hahaha XD should I make a problem in my first day as bachelor student ? haha GILA ke apa aku ini ? Mahu aku kne buang U nanti.. Haha ! I really need to chance ~ jangan la gaduh lagi dengan Doktor2 dekat sana.. please mary ~ Haha ! but Is no my real self ! Hahaha !


Hai kamu..kamu dan kamu ! Aku ini bakal belajar di fakulti sains as a chemistry student.. taktahu lagi la dapat kos petroleum,industry or pure.. So you must know my because i maybe will be ur friend.. Haha ! sorry la broken inggeris.. Maybe kau akan kenal aku nanti.. Perangai aku takada la gila sangat.. but, once u know me, u will go far away for me.. hahaha ! Yes ! i'm totally talk much ! haha ! aku rasa kau pun taktahan nak dengar.. what ever ~ See you there ! haha ! and you maybe will be my bestfriend ~ lol ! hahaha.. salam perkenalan ~ :D

08 Julai 2014

Tawakal ~

Detik masa berlalu dengan begitu sahaja..
Aku duduk disini sendiri mengenangkan nasib aku..
"Bagaimana agaknya result COURSE DEGREE nanti ya"
Ayat itu selalu bermain dikepala otak ini..
Course yang aku apply semue benda yang aku suka..
Aku tidak apply medic walaupun memang aku teringin untuk ambik course tu dulu..
Ya ! aku nak jadi DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN ! sebab ape ?
Sebab mak aku suruh aku jadi doktor..
Ya la dulu aku ini ikutkan sahaja kata orang tua-tua..
Sebab aku taknampak lagi benda ape aku minat sangat..
Selepas aku diterima masuk di dalam Asasi Sains Pertanian (ASPER)..
Selama 1 tahun aku berfikir..
Selama 1 tahun aku belajar..
Selama 1 tahun tahu aku mencari..
Dan akhirnya aku tahu pilihan aku..
Walaupun aku tahu pilihan aku.. tapi aku masih belum pasti lagi dengan pilihan aku..

Memamg dari dulu..
Memang dari sekolah lagi, aku ni suka ambik sesuatu benda yang mempunyai banyak pilihan..
Macam dulu, aku ambik aliran sains sebab aku boley jadi apa-apa yang aku suka..
Lepas tu dapat result SPM yang biasa sahaja.. 
Aku ditawarkan masuk ASPER.. 
Yang tidak perkhususan untuk bidang apa yang perlu aku fokus..
Sekarang ni aku pilih MAJOR KIMIA yang ada 3 pilihan..
Sama ada PETROLEUM, INDUSTRI ataupun TULEN..
Hahaha ! Saat itu aku memamg dah buat istikharah 3 hari berturut-turut..
Tapi tidak dapat jawapan..
Aku apply sahaja sesuka hati aku..

1. MAJOR CHEMISTRY (PETROLUEM)
2. MAJOR CHEMISTRY (INDUSTRY)
3. MAJOR CHEMISTRY (PURE)
4. MAJOR CHEMISTRY (EDUCATION)

5. CHEMICAL ENGINEERING

Tapi bila aku search balik peluang pekerjaan untuk pilihan pertama aku..
Hampeh ! semuanya berkaitan dengan chemical engineering and petroleum engineering..
First time aku shaking takut ! Aku memang down gila kut..
Mula la aku putus asa.. Siap buat surat nak tukar kos kut.. hahaha !
Mula la rasa menyesal tak ikut cakap budak tu..
Ikutkan sangat rasa hati.. kan dah binasa diri.. CHOI ! haha !
Pilihan kelima tu, aku saje je apply..
Ada budak tu juga dah nasihat kat aku jangan ambik chem.engineering..
Susah kut ! banyak application physic..
Sebab dia tahu aku memang takberapa minat sangat dalam physic sejak dari sekolah lagi..
Tapi in sha allah tidak dapat kut..
Sebab kawan-kawan aku cakap course chemical engineering tu ramai budak2 ASPER mohon..
Untuk first choice or second choice diaorang..
Hahaha ! tapi aku still takut juga..
Macam mana kalau aku dapat ? Mati gila aku dekat fakulti engineering nanti..
Hahaha ! okey sumpah lawak ! XD

Takapa TAWAKAL ~ haha !
Result akan keluar lepas raya nanti..
HARAP BERSABAR ~ hahaha ! XD
Masa tu kau terima aje apa adanya ~
Taksemestinya benda yang kau suka kau akan dapat..
Mana tahu benda yang kau benci dan tidak suka akan jadi pilihan kau..
Allah tidak kurniakan sesuatu benda yang kita hendakkan..
Tapi dia kurniakan sesuatu benda yang kita perlukan.. 
So sabar tabah dan kuatkan semangat..
Jangan GIVE UP dengan semudahnya..

21 Mei 2014

Friends ~

Assalammualaikum..

Hai semua ! Hari ini aku malas nak cakap pasal ASPER lagy.. 
Aku tahu aku terlalu addicted dengan ASPER sampai panjang lebar aku taip hari tu.. Haha !
Relax sekarang aku nak lupakan sebentar pasal ia..
Kembali ke tajuk baru..
Friends ~ 

Jangan Berjalan terlalu cepat kehadapan,
Sebab aku takdapat nak mengejar laju perngerakkan kau (sebab aku kura-kura)
Jangan Berjalan terlalu lambat kebelakang,
Sebab aku takmampu untuk menunggu kau (sebab aku lapar nak makan)
Tapi jalan la disamping dan di sisi aku,
Sebab aku boley pimpin tangan kau untuk berjalan bersama..
Kita boley bergembira bersama, 
Bersedih bersama dan ketawa bersama, menangis bersama..
Ku bersumpah mati pun bersama.. (LOL TIPU.. Mati taknak sama-sama) Haha ! 

Aku takut kehilangan seseorang yang bernama KAWAN..
Kenapa ? Aku sangat gembira bila bersama mereka walaupun mereka tak gembira bila aku dengan mereka..
Aku tahu aku taksempurna..
Takboley jadi apa yang korang nak..
Aku lebih suka jadi diri aku sendiri..
Aku takboley jadi orang lain..
Ia seperti menipu diri aku dan orang sekeliling aku..

Jangan la berkawan dengan aku disebabkan kecemerlangan aku..
Aku tidak sepandai yang korg sangka kan..
Aku biasa.. kadang-kadang kebodohan melebihi kepandaian..
Jangan la berkawan dengan aku disebabkan kekayaan yang aku ada (KAYA KE ? AMIN!)
Sebab bila aku miskin korg akan tinggalkan aku..
Aku taksanggup itu..
Jangan la berkawan dengan aku disebabkan rupa..
Sebab ia takakan kekal..
Sebab dah ada kedutan dimuka aku.. HAHAHAHA ! okey TIPU lagy !

Apa gunanya berkawan kalau taknak berkongsi masalah..
Rasa macam kawan saat SUKA sahaja..
Saat DUKA ? Haha ! semua orang LUPA..
Aku bukan jenis macam tu..
Even aku takreti pujuk tapi aku boley berikan ayat-ayat motivasi..
It's more powerful than money..

Kawan ~
Aku bukan jenis yang SOMBONG.. 

Aku seorang yang suka berkawan..
Even muka aku ini macam SOMBONG, TAKPUAS HATI..
Tapi bila korg kawan dengan aku korang akan faham aku..
Aku bukan jenis LUPA kawan ~ SORRY sikit ! 
For me, Kawan tu sampai MATI ! 
Kawan is KAWAN ! 

Susah nak HURAIKAN pasal KAWAN ini..HAHA !
Okey la.. TINGTONG taktahu nak cakap ape..
No Idea ! Hahahaha :P 
Kbye ! Assalammualaikum.. :D

15 Mei 2014

Asasi Sains Pertanian (ASPer) :)

Assalammualaikum... Salam sejahterah ! Hai Korang ! Hahaha !Sorry3 hari tu aku teremosi sangat-sangat ~ saja lepas kan geram.. :D So biarkan aku malas nak fikir.. Dia pun macam nak jauhkan diri daripada aku so aku pun kena juga BLAH ~ :D biarkan si luncai terjun dengan labu labunya ~ hahaha :D Hari ini aku nak update pasal ASPER.. Apa kebenda ASPER tu.. it's mean ASASI SAINS PERTANIAN.. I'M ONE of ASPERIANS ! Jyeah ! hahaha.. Sekarang aku dah habis belajar ! Yes ! I did it ! melawan perasaan yang nak BERHENTI daripada ASASI oleh kerana sebab sebab tertentu :D so malam ini aku nak cerita pengalaman aku dari start aku masuk sampai la aku HABIS ASPER ! hahaha XD Yes I'm HAPPY person ! Tapi ada la sedih sikit sebab takada lagi gelak tawa EMPAYAR 3 serta ROOMMATES  :D haha :D

Semestar 1

25.5.2013 tarikh keramat ! Aku pertama menjejakkan kaki di UPM sebagai pelajar ASPER ! Yes ! aku berperang dengan perasaan pada masa ini.. Hati aku berharap aku pergi ke KOLEJ MATRIKULASI MELAKA but jasad aku dekat UPM.. Haha ~ I take it as my destiny :) Okey ! I'm only one of smksm's students get FOUNDATION :D I'm PROUD ! semua kawan-kawan aku dapat matrikulasi.. BTW sedih gila ! kena berpisah dengan kawan-kawan.. tapi kerana CITA-CITA kita kena la BERKORBAN ! yes ! kene BERKORBAN.. :)  haha.. Sumpah aku rasa masa mula-mula rasa LONELY gila ! Sampai aku menangis dekat depan KAK AIN ! ia itu SENIOR aku dekat SMKSM... Tapi dia banyak nasihat aku la.. Dia selalu kasi semangat dekat aku.. Dia kata aku sahaja seorang PELAJAR SMKSM dapat masuk ASASI.. dia suruh aku terus kan.. dah sampai ke hari ini aku berusaha dan bersabar menghabiskannya.. :D dan aku berjaya.. Actually sebab alasan itu aku buat keputusan utk masuk ASASI dengan terpaksa.. Sebab aku boley cerita dekat Junior2 aku pasal asasi ini.. Haha ~ :D Start Orentasi ! pergh ! memamg mencabar gila menguji sangat KESABARAN.. Time ini jangan ingat BATCH 9 takada perasaan.. haha XD mula la gaduh2.. biasa la gaduh sebab nak kenal antara satu sama lain.. :D last-last okey aje.. :D Orentasi 3 hari sahaja, tapi orentasi kolej seminggu.. sambung lagi seminggu dengan MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa) pula.. Banyak gila ! haha ! Setiap malam kena turun pi dewan.. PENAT kut ! haha.. Dugaan.. haha :D Okey Aku masuk kelas lepas orentasi Asasi ~ Aku dapat KULIAH 3 ! huh ! Semua taksama dengan kawan-kawan yang aku masa orentasi.. Taksama dengan Yasmin, Kamalia, Minah, Suhana, and lagi sorang aku tak ingat nama.. Haha ! lupa la.. XD lepas orentasi langsung tak tegur sebab dah busy gila2.. XD

Sem 1 ini macam-macam dugaan menimpa aku.. OTAK pula TRAFFIC JAM ! sampai pernah hentak kepala dekat dinding tapi tak berfungsi langsung.. Malas nak kenal suai kawan-kawan baru n roommates.. Adoi macam-macam la.. Kadang-kadang aku nangis sendiri... Penat kena tempuh semua dugaan.. Tapi lepas dah lama-lama aku sabar juga sampai la habis sem 1.. Time otak tengah TRAFFIC JAM, aku studyhard gila nak mampus setiap malam tidur lambat sbb taknak FAIL disebabkan otak aku ini.. Tapi alhamdulilah aku dapat atasinya.. even result aku takada la 4 FLAT tapi okey la.. aku dapat 3A 1B+ 2B (3.58) :D aku bersyukur sangat-sangat.. Haha... Bila aku cakap dekat kawan-kawan aku macam mne aku masa sem 1 diaorg kata aku macam GANGSTER ! mana taknya aku boley tinggikan suara dekat PUAN yang ajar aku math.. Dialog aku time tu "Puan boley tak terangkan balik pasal benda tu ?" Choi ! Mary ! First day ko dah FAMOUS ! haha XD And they say I "PELIK" tahu sebab ape.. Haha ! maybe masa LADIES NITE aku nyanyi lagu SENGGOL-SENGGOLAN kut ~ Haha ! sumpah time tu aku mmg teringin sangat nak nyanyi lagu tu :P haha ! Okey aku mengambil masa 2 minggu or lebih utk kenal semua dalam orang dalam KULIAH 3 tu.. haha memory sangat low !.. haha tapi diaorg satu hari dah boley kenal aku.. WHOA ! aku rasa korg dah takakan jumpe orang macam aku lagy ! haha.. Sem 1 ini sem paling menyedih.. so aku selalu lepak dekat BUKIT EKSPO ! haha ! sampai ada tempat FAVORITE ! whoa ! sedap2 aje aku chop tempat tu aku punya.. haha.. what even BECAUSE I'M HAPPY HAPPY HAPPY :D.. Okey TUTUP SEM 1 punya cerita ! Lupanya cakap ! Sem ini aku selalu GADUH dengan DOKTOR2 aku ! sekian terimakasih :D haha

Sem 2

Sem ini aku relax-relax sahaja.. Haha ! Orang kata makin masuk sem baru makin susah tapi aku.. relax-relax aje.. Alhamdulilah la.. Tapi Bab-bab gaduh masih wajib bagi aku ! Haha ! sem ini aku banyak gaduh dengan Doktor Physic.. Dr.Wan Daud ! mmg gempak gila ! Asyik2 nak perli aku ! hahaha ! Memang patut pun aku kutuk dia BOTAK secara depan-depan.. depan budak-budak kuliah aku pula tu ! hahaha ! PADAN MUKA dia ! Btw ! sumpah seronok gila belajar dengan dia ! taktipu ! Even dia cakap aku "Apa pasal la kau ini BENGAP sangat ! " Haha ! Sumpah aku takambik hati.. aku layan aje.. haha ! Sometimes dia minta maaf sebab dia tahu dia banyak buat aku marah.. Lagy2 time dia kene kan aku and then aku buat bodoh.. time tu dia minta maaf.. Haha ! Saya takboley lupakan doktor !.. Secondly.. Dr Mohd bin Muiz ! But i called him dr MUET ! haha ! Jahat nya aku ! Sumpah dia BAIK GILA ! Even aku aku tido dalam kelas dia, dia langsung takmarah ! PENYABAR GILA ! jenis lelaki macam ini la aku nak ! Haha ! PENYABAR ! Ada hari tu aku buat math dekat dalam kelas dia, time tu dia dekat sebelah aku aje.. ! tapi dia buat bodoh aje.. pergh ! PENYABAR memang PENYABAR ! benda aku takboley lupa apa yang dia ajar adalah SURIMI ! isi ikan yang di proses dan ditambahkan perisa untuk buat berbola ikan,hotdog dan macam2 lagy.. tiap kali makan berbola ikan aku akan sebut "benda ini diperbuat daripada SURIMI" Rindu dekat Dr.. Dr.Zul ! Haha ! dr ini selalu MEMBEBEL dalam kelas.. Haha ! tapi BEBELAN dia sangat best...sesuai untuk dibahaskan.. tapi takpernah lagy aku bahas.. aku just dengar aje.. Dr. Zul jenis tak kisah sama ada taknak datang kuliah dia.. GEMPAK kan ? Haha ! biasa la dia malas nak gaduh2 sebab dah tua ! tapi dia selalu gaduh dengan aku.. hari itu nasib baik aku tak kne pukul dengan TONGKAT SAKIT dia.. tidak BENJUL KEPALA OTAK aku ! Haha ! Tapi sem ini memang best.. Tak macam sem 1 and sem 3.. Sem 1 aku GADUH dengan Dr. Hamdan (Always ask to MR.GOOGLE) pergh ! senang gila la.. dia la DR. pertama suruh guna TEKNOLOGY untuk CHEMISTRY ! haha ! sebab tu aku bengang dia.. rasa nak cari gaduh dengan dia.. haha ! okey ! mesty kau ingat aku dapat 4 FLAT kan utk sem ini ? hahahaha ! walaupun aku rasa sem ini lek-lek aje.. tapi takada rezeki.. aku just dapat bawah sikit.. 3.92 (5A 1B+) .. Alhamdulilah sangat.. Haha :) okey nak cakap time ini aku dah START GEMUK ! sebab takada masa nak turun BUKIT EKSPO ! okey Bye !

Sem 3 ! FINAL ! (SUMPAH AKU TAKSUKA)

Aku memang taksuka langsung SEM ini ! AKU BENCI SANGAT-SANGAT ! tapi aku sabar.. setelah 3 bulan aku tak nangis.. aku mengalirkan air mata.. maybe sebab aku takboley terima nasihatnya.. Dr Nik ~ (When u want to improve ur INGGERIS ?) cakap sekali aku dah faham kut.. takperlu ulang banyak kali ! sakit pula hati aku.. cakap dekat depan kawan-kawan aku pula.. haha ! Malu siot time tu ! Arghh ! haha ! apa-apa aje la.. aku malas nak fikir.. dah aku takingin nak fikir..Sem ini aku dapat Dr. Salwa ! SUMPAH BAIK GILA ! COMEL GILA ! tapi kesian takkawin lagy.. perempuan yang baik macam tu pun takada siapa nak.. takpaham la manusia ini.. kalau aku lelaki, aku dah lama ajak dr salwa kawin.. LOL ! haha ! Merepek ape aku ! Choi ! Dia selalu bagi information kt aku pasal Chem sebab dia tahu aku minat KIMIA sangat-sangat ! MINAT SAMPAI NAK NAIK GILA ! Hahaha ! Aku APPLY DEGREE aku semua course CHEMISTRY ! CHEMISTRY PETROLUEM, CHEMISTRY INDUSTRY, CHEMISTRY PURE, CHEMISTRY WIF EDUCATION N CHEMICAL ENGINEERING.. haha ! Dr.ZAS pula selalu layan kerenah aku yang tiba-tiba terlalu HYPERACTIVE dalam kelas... hahaha ! mcm-mcm soalan aku tanya dia, tapi dia still juga jawab.. tapi pantang dia jangan cakap "chapter ape masuk EXAM" haha memang kena tembak balik la.. XD aku takpernah kne lagy tapi kawan aku dah.. Dr Misri pula.. "Siapa kat sini tak suka BIOLOGY ?" haha ! dengan BODOH JUJUR nya aku angkat tangan.. Start hari ini kena MENGANJING aje dengan dia.. Tapi Alhamdulilah Bio aku cukup2 makan la.. alhamdulilah.. Thank to SPOT DR ZUL ! haha XD Now ! Aku FINALLY HABIS FOUNDATION ! yahoo ! hahaha ! HAPPY GILA-GILA ! haha ! Final Aku takbelajar langsung.. mana taknya.. ROOMMATEs aku pagi2 dah bangun baca buku tapi aku tengah hari baru nak bangun.. lepas tu mandi pergi makan.. baca sikit tidur balik.. memang aku kuat tidur SEM 3 ini.. hahaha ! Aku harap degree nanti aku tak tidur dalam kelas.. nekad ini.. hahaahaha.. Harap2 result aku okey la.. Aku takharapkan 4 FLAT.. Tapi kalau dapat okey juga ! Hahaha ! Amin ! Semoga aku dapat result yg terbaik.. The END ~

10.5.2014 tarikh keramat aku ~ BALIK dan TINGGALKAN UPM ! bye UPM ! bye K13 ! HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAAHA ! because I'm HAPPY :P lol ! haha... k la ! penat aku menaip ini aku nak BLAH ! bye ! Assalammualaikum.. Tq sbb baca POST aku ini :D Sebagai tontonan.. tengok la gambar3 dibawah.. haha


GAMBAR SELFIE :D






Gambar Kuliah 




12 Oktober 2013

Kehidupan di UPM~





Assalammualaikum ! Hai semua ! agak lama aku menyepikan diri. Sorry sorry sorry... Aku terlalu busy dengan pelajaran aku yang takpernah habis. Kadangkala sifat malas aku untuk update cerita baru pun menguasai diri. Hidup dekat UPM sebagai seorang pelajar asasi sangat la MENCABAR ! Selagi kau takboleh nak berdikari seperti aku kau belum layak lagi nak masuk sini.. hahaha XD

Pelajaran dekat sini sebenarnya tak sukar kalau belajar sunggunh dan rajin tapi agak sukar bila kita ada problem dengan bahasa inggeris macam aku. Semua matapelajaran dalam bahasa inggeris wei ! Aku terkena kejutan budaya dekat sini sebab aku daripada bahasa melayu terus transfer kepada bi. Hohoho ! kenapa jadi begini nasib aku ! Kadangkala aku terlalu mudah untuk berputus asa ! mana pergi MARYAM yang tabah dengan ujianNYA ? Dia sudah pergi buat selamanya entah bila dia mahu pulang aku tidak pasti.

Maryam sekarang sering terleka. Mungkin kerana terlalu apla dengan kehidupan duniawi dan alam maya. Ya Allah aku ingin kau bersama aku hambamu yang lemah ini. Aku bermohon dan merayu kepadamu. Hendak aku nangis tetapi aku takmampu. Air mata ini bagaikan taknak keluar dari liang air mata. Egonya aku !





09 September 2013

Ujian~

Ya ALLAH ! Selama aku duduk dekat UPM ini, terlalu banyak ujian yang kau berikan kepada aku.. Tapi aku sabar hadapinya pada mulanya dan berputus asa diperakhirannya.. Aku makin jatuh dan terus jatuh.. Setiap kali aku memohon hidayah daripadamu tapi kenapa tidak kunjung tiba ? Ujian yang kau hadirkan ini sangat berat. Tolong la ringankannya ya ALLAH. Kau berikanlah aku kekuatan, ketabahan dan keberanian untuk terus melangkah dan menghadapi ujian ini. Aku berserah segala-galanya keranamu. Aku memohon kebaikan dihujung perjalanan aku ini. Ya ALLAH kalau aku dah tak berguna lagi dan selalu menyusahkan orang sekeliling aku, kau tamatkanlah riwayat aku kerana aku dah tak sanggup lihat orang sekeliling aku kecewa hanya kerana aku. Itu sahaja ingin ku katakan dan kau maha mengetahui segala perkara yang tersirat dalam hati dan pemikiran ini. Amin.

26 April 2013

result spm !!!

Assalammaualaikum ! salam kebahagiaan !

Sekian lama aku menyepikan diri kini kembali meluangkan masa untuk meng"UPDATE" tentang kehidupan aku. Biasa la orang busy macam aku ini memamg takada masa nak berblog aje. hehe. So mesti korang nak tahu berapa aku dapat kan ? aku takdapat straight A+ aku dapa sikit aje.


nampak ke tak ? haha ! msty la tak kan ?

Aku dapat 3A+3A2B+1C+ . Alhamdulilah semuanya lulus. Sekarang aku dah dapat tawaran matrikulasi. Agak dilema juga sama ada nak terima ataupun tidak. Mak Ayah semua marah2 dekat aku sbb minta matrikulasi. Haih ! free2 aje kena marah. Tapi takapa diaorang tak kisah asalkan anak dia yang sorang ini pergi belajar. Sekarang aku kena buat solat istiharah banyak supaya diberikan pentunjuk. In sha allah nnty aku akan buat keputusan yang terbaik dalam hidup aku. Semua atas izin Allah. In Sha Allah.

18 Februari 2013

Think Positve Maryam (:

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum dan salam petang yang indah. Sekali lagi aku disini ingin meluahkan perasaan hati dalam blog kesayangan aku. Perasaan yang tidak pernah akan difahami oleh sesiapa pun. Perasaan yang selalu membuatkan hati menjadi tidak tenang serta membuatkan minda sentiasa giat berfikir tentang sesuatu perkara yang akan dialami oleh diri aku. Mesti kauorang ingat aku nak kawin kan ? Takada la, aku muda lagi mana boleh nak kawin lagi. :D

Saat ini aku ingin mengumpulkan sebanyak mana kekuatan untuk aku hadapi sesuatu perkara yang bakal menentukan masa depan aku. Ya ! Keputusan SPM 2012 yang aku ambik pada tahun lepas. Segala kemungkinan akan berlaku pada saat itu yang akan menyebabkan aku sangat risau saat ini. Hati sentiasa gelisah dan tidak tenteram. Perasaan takut menguasai diri aku. Sehingga akan membuatkan aku mengalirkan air mata. Taktahu kenapa sejak akhir-akhir ini sering sahaja air mata ini ingin mengalir. Benci apabila air mata mengalir. Ini membuktikan aku seorang yang lemah ! Be strong Maryam !

Sejujurnya aku tidak sanggup untuk kecewa sekali lagi seperti PMR dahulu. Hanya kerana aku tidak mendapatkan keputusan yang aku inginkan aku, aku akan memarahi dan menyalahi diri aku. Selama 2 tahun baru aku boleh menerima kenyataan. Saat itu, aku akan cuba menyakitkan diri aku sendiri. Saat itu aku banyak mengalirkan air mata. Aku memang kuat nangis tapi secara diam-diam. Tapi aku pelik kenapa air mata ini seperti tidak habis untuk mengalir. Entah la. Orang kata menangis boleh melegakan kekusutan dalam minda, ada orang kata menangis itu dapat menghapuskan dosa dan ada orang kata lagi menangis mampu memberikan kekuatan. Taksangka hanya kerana menutup malu orang akan kata begitu. Tapi memang betul pun. Kalau nangis, nangis aje ! Biar sampai puas ! Biar sampai kita mampu untuk senyum dan ketawa kembali. :D

Sejujurnya, sewaktu aku menjawab SPM 2012, aku membuatnya main-main. Dan saat ini baru rasa menyesalnya yang teramat sangat. Otak aku giat berfikir bagaimana kalau aku dapat keputusan yang tidak melayakkan aku melanjutkan pelajaran aku nanti ? Macam mana aku nak teruskan hidup ini ? Bunuh diri ? Hurmm. Ada juga terlintas dalam fikiran tapi rasa berdosa pula ! Nanti roh taknak naik ke langit ! Kalau taknaik ke langit boleh kacau kawan-kawan aku.. HAHA ! Tak la ! selagi keimanan ada dalam dada, insyaallah aku takakan buat macam tu. Insyaallah ! Kalau aku dapat keputusan yang melayakkan aku masuk ke form 6, aku tidak akan lepaskan peluang itu. Saat itu aku akan berusaha bersungguh-sungguh sebab aku terpaksa menjadi bahan uji kaji oleh mak aku. (: Kalau keputusan aku layak ke Matrikulasi, akan aku rebut peluang itu walaupun aku memang taknak masuk sana. Kalau keputusan aku membolehkan aku masuk ke Asasi, memang pasti aku akan pergi ! Belajar gila-gila kat sana sebab nak dapat pointer 4.00 ! haha ! kalau dapat diploma, aku rasa okey juga sebab boleh relax-relax sikit. Boley la aku panjat gunung ! berkelah, melepak sikit-sikit. Haha ! (:

Aku harap pada saat aku mengambil keputusan SPM 2012 tu akau dapat hadapinya dengan tabah dan ikhlas hati. Redha dengan segala keputusan yang aku terima. Ya Allah pinjamkan aku kekuatan dan ketabahan pada saat itu ! Amin ! Sememangnya aku sentiasa berfikiran yang negatif dan kekadang aku lemah dalam memotivasikan diri. Tapi aku harap Allah mampu memberikan aku keputusan SPM 2012 yang terbaik dan cemerlang. Insyaallah ! Sesungguhnya dia tahu bahawa hambanya ini sangat lemah untuk menjalani ujian yang sangat berat (:


Saat kesakitan menyapa
Saya akan menangis dan terus menangis
dan memasang harapan semoga esok memberikan aku senyuman

15 Februari 2013

Back to Reality

Assalammualaikum sahabat ! (:

Aku harap kauorang sihat-sihat sejahtera. Aku dekat sini sihat-sihat sejahtera juga disamping insan-insan yang aku sayang. Aku telah berfikir sedalam-dalamnya. Sememangnya aku memang tidak layak untuk dirinya. Aku menghabiskan masa selama beberapa jam menangis keatas cinta yang telah ditolak oleh seorang lelaki. Dan sampai situ tetiba perasaan aku terhadap CINTA tiba-tiba hilang. Entah tiba-tiba hari ini aku ingin menangis lagi. Be Strong Maryam ! Cinta dia terlalu agung untuk kau sambutnya. Sebenarnya kau tak mencintai dia tapy kenapa kau perlu menangis ? " Sebab aku gagal memperoleh lelaki yang boley membimbing aku ke jalan yang diredhai oleh allah. Sebab aku gagal memperoleh lelaki yang boley mengubah segala tingkah laku aku. Gagal segala-galanya " Lagy pun jika aku memperolehinya aku akan belajar untuk mencintainya seadanya. Sememangnya aku ingin mengajar diri aku untuk terima orang lain seadanya sebelum orang lain menerima aku seadanya. Tapi nampaknya tidak jadi nyata. Sememangnya saat itu aku sedang meminangnya untuk diri aku. Sebab orang kata kalau kita dah jumpa calon yang sesuai kita kena cepat-cepat pinang dia. Haha ! tapy cuma masa sahaja taksesuai. Itu la kerja gila yang pernah aku buat. Nasib baek aku berfikiran positif. Kalau tak memang aku deaktif sahaja facebook aku tu. Malu yang teramat-amat sangat ! >.<" Nasib baek dia dah lupakan peristiwa tu. Lega aku ! huh ! -_-" Sekali orang tolak cinta aku, aku tidakkan akan putus asa untuk memperjuangkannya bukan aku tergedik-gedik cuma dia dah ada pakej yang aku nak. Tapi nak perjuangkannya aku rasa macam sia-sia sahaja. Sebab aku teringat satu ayat ini " Lelaki yang BAIK hanya untuk Perempuan yang BAIK " Sedangkan aku ? Jahil dan Naif ! Taksesuai untuk dia ! Tapy dia baik walaupun dia tidak menerima aku sebagai kekasihnya, dia tetap menerima aku sebagai kawan rapat. Tak kesah la. Asalkan tak terputus ikatan silaturahim itu sudah okey. Setiap kali aku kacau dia, dia akan setia sentiasa melayan kerenah aku walaupun dia tengah demam. Tu la siapa suruh ONLINE ! haha ! :D Hari ini secara tidak sengaja kiteorang terkongsi lagu favorite dia. "AKU INGIN MENCINTAIMU by Edcoustic " Mula-mula aku buka memang sangat best lagu ini. Tetiba aku jatuh suka lagu ini ! haha ! macam-macam kerenah aku ini.. :3


Tuhan Betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena
Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali, agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu…
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya robbi
.
Entah mungkin karena ku terlena
Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali, agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu…
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya Rabbi
.
(instrumen)
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya Rabbi
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya Rabbi…

Setelah aku mendengarkannya banyak kali lagu. Sekarang aku faham apa yang dia nak. Kini aku menyakini untuk membiarkan dia berlalu pergi dan bahagia dengan orang yang lebih layak daripada diri aku.  Dia sahabat yang baik dan aku inginkan dia memperolehi insan yang lebih baik daripada aku ini. Yang boleh membahagiakan dia. Tetapi aku hati aku tidak merelakannya. Hanya aku berdoa kepada Allah. " Jika dia memang jodoh untuk aku, maka kau bertemukan kami disatu jalan dari 2 haluan yang berbeza dan cinta kami kukuh sampai ke syurga. Dan jika dia bukan jodoh untuk kau jaga ikatan persahabatan kami ini dan kami memperolehi pasangan yang ideal pada suatu hari nanti serta hidup bahagia dengan keluarga masing-masing " Amin (: Sememangnya kita tidak akan dapat segala benda yang kita inginkan tapy kita akan dapat segala benda yang kita perlukan sahaja. Mesti bersangka baik dengan Allah Maryam ! Dia yang Maha Mengetahui dengan benda yang tersirat dan tersurat. Insyaallah. (:

Saya tidak akan memaksa awak untuk mencintai saya
kerana saya tahu jika saya memaksa kita tidak boleh bahagia. 
Jadi saya akan tunggu awak sehingga awak boleh terima saya.
Insyaallah, jika diizinkan Allah
Kita akan bersama :)
(Sorry terjiwang pula. Hahaha ! ) 

13 Februari 2013

Bercinta selepas kahwin ?

Okey sekarang trend bercinta macam ini. Okey I accept it (: . Taksangka aku boley bertindak melampauitu. Argh ! aku takboley melupakan peristiwa semalam. Aku dah memalukan diri aku ! Rasa nak korek lubang, masukkan badan dan timbus dengan tanah. Cacakkan batu nisan. Okey jadi KUBUR ! haha . Terngiang-ngiang lagi soalan yang aku tanya pada dia. 

Aku : kalau nak tanya sikit boley tak ? tapi malu lah
Dia : maryam nak tanya ape ? jangan malu2. In sha Allah kalau soalan yang maryam nak tanye tu saya boleh jawab, saya akan jawab.
Aku : Hmm, selama awak Im kita, awek awak tak marah ke ?
Dia : sebenarnya saya ni masih single, saya ni jenis pemalu sikit orngnya. Saya rase lebih baek bercinta selepas kahwin.
Aku : ohhhh, okey okey (: bercinta selepas kawin erk ? okey2 XD (ini la caranya kalau dah malu)
Dia : kenapa maryam tanya macam tuh?
Aku : hehehe, baru nak masuk line. takpe takape la XD
Dia : maryam nak masuk line ape? Saya tak faham...
Aku : Awak ini... okey malu la nak cakap.
Dia : ohh, okey okey saya dah faham
Aku : hahaha, nasib baek faham XD
Dia : selain pada tu kita boleh jadi sahabat rapat kan maryam, boleh ke?
Aku : hahaha.. okey. saya open-minded. sure why not (masa ini dah taktahu nak cakap apa) --"
Dia : okey
Aku : Okey. sila abaikan perbincangan kita sebentar tadi.
Dia : Insyaallah. tapi terkejut jugak lah tadi, first ade orng perempuan tanya macam tu kat saya.
Aku : ohh ! hahaha, takpe nnty ade yg akan cakap dekat awak macam tu lagy.. (:
Dia : In Sha Allah kalau ade. atau mungkin jodoh saya, yang ade didepan mate saya ni. eh tak de lah gurau je.
Aku : haha, okey takpe (:
Dia : ok lah Maryam, saya dah ngantuk ni, esok kene keje. Asalamualaikum
Aku : okey, walaikummusalam, take care bye. (terus offline)
Dia : Daun kelapa daun keladi ,harap2 dapat berchating lagi. In Sha Allah...bye..take care
Aku : (DAH TAKBALAS)

Okey ! hahaha, aku pun taktahu nak cakap apa. Cuma aku think positive sahaja. Sesungguhnya aku memang memerlukan dia, tapy tak apa la. Dia tetap berpegang teguh dengan prinsip dia. Manakala prinsip aku melayang entah ke mana. :D Semalam tidur walaupun takberape lena. Tapy hati tetap pasrah dengan keputusannya. Tiba-tiba bangun entah ada wujud lagi perasaan cinta ini ataupun entah la. Takpenting la. Aku dah luahkan segala-galanya. Tapi dia sambut hanya untuk sekadar kawan rapat aku terima. Takakan nak desak dia untuk terima panahan cinta aku ?! Memang tak la ! aku bukan jenis  yang memaksa. (: tengok la sehari dua msty perkara ini boley di hapuskan dalam otak ini. Haha ! first time jadi PERIGI CARI TIMBA. memang terbaek la. Memang malu tahap nak putus nyawa masa tu. Tapi sekarang tetap kena cool. Tak macho la kalau takdapat sesuatu nak nangis kan. Cuma pasrah aje kepada Allah sekarang ini. Kalau betul dia jodoh aku, Allah akan permudahkan segala-galanya. Kalau tak, entah la.. :D

Budak ini akan terus tersenyum 
Walaupun di reject berjuta-juta kali.
Budak ini akan tunggu kamu disana (:

02 Januari 2013

Berjuta-juta soalan

Assalammualaikum dan salam tahun baru.

Aku bukan tukang tilik nasib, aku cuma manusia biasa dan aku taktahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sometimes apabila kita tahu akan takdir kita pasti kita akan berasa sedih kerana takdir kita tak selaras dengan apa yang kita inginkan. Seperti aku tidak kuat untuk menerima kenyataan. Hati aku sentiasa meronta-ronta marah kepada pencipta kerana menyalahkan aturan takdir aku. Tapi dengan iman yang aku ada, aku cuba marah akan diri sendiri dan menyatakannya "Pasti ada hikmah disebalik semua ini". Adakalanya aku semakin lemah, lemah dengan kata-kata yang aku ucapkan. Semasa aku lemah, aku akan memasangkan lagu dengan sekuat kuatnya supaya aku tenang tapi air mata ini akan sentiasa menyapa tanpa diduga. Aku cuba untuk menjadi tenang tapy aku takmampu. Aku seorang manusia yang diciptakan untuk berasa sedih dan menangis.

Terkadang terlintas juga dalam fikiran aku tertanya-tanya kenapa dan kenapa aku tidak mendapat apa yang aku inginkan. Besar sangat ke keinginan aku sehingga tidak dapat ditunaikan. Adakah aku dicipta untuk berasa kekecewaan setiap masa ke ? Aku tidak pasti. Sumpah aku tidak pasti ! Pelbagai soalan sentiasa bermain- main difikiran aku sejak dulu lagi. Aku terus dan terus mencari jawapan bagi setiap soalan yang aku tujukan sendiri. Mencarinya dengan penuh sakit dihati yang sangat pedih. Ya ! Aku PUTUS ASA !

Adakah rezeki aku telah habis digunakan sewaktu aku di zaman kanak-kanak sehingga tiada lagy untuk aku untuk masa kini dan akan datang ? HAHA ! * aku menyalahkan diri sendiri. Jadi apa yang aku patut laku kan ? Ya Allah, aku memerlukan mu saat ini. Aku memerlukan jawapan kepada soalan yang aku utarakan. "Rezeki saya hanya untuk saya orang lain takboley ambik rezeki saya" sesungguhnya aku berpegang terhadap kata kata ini tapi hari ini aku mempersoalkannya. Aku tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang ini ? Ya ! sesungguhnya aku bersyukur ! cuma kenapa kenapa aku berasa hidup aku selalu tak bernasib baek seperti orang lain ? aku sudah pening kepala.

Kumpulkan sepenuh hati aku akan aku laluinya dengan kekuatan yang masih bersisa ini. Harungi hidup ini sehingga sampai ke liang lahad. Biar la nasib aku taksebaek rakan rakan aku. akan aku harunginya dengan hati yang rela. Mungkin Allah belum nak kabulkan segala hajat aku sekarang tetapi ia akan dikabulkan masa akan datang. Insyaallah. Detik ini aku berharap apa yang aku kata kan saat ini akan menjadi kenyataan.

[aku suka senyum dalam tangisan]

Okey la, soalan diatas sebenarnya dah banyak kali aku post kat dalam blog ini. Mungkin kauorg ingat aku takbersyukur. Takpe la kauorg layak berikan pendapat kauorang. Okey masuk tido dulu. Assalammualaikum. :D 

18 Disember 2012

Memory in class science stream

Assalammualaikum.

Sungguh harum bunga kasturi,
Inginku dipetik disiang hari,
Banyak sungguh memori untuk 2 tahun ini,
Menjadi ingatan dalam sanubari.

Selama 2 tahun membawa gelaran sebagai pelajar aliran sains tulen begitu banyak dugaan yang mendatang. Tapi hati tetap sabar walaupun telah banyak kali tersungkut. Bangkit dengan kekuatan dan ketabahan yang telah dikurniakan oleh ALLAH yang maha esa untuk menamatkan segala perkara yang telah aku mulakan dengan bersungguh-sungguh. Selama 2 tahun ini aku belajar untuk terus bertahan dengan persaingan yang sengit. Persaingan antara kawan-kawan dan persaingan terhadap diri sendiri yang semakin hilang keyakinan.

Selepas aku berjaya menjadi pelajar cemerlang (kononnya) untuk PMR, aku mengorak langkah mara kehadapan dengan menentukan aliran yang perlu aku ambik untuk masa depan aku. Walaupun masa itu, aku sedang kecewa dengan SBP dan MRSM tetapi aku tetap gagahkan diri untuk meneruskan kehidupan aku di SMKSM walaupun aku telah mendapat tawaran daripada SMT LANGKAWI untuk khursus bakeri. Pada mulanya aku mahu menerimanya setelah banyak berfikir aku berasa bernasib baek kerana tidak menerima tawaran tersebut kerana aku tahu yang aku ini takpandai memasak. HEHE ! Dengan hati terbuka aku menerima aliran sains sebagai pilihan pertama. Aku tahu pihak sekolah akan letak nama aku kat kelas tu. Sebab tu aku takperlu nak fikir panjang takut nnty kalau aku ambik aliran akuan mak and cikgu-cikgu aku akan membebel. HAHA !

Ya ! aku tahu aku ini pelik sebab aku tak mempunyai cita-cita. Sebenarnya aku mmg taktahu nak jady apa pada masa depan. Tapy mak aku beria-ria sangat nak aku jady doktor, jady aku mengambil keputusan meletakkan pekerjaan doktor itu sebagai cita-cita aku. Cita-cita aku bukan doktor biasa tetapi DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN. HAHA ! aku tahu smue orang akan tergelak bila dengar cita-cita aku tu sebab cikgu kelas aku pun selalu gelakkan aku bila aku sebut cita-cita aku tu. Tapy tak kesah la. Aku kan cool orgnya. Kawan sekelas aku kata aku ini pelik sebab tak mempunyai cita-cita tapy result sentiasa gempak. HEHE ! mungkin berkat doa mak ayah aku kut sbb tu aku jady mcm ini. Aku bersyukur kepada ALLAH. (:

Semasa aku melangkah ke FORM 4 seperti smue orang kata tahun baru mesti ada azam baru. So azam aku pada masa itu cuma aku mahu jady lebih matang, berjaya dalam smue peperiksaan sehingga boley menaikan nama sekolah, mempunyai kekuatan serta ketabahan untuk mengharungi segala dugaan dan mempunyai ramai kawan. Pelikkan azam aku. Bila aku kata kan kawan-kawan aku, diaorg akan tanya aku balik, "selama ini kau tak matang ke?" Haih, ini yang malas nak explain.. Matang yang aku maksudkan tu adalah aku dapat mengumpul sebanyak ilmu yang aku boley, aku boley berdekari menjadi pelajar yang lebih cemerlang dan aku boley berfikiran kreatif dan inovasi. HAHA ! aku tahu sometimes satu perkataan itu akan membuatkan banyak org keliru. [:

Taksangka aku belajar byk benda di FORM 4 sehingga kadang-kadang aku sentiasa give up. Nasib baek ada kekawan dan cecikgu yang datang memberi sokongan. Dengan dorongan dan sokongan mereka yang bagaikan cahaya, aku terus bangun daripada lubang kegelapan. Aku harungi segala-galanya dengan tabah. Belajar dan terus belajar walaupun takfaham. Itu la yang aku lakukan semasa FORM4. Sampai la akhir tahun FORM4, aku n kawan-kawan aku plan nak pergi tuisyen kat ALFA. Btw, untuk  FORM4 kau takpernah ambik tuisyen sebab aku takut nak susahkan makbapak aku. Oleh kerana keputusan yang aku buat itu sehingga sekarang aku menyesal. Aku takfaham semua subjek FORM4 selama tahun itu. Jady seperti yang aku katakan tady aku dan kawan-kawan ambik keputusan untuk pergi ke tuisyen. Tapy kawan-kawan aku semuenya pergi ke ALFA SG. EMAS, aku aje ke ALFA OLAK LEMPIT. HEHE ! bukan aku taknak pergi sana. Cuma jauh nak pergi ke sana dan takada transport. (: Di sana aku lebih membawa diri. Duduk diam-diam dan belajar. Takbanyak mulut tapy bila dekat ALFA SG. EMAS, mmg kecoh abis sbb ade kawan-kawan. HAHA ! actually aku takmudah untuk bergaul mesra dengan org. (: Selama masa itu aku bersungguh-sungguh berlajar matapelajaran yang dikatakan membunuh iaitu ADD MATH. Subjek ini yang seringkali membuat aku menangis. Tapy akhirnya aku berjaya mengatasi masalah itu dengan baik. HEHE ! taksangka daripada dapat 26 terus naik ke 60 utk PPT. aku berasa bersyukur. Alhamdulilah. (:

Masa cepat berlalu tamat tahun 2011, aku melangkah ke tahun 2012 dengan azam yang sama. Taksangka di 2012 banyak sekali air mata ini mengalir tanpa segan silu. Actually aku mmg suka menangis dan boley dikategorikan cengeng. HAHA ! Dengan ini aku mengambil keputusan untuk menyendiri dan jauh daripada kawan-kawan untuk mencari semula jiwa yang sudah melayang entah ke mana. Menempuhi segala dugaan dengan penuh tabah dan sabar. Teringat sekali apabila otak ini sentiasa TRAFFIC JAM apabila exam akan menjelang. Saat itu membuatkan aku buntu smpai kawan aku menjady mangsa melayang kerenah aku. Nak tahu tak, aku pernah dapat BM gagal. tapy nasibbaek cikgu bertimbang rasa jady dia beri aku peluang kedua. Mmg aku takakan sia-siakan peluang itu, aku membuat dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya nama aku yang telah ditempatkan di kategori gagal akhirnya berjaya menempatkan balik diri ini ke tempat di kategori A. Selepas ini insiden tu, aku berusaha belajar bagimana nak buat karangan semula seperti di darjah 6 dulu-dulu dengan usaha sendiri dan sokongan drpd cikgu aku. Mmg kritikal aku masa tu. Susah aku nak bayangkan semula.

Masa aku FORM 5 juga, diri aku telah dilanda dengan pelbagai perasaan antaranya dengki, tamak, cemburu, iri hati, sakit hati, pentingkan diri sendiri dan sebagainya terhadap kawan-kawan aku. Berasa bersalah aku. Aku sentiasa berdoa supaya smue perasaan itu pergi dr diri aku tapy apa kan daya hasutan syaitan lagy kuat sehinggakan mengugat keimanan aku. Aku tertewas ! Sorry kawan-kawan dengan segala macam perkara aku lakukan kepada kauorang (sedih) .

Semakin bertambah dekat tarikh SPM, semakin bertambah angkuh diri aku. Kesimpulannya, saya menderhaka dengan cikgu setelah banyak mencurahkan ilmu kepada saya sehingga menyebabkan saya takbur dan riak. Aku berdosa dengan Allah dan cikgu-cikgu. Terlalu banyak perkara yang telah aku buat sehingga menyakitkan hati cikgu. Saya insaf dan tunduk sambil minta maaf. Saya tahu saya sentiasa menderhaka pada cikgu-cikgu. Sentiasa mengejek cikgu daripada belakang sambil marah-marah. Saya tahu itu salah tapy ape kan daya saya dah buat. Saya sentiasa merungut marah kerana cikgu sentiasa menegur saya dan membandingkan saya dengan rakan-rakan lain walaupun saya tahu itu untuk kebaikan saya tapy malangnya saat ini baru saya sedar. Hurm, nasibbaek dah minta maaf masa majlis doa restu walaupun hanya senyuman yang aku tunjukkan dan dalam hati tidak berasa sedih tapy akal aku menangis, menangis kerana mencari sesuatu benda yang membolehkan air mata ini mengalir tetapi aku tak m'jumpainya lantas aku pasrah. Terlalu ego aku di depan kawan-kawan dan cikgu-cikgu kecuali cikgu rapimah.

Kini aku sudah tamat dalam kontrak sebagai seorang pelajar. Dan sekarang aku tengah berperang dengan diri selama bercuti ini. Terkadang cuti ini aku menghabiskan masa dengan melayan perasaan takut untuk menghadapi suasana sukar ketika mengambil keputusan SPM pada bulan 3 tahun hadapan. Semoga aku meraih keputusan yang cemerlang klu dizinkan tuhan. Insyaalah. (:

[muka-muka ini tidakakan aku lupakan]

okey la aku chow dulu.. dah penat membebel.. Bye assalammualaikum.. (:

07 Disember 2012

Luahan kasih

Assalammualaikum dan salam kerinduan...

Hai kawan-kawan aku yang tersayang bermula dengan Maizatun Nadiah, Nurul Atira, Siti Suraya, Julia Edora, Najwa Farhana and Nur Akidah. Sepanjang cuti sekolah ini aku sentiasa menghabiskan masa aku melihat gambar-gambar kita bersama. Bak kata YUNA " setiap gambar ada lagu " tapy untuk versi aku " Setiap gambar ada cerita ". Setiap kali aku tengok gambar kita smue, msty aku aje sorg yang takade..



Yup mmg aku sorg akan ketinggalan cerita-cerita gosip yang akan korg ceritakan pada waktu pagi.. Sbb aku selalu sgt datang lambat ke sekolah. Bukan disengajakan untuk dtg lambat tapy aku asyik2 terlajak bangun sahaja.. HAHA ! Tapy gmbar kat atas tu aku tak sebab aku duduk kat atas sorg-sorg buat projek rahsia smpai aku punya perbuatan tu sentiasa menyinggung perasaan korg. Something klau aku ade projek msty aku tak ajak korg smpai rasa tidak puas hati itu tetiba datang dlm diri korg. Aku minta maaf sgt2 akan kelakuan aku yang sering menyakitkan hati korg. Aku bila aku ingat lagi mai minta maafkan aku masa majlis doa restu. Setiap perkataan yang dia kata tu sgt mendalam sehingga teringiang-ingiang ditelinga aku. Terasa diri dipukul dengan rasa bersalah. Mmg banyak aku buat salah, dan aku ingat segala kesalahan yang pernah aku buat. Bila aku cerita dekat mai dan suraya diaorg terkejut. HAHA ! takboley lupa wajah terkejut mereka. Tapy bila diaorg kata aku apa yang pernah aku buat salah kat diaorg. Masa tu aku terfikir takperlu la beritahu sekarang. Takut terasa hati pula.. Tapy hari aku nak bongkar segala-galanya. HEHE ! sekarang baru ada sedikit kekuatan untuk menyatakannya..

Kesalahan ini aku tujukan kepada mai. Ingat tak aku pernah cakap kat depan kau "aku mana ada kawan baek". Lepas tu kau merajuk, kau kata " okey aku memang bukan kawan baek kau". Oh ! taksangka perkataan aku itu menyinggung perasaan kau. Aku minta maaf sgt2. Bukan itu niat aku untuk berkata perkataan itu. Aku minta maaf. Aku tahu aku pentingkan diri sendiri. Aku minta maaf. Hurm.. 
Kesalahan ini aku tujukan kepada julia n suraya. HAHA ! sorry sebab suka menakutkan kauorang cicak getah. Memang kelakar sgt muka ketakutkan kau tu. Aku rasa macam nak gelak smbil terguling-guling. Harap kauorg tak terasa hati dengan perbuatan aku. Aku minta maaf sangat. Hehe ! [:
Kesalahan ini aku tujukan kepada atira. Ingat tak masa kita main bola beracun. Lepas tu aku marah kat sebb kau baling bola kat aku. HAHA ! aku tahu masa tu aku terlalu EMOSIANAL. Takpasal-pasal kau pula yang merajuk.. Haih.. Nasib baek gaduh kejap aja. Kalau berpanjangan aku pun taktahu. Btw, I'm Sorry. (:
Kesalahan ini aku tujukan kepada Suraya. Sorry la sebab aku selalu aim kau. HAHA ! takpasal-pasal kau kena marah dengan aku. Tapi best juga marah-marah kau. HAHA! harap kau tak kesah aku kalau aku selalu marah-marah kau.
Kesalahan ini aku tujukan kepada akidah dan najwa. Sorry la masa kau ajar kauorg, aku marah-marah kauorg. HEHE ! aku rasa memang style mengajar marah-marah kut. HAHA ! Maafkan aku ye kalau kauorg terasa.

Btw, sebelum ini aku takut nak luahkan kat kauorg lagy2 time majlis doa restu. Aku lebih ambik keputusan tu diamkan diri. Tapy aku kesian kat kauorang, kauorang punya la feeling abis tapy aku macam kerang busuk. Tersengih aje memanjang. Takada PERASAAN untuk mengeluarkan air mata. Sorry la guys air mata aku dah tumpah sebelum majlis doa restu tu bermula. Aku curahkan semua air mata aku kepada cikgu rapimah. Sbb tu aku dah takboley nak keluarkan kat kauorang lagy. HEHE ! (:

Aku tahu masa aku FORM 5 aku lebih suka menyendiri. Bukan macam FORM 4 aku masih HUHAHUHA ! mcm monyet. HAHA. Nampak sangat aku ini pentingkan diri sendiri. Okey, I accept my mistake and i want to say I'm sorry . Dan masa FORM 5 juga aku selalu masuk kelas lambat. Smpai cikgu pun dah taktahu nak cakap ape. Ye aku lebih suka menyendiri untuk cari balik aku pun diri yang melayang entah kemana. Mencari balik keyakinan diri untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Mencari ruang untuk lepas keluhan terhadap beban yang aku galas tanpa mengharapkan sesiapa untuk simpati terhadap diri ini. Tapi aku taksangka ada org yang terasa pengasingan diri ini dan aku meminta maaf.

Sekarang smuenya sudah berlalu. Aku tahu aku selalu pandang kebelakang. Memandang segala kesalahan yang pernah aku lakukan smpai kadang kala membuatkan hati aku ini sakit. Aku harap selepas ini, aku tidak membebankan semua kesalahan yang pernah aku lakukan pada kamu smue. Aku tidak nak berahsia lagi dengan korang smue jady aku luahkan segala-galanya dalam blog ini. HEHE. (:

[ Senyum selalu ]

Sudah panjang lebar aku menulis. terasa penat pula menaip. okey la ape-ape pun selepas berpisah ini, harap-harap kauorang menjalani hidup dengan lebih bermakna bersama keluarga tercinta. Jangan jady macam aku, duduk umah makan,tido,on9 dan makan balik. HAHA ! isikan masa dengan perkara berfaedah okey. Bye smue. Assalammualaikum.. (: